wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN SAINS TAHUN 6 2021

Total questions: 60

Worksheet time: 33mins

Name
Class
Date
1.
"Mengesan persamaan dan perbezaan"
Pernyataan di atas merujuk kepada kemahiran proses sains ___________
a)
Berkomunikasi
b)
Mengelas
c)
Membuat Inferens
d)
Meramal
2.
a)
Melakarkan spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat
b)
Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul
c)
Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat
d)
Membersihkan peralatan dengan betul dan selamat
3.

Antara berikut, yang manakah pernyataan masalah?

a)

Haba ialah sejenis serangga.

b)

Objek panas mengeluarkan haba.

c)

Adakah haba mempengaruhi jenis objek?

d)

Semakin panas objek, semakin besar saiznya.

4.

Maklumat berikut adalah salah satu daripada langkah-langkah mengeksperimen.

[Menentukan kaedah menganalisis data]

Manakah langkah yang perlu dilakukan selepas langkah di atas?

a)

Mentafsir data

b)

Membuat hipotesis

c)

Merancang eksperimen

d)

Mengawal pemboleh ubah

5.

Apakah maksud "mendefinisi secara operasi"?

a)

Menyatakan apa yang dilakukan dan diperhatikan bagi satu situasi

b)

Mengenal pasti pemboleh ubah yang mempengaruhi suatu penyiasatan

c)

Membuat satu penerangan berdasarkan data

d)

Menyatakan kemungkinan bagi suatu peristiwa

6.
Bagaimanakah sisa bahan yang terbakar harus dibuang selepas melakukan aktiviti di Bilik Sains?
a)
Dibuang ke dalam beg plastik
b)
Dibuang ke dalam bakul sampah
c)
Dipadamkan dan dibungkus dengan kertas
d)
Dibasahkan sebelum dibuang ke dalam bakul sampah
7.
Sara dan Dila membuang kertas litmus yang terdapat dalam jus limau ke dalam singki. Apakah yang akan berlaku akibat tindakan murid-murid itu?
a)
Kertas litmus akan habis dengan cepat
b)
Bilik Sains akan berbau busuk
c)
Singki akan tersumbat
d)
Banyak air dibazirkan
8.

Kamu terlihat rakan menggunakan peralatan sains yang telah pecah. Apakah tindakan kamu?

a)

Mengambil dan menyimpan peralatan tersebut

b)

Menggunakan peralatan tersebut.

c)

Memberitahu guru tentang peralatan yang pecah.

d)

Membuang peralatan tersebut ke dalam tong sampah

9.
Mengapakah murid-murid dilarang makan atau minum ketika berada di Bilik Sains?
a)
Makanan atau minuman mereka mungkin dicemari oleh bahan sains
b)
Mereka akan mengganggu murid-murid yang lain
c)
Mereka akan menarik perhatian haiwan perosak.
d)
Mereka akan mengotorkan Bilik sains
10.
Antara berikut yang manakah tujuan mematuhi peraturan Bilik Sains?
a)
Memudahkan guru memberi arahan
b)
Memastikan eksperimen dapat dijalankan dengan cepat
c)
Mengelakkan kehilangan bahan dan peralatan sains dalam Bilik Sains
d)
Mengelakkan kecederaan berlaku semasa menjalankan eksperimen
11.
Antara yang berikut, yang manakah senarai kumpulan mikroorganisma yang betul?
a)
Bakteria, virus, protozoa, kulat dan alga
b)
Bakteria, virus, proton, fungi dan alga
c)
Bakteria, berus, protozoa, kulat dan alga
d)
Bakteria, virus, protozoa, fungi dan agar-agar
12.
Sekeping kek yang telah dibiarkan diletakkan di atas meja selama seminggu didapati berkulat. Apakah keadaan yang boleh menyebabkan pertumbuhan kulat?
a)
Panas dan kering
b)
Panas dan lembap
c)
Sejuk dan kering
d)
Sejuk dan lembap
13.

Apakah jenis mikroorganisma yang ditunjukkan di atas?

a)

Virus

b)

Kulat

c)

Bakteria

d)

Protozoa

14.
Tempe, roti dan tapai adalah contoh makanan yang diperbuat menggunakan _____________.
a)
Yis
b)
Bakteria
c)
Protozoa
d)
Tepung
15.

