Font size
WorksheetsKATA IMBUHAN
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Semua murid dikehendaki __________________ di dewan sekolah.
mengumpul
berkumpul
kumpulan
dikumpul
Bas yang dinaiki oleh Amir telah ____________ dalam kemalangan.
penglibatan
melibatkan
terlibat
dilibat
Apabila adik _______________ daripada tidur, dia terus menangis.
menjaga
berjaga
terjaga
dijaga
Banglo lama itu merupakan antara banglo ___________________ di kawasan tersebut.
terbesar
dibesarkan
membesar
kebesaran
Pesawah itu _______________ di bawah pokok kerana penat bekerja.
A ditidur B tertidur C menidur D ketiduran
ditidur
tertidur
menidur
ketiduran
Nor Fatini sedang _________________ rawatan di hospital.
menerimakan
penerimaan
menerima
diterima
Sayur yang _______________ itu layu kerana tidak direnjis dengan air.
didedah
terdedah
mendedah
pendedahan
Semua borang _________________ hendaklah sampai kepada pihak penganjur seminggu sebelum pertandingan.
A disertai B disertakan C penyertaan D menyertai
disertai
disertakan
penyertaan
menyertai
Norhidayah telah diisytiharkan sebagai olahragawati _______________ dalam sukan tahunan sekolahnya.
sebaik
terbaik
kebaikan
membaiki
Pada minggu hadapan Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya akan mengadakan _____________ menulis karangan.
diadu
beradu
mengadu
peraduan
Orang kaya yang murah hati itu suka melakukan kebajikan dan ________________ orang-orang miskin.
menolong
ditolongkan
pertolongan
menolongkan
Abang dilarang ________________ dengan budak-budak di simpang jalan itu kerana mereka kacang hantu. A berkawankan B berkawan C dikawani D kawani
berkawankan
berkawan
dikawani
kawani
**Kerja-kerja ________________ kawasan sungai itu sedang ______________ oleh penduduk kampung.
dibersihkan ... dijalani
kebersihan ... dijalankan
membersihkan ... dijalani
pembersihan ... dijalankan
Bola itu terkena tiang sebelum ______________ ke dalam pintu gol.
digolek
bergolek
penggolek
menggolek
**Ketelitian amat penting dalam ______________ sesuatu barangan demi menjamin mutunya.
pengeluaran
dikeluarkan
pengeluar
keluaran
Budak lelaki itu menangis kerana _____________ duri pokok bunga kertas.
memijak
berpijak
terpijak
dipijak
"Wah, cantiknya ________________ kamu!" kata Reeta kepada Mei Mei.
pelukis
lukisan
melukis
lukiskan
**Pak Cik Mamat _____________ ladang pisangnya untuk mengelakkan daripada dicerobohi haiwan liar.
dipagari
pagarkan
memagar
dipagarkan
Cikgu Fazal sedang _____________ di dalam kelas Tahun 6 Itqon.
pengajaran
pelajaran
mengajar
pengajar
"Kamu mesti ______________ cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut," kata Basirah kepada Danial.
pemikiran
difikirkan
pemikir
fikirkan
