Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Teknologi genetik

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah benar tentang kejuruteraan genetik?

a)

Proses manipulasi bahan genetik sesuatu organisma untuk membentuk kombinasi gen yang baharu

b)

Kebolehan untuk menghasilkan ciri yang sama seperti induk dan dipindahkan ke generasi yang seterusnya

c)

Proses untuk membiakkan klon

d)

Proses yang akan menambahkan bilangan tanaman yang sama

2.

Antara berikut yang manakah merupakan kebaikan kejuruteraan genetik?

a)

Menghasilkan insulin bagi rawatan penyakit kencing manis

b)

Menganalisa kariotip dan carta salasilah keturunan

c)

Menanam tumbuhan baharu yang dihasilkan melalui pengklonan

d)

Pembiakan kacukan untuk menghasilkan tanaman yang rintang terhadap penyakit

3.

Berikut merupakan contoh organisma terubahsuai genetik, KECUALI

a)

Pokok soya

b)

Pokok jagung

c)

Ikan paus

d)

Pokok tembakau

4.

Organisma yang DNA nya diubahsuai dengan memasukkan gen dari organisma lain dinamakan sebagai

a)

Transgenik

b)

Transformer

c)

Transgender

d)

Organ

5.

Antara berikut, yang manakah tidak terlibat dalam kejuruteraan genetik?

a)

Haiwan transgenik

b)

Tumbuhan transgenik

c)

Terapi gen

d)

Pengklonan

6.

Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang kejuruteraan genetik?

a)

Meningkatkan hasil tanaman

b)

Mengurangkan kos untuk makanan

c)

Meningkatkan keperluan pestisid

d)

Meningkatkan kandungan nutrien dan kualiti makanan

7.

Apakah kepentingan bioinformatik?

a)

Pengenalpastian gen dan nukleotida polimorfisma tunggal

b)

Menghasilkan organisma transgenik

c)

Meningkatkan kualiti sesetengah organisma

d)

Meningkatkan kualiti makanan

8.

Antara berikut, yang manakah benar tentang pemprofilan DNA?

a)

Berbeza daripada cap jari DNA

b)

Menggunakan teknologi DNA rekombinan

c)

Digunakan oleh polis untuk siasatan jenayah

d)

Mengambil masa yang sangat lama untuk mendapatkan keputusan

9.

Rajah menunjukkan satu aplikasi yang melibatkan bioteknologi.

Antara berikut, yang manakah mewakili aplikasi di atas?

a)

Pemprofilan DNA

b)

Nanobioteknologi

c)

Pembersihan tumpahan minyak

d)

Terapi gen

10.

Berikut adalah teknologi kejuruteraan genetik kecuali

a)

pengesanan kariotip

b)

penggunaan plasmid

c)

terapi gen

d)

DNA rekombinan

e)

organisma termodifikasi genetik (GMO)

11.

DNA yang mengandungi gen yang dikehendaki daripada bakteria digabungkan dengan DNA yang mengandungi gen yang menghasilkan insulin. DNA disisipkan ke dalam plasmid dan dimasukkan ke dalam sel bakteria serta dikulturkan. Apakah nama teknologi kejuruteraan genetik ini?

a)

terapi gen

b)

organisma termodifikasi (GMO)

c)

DNA rekombinan

d)

geneologi genetik (baka)

12.

Teknik mengubahsuai atau menggantikan gen yang rosak, digunakan dalam membetulkan kerosakan genetik. Apakah teknologi yang digunakan?

a)

Penggunaan plasmid

b)

terapi gen

c)

makanan terubahsuai genetik

d)

geneologi genetik

13.

Gambarajah menunjukkan tanaman yang mempunyai daya rintangan terhadap serangan perosak dan penyakit. Tanaman ini telah melalui teknologi

a)

DNA rekombinasi

b)

Organisma termodifikasi genetik (GMO)

c)

penggunaan plasmid

d)

terapi gen

14.

Berikut adalah kebaikan teknologi kejuruteraan genetik kecuali

a)

menghasilkan tanaman dan ternakan yang berkualiti

b)

penghasilan insulin dan enzim yang boleh membantu kesihatan manusia

c)

memberikan alahan dan kesan-kesan sampingan kepada pengguna

d)

mengenal pasti penyakit baka dan merawat penyakit

15.

Mak Cik Kiah menghidap diabetes melitus. Dia memerlukan suntikan hormon insulin. Insulin tersebut dihasilkan melalui teknologi

a)

DNA rekombinan

b)

Organisma termodifikasi genetik (GMO)

c)

Terapi gen

d)

sains forensik

16.

Etika dalam teknologi kejuruteraan genetik melibatkan beberapa isu terutamanya

a)

pengklonan

b)

pembiakbakaan

c)

biohazard

d)

sisa kumbahan

17.

Terapi gen boleh diaplikasi bagi merawat penyakit

a)

hemofilia

b)

sistik fibrosis

c)

sindrom klinefelter

d)

anemia sel sabit

18.

Berikut adalah contoh-contoh produk ubatan yang dihasilkan secara komersial melalui teknik kejuruteraan genetik..

Pilih 3 yang berkenaan

a)

Hormon insulin

b)

Pil vitamin C

c)

Hormon pertumbuhan

d)

Vaksin

19.

Kejuruteraan genetik adalah teknik menukarkan sifat sesuatu organisma dengan memindahkan gen tertentu daripada organisma lain ke dalam DNA organisma tersebut. *

a)

betul

b)

salah

20.

Insulin dihasilkan dengan menggunakan bakteria untuk direplikasi dengan cepat dan teknik ini dinamakan teknik rekombinasi DNA.

a)

betul

b)

salah