Antara berikut, yang manakah Tidak Benar tentang ciri mikroorganisma?

a)

Boleh bernafas

b)

Boleh bertumbuh

c)

Boleh bergerak

d)

Boleh membawa bahaya kepada semua orang

16.
ANTARA KEPERLUAN ASAS YANG DIPERSAINGKAN OLEH TUMBUHAN IALAH SEPERTI BERIKUT KECUALI...
a)
AIR
b)
CAHAYA MATAHARI
c)
MAKANAN
d)
RUANG
17.

Apakah maksud SIMBIOSIS?

a)

Perhubungan aktif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain

b)

Hubungan rapat antara dua atau lebih haiwan yang saling memberi manfaat antara satu sama lain

c)

Interaksi spesies yang berlainan

d)

Interaksi spesies yang sama

18.

Apakah maksud KOMENSALISME?

a)

Interaksi yang hanya memberi manfaat kepada satu spesies tetapi satu spesies lagi tidak mendapat sebarang manfaat mahupun kesan buruk

b)

Hubungan rapat antara dua atau lebih haiwan yang saling memberi manfaat antara satu sama lain

c)

Interaksi spesies yang berlainan

d)

Interaksi yang membawa manfaat kepada kedua-dua haiwan

19.

Pilih sebab mengapa seekor beruang panda perlu hidup bersendiri.

a)

Memerlukan jumlah makanan yang sangat banyak.

b)

Perlu berkongsi makanan dengan beruang panda yang lain.

c)

Mudah mendapatkan pasangan dalam musim mengawan.

20.

Kaji gambar dahan pokok di atas.

Apakah jenis interaksi yang ditunjukkan?

a)

Mutualisme

b)

Parasitisme

c)

Komensalisme

21.

Antara senarai haiwan di bawah, yang manakah merupakan haiwan yang telah pupus?

a)

badak sumatra

b)

harimau jawa

c)

quagga

d)

gajah

22.

Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan langkah-langkah pemuliharaan dan pemeliharaan?

a)

Mewartakan kawasan penyu bertelur

b)

Memperbanyakkan kawasan hutan simpan

c)

Mengeluarkan lebih banyak lesen memburu

d)

Mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pemburu haram

23.

Antara aktiviti berikut, yang manakah yang boleh mengekalkan keseimbangan alam?

a)

Membuang sampah sarap ke dalam sungai

b)

Menggalakkan pembinaan rumah di kawasan yang tinggi

c)

Memudahkan pemberian lesen untuk memburu

d)

Mewartakan lebih banyak kawasan hutan simpanan

24.

Manakah antara haiwan di bawah boleh dikelaskan bersama-sama haiwan ini?

a)
b)
c)
d)
25.

Antara yang berikut, yang manakah akan berlaku jika aktiviti itu tidak dikawal?

a)

Populasi flora dan fauna bertambah

b)

Sumber makanan haiwan akan berkurangan

c)

Bumi menjadi semakin panas

d)

Pengekalan sumber asas terjamin

26.

Dalam situasi manakah daya geseran adalah berguna?

a)

Penghasilan haba dalam mesin

b)

tayar kereta menjadi haus

c)

penghasilan bunyi apabila pintu dibuka

d)

mengasah pisau pada batu asah

27.

Geseran akan menjadi masalah kepada kita apabila geseran

a)

menyebabkan tayar menjadi haus

b)

menyebabkan kereta terbabas

c)

mengelakkan kita daripada tergelincir

d)

memperlahankan kereta yang bergerak

28.

Antara aktiviti berikut, yang manakah menunjukkan daya dapat mengubah bentuk objek?

a)

Budak lelaki menendang bola

b)

penjaga gol menangkap bola

c)

Budak lelaki menekan tin aluminium

d)

Bola tenis dipukul ke arah lawan

29.

Berikut merupakan kesan Daya terhadap objek KECUALI

a)

Daya mengubah bentuk objek

b)

Daya mengubah arah pergerakan objek

c)

Daya mengubah jisim objek

d)

Daya memberhentikan objek yang bergerak

30.
Maklumat berikut menunjukkan dua aktiviti.
-memberus gigi
-menggergaji papan
Apakah daya yang terlibat dalam kedua-dua aktiviti ini?
a)
tarikan 
b)
tolakan
c)
tarikan dan tolakan 
d)
tarikan atau tolakan
31.

Antara bot berikut, yang manakah bergerak paling laju?

a)

Bot P yang bergerak sejauh 100 meter dalam masa 20 saat.

b)

Bot Q yang bergerak sejauh 90 meter dalam masa 20 saat.

c)

Bot R yang bergerak sejauh 80 meter dalam masa 20 saat.

d)

Bot S yang bergerak sejauh 70 meter dalam masa 20 saat.

32.

Sebuah kereta api mengambil masa 2 jam untuk bergerak sejauh 200 km. Berapakah kelajuannya?

a)

100 km/j

b)

180 km/j

c)

120 km/j

d)

80 km/j

33.

Antara berikut yang manakah BUKAN unit untuk kelajuan?

a)

sentimeter per saat (cm/s)

b)

meter per saat (m/s)

c)

kilometer per jam (km/j)

d)

inchi- hektar

34.

Encik Shah bertolak ke kampungnya pada pukul 8.00 pagi. Dia memandu pada kelajuan 75 km/j. Berapakah jarak yang dilalui jika dia tiba pada pukul 12.00 tengah hari?

a)

100 km

b)

300 km

c)

250 km

d)

120 km

35.

Antara faktor berikut, yang manakah mempengaruhi kelajuan objek yang bergerak? Pilih 2

a)

Masa yang diambil

b)

Jarak yang dilalui

c)

Bentuk objek

d)

Isipadu objek

36.

Apakah maksud pengawetan makanan?

a)

Proses penyimpanan makanan sejukbeku

b)

Pemprosesan makanan menghalang atau melambatkan pertumbuhan mikroorganisma

c)

Proses melindungi makanan daripada rosak

d)

Pemprosesan makanan supaya tahan lebih lama dan sedap dimakan

37.

Ketiadaan udara melalui kaedah pembungkusan vakum telah menyebabkan...

a)

Bakteria akan mati

b)

Bakteria tidak boleh bernafas

c)

Bakteria tidak boleh bertumbuh dan membiak

d)

Bakteria tidak aktif

38.

Berapakah bacaan suhu bagi kaedah penyejukbekuan?

a)

18oC ke bawah

b)

18oC ke atas

c)

0oC ke bawah

d)

0oC ke atas

39.

Kegunaan garam dalam kaedah pemasinan adalah untuk...

a)

Menyingkirkan kelembapan pada makanan

b)

Menambah kemasinan pada makanan

c)

Menambah keenakan rasa makanan

d)

Menambah kesegaran makanan

40.

Di antara yang berikut manakah BUKAN kepentingan pengawetan?

a)

Boleh mengatasi masalah bekalan makanan semasa kecemasan

b)

Makanan yang dihasilkan oleh sesebuah negara dapat dinikmati di negara lain

c)

Makanan mudah diangkut dan disimpan

d)

Makanan lebih berkualiti dan lebih mahal

41.

Apakah maksud bahan buangan terbiodegradasikan?

a)

bahan yang tidak boleh direputkan oleh mikroorganisama

b)

bahan yang boleh berubah sifat

c)

bahan yang boleh direputkan oleh mikroorganisma dan kembali menjadi nutrien di dalam tanah

d)

bahan yang telah tercemar

42.

Sarah membuang sisa makanan dibelakang rumahnya.Selepas sebulan sisa makanan tersebut sudah tiada. Ini bermakna_________

a)

sisa makanan tersebut adalah daripada bahan tidak terbiodegradasikan

b)

sisa makanan tersebut adalah daripada bahan terbiodegradasikan

c)

sisa makanan tersebut sudah mereput kerana tindakan mikroorganisma

d)

sisa makanan tersebut telah diserap oleh matahari

43.

Bagaimanakah kita boleh memainkan peranan untuk memastikan kelestarian alam terjaga?

a)

menambah bilangan pokok

b)

mengurangkan penggunaan bahan terbiodegradasikan

c)

mengurangkan penggunaan bahan tidak terbiodegradasikan

d)

menambak laut bagi tujuan pembangunan

44.
Bau busuk yang dihasilkan daripada sisa makanan yang dibuang adalah disebabkan oleh ....
a)
tindakan mikroorganisma dalam proses pengecutan
b)
tindakan mikroorganisma dalam proses pengembangan
c)
tindakan mikroorganisma dalam proses pereputan
45.

Apakah contoh bahan sisa toksik?

a)

cecair bateri

b)

racun serangga

c)

najis

d)

asap kenderaan

46.

Bagaimanakah GERHANA boleh berlaku ?

a)

Kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan berada dalam satu garis lurus.

b)

Apabila Matahari tiada dalam satu garis lurus

c)

Kedudukan Matahari berada di antara Bumi dan Bulan dalam satu garis lurus

d)

Apabila Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur

47.

Gambar rajah di bawah menunjukkan fenomena?

a)

Gerhana Matahari

b)

Gerhana Bulan

c)

Gerhana Bumi

d)

Gerhana Separa

48.

Rajah di bawah menunjukkan fenomena?

a)

Gerhana Matahari

b)

Gerhana Bulan

c)

Gerhana Bumi

d)

Gerhana Separa

49.

Pilih pernyataan yang benar

a)

Gerhana Bulan boleh berlaku sehingga tiga kali dalam setahun

b)

Bulan tidak kelihatan gelap semasa gerhana Bulan tetapi berwarna perang kemerahan

c)

Tempoh fenomena Gerhana Bulan biasanya berlaku beberapa minit

d)

Kawasan gelap penuh atau umbra ialah kawasan yang dihalang sepenuhnya daripada cahaya Matahari

50.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan GERHANA?

a)

Cahaya tidak boleh tembusi objek legap

b)

Apabila Bumi berputar pada paksinya

c)

Peredaran Bulan mengelilingi Bumi

d)

Cahaya bergerak lurus dalam satu baris

51.

Apakah nama buruj ini?

a)

Belantik

b)

Pari

c)

Biduk

d)

Skorpio

52.

P,Q,R dan S adalah kedudukan bintang pada buruj Pari.Antara bintang berikut ,yang manakah menunjuk ke arah selatan?

a)

P

b)

Q

c)

R

d)

S

53.
Buruj ini kelihatan seperti sesuatu yang mempunyai kepala, badan yang panjang, berekor dan bersengat.Buruj ini boleh dilihat dari bulan Jun hingga Ogos.
Apakah buruj ini?
a)
Belantik
b)
Pari
c)
Skorpio
d)
Biduk
54.

Nyatakan kegunaan buruj.

a)

petunjuk arah

b)

petunjuk musim menuai

c)

petunjuk masa

d)

petunjuk musim menanam

55.

Seorang pelayar sedang berlayar dari Terengganu menuju ke Johor Bahru. Semasa dalam pelayaran, kapalnya telah dipukul ombak sehingga alat yang digunakan untuk menentukan arah rosak. Apakah buruj yang sesuai digunakan untuk membantunya berlayar ke Johor Bahru?

a)
b)
c)
d)
56.

Berapakah jenis mesin ringkas?

a)

5

b)

6

c)

7

57.

Skru dalam mesin ringkas dikenalpasti melalui __________

a)

mempunyai alur yang berlingkar dinamakan bebenang

b)

terdiri daripada rod yang bergerak pada satu titik yang dinamakan fulkrum

c)

terdiri daripada sebuah roda beralur yang boleh bergerak balas

58.

Apakah kegunaan gear pada mesin ringkas?

a)

mengurangkan daya geseran pada sesuatu objek

b)

mengubah arah objek ke kawasan yang lebih selamat

c)

mengubah arah dan kelajuan pergerakan bahagian -bahagian lain dalam sesuatu mesin yang lebih kompleks.

59.

Tiga Mesin Ringkas yang terdapat pada Gunting.

a)

Baji

b)

Skru

c)

Tuas

d)

Takal

60.

Mesin yang lestari ialah mesin yang ____________ . (pilih jawapan yang sesuai)

a)

tahan lama

b)

tidak mudah rosak

c)

selamat digunakan

d)

menguntungkan