Font size
WorksheetsTg. 2 Tema 4
Total questions: 27
Worksheet time: 15mins
Mengapakah A.U. dan ly digunakan untuk menentukan jarak planet dari Matahari dalam sistem suria?
A.U. dan ly digunakan kerana jarak planet dalam sistem suria terlalu .................. dan mencapai sehingga jutaan kilometer.
jauh
dekat
Planet yang manakah paling dekat dengan Matahari dan planet terkecil?
Zuhrah
Bumi
Marikh
Utarid
Planet yang manakah dikenali sebagai planet rumah hijau (kandungan karbon dioksida yang tinggi)?
Bumi
Zuhrah
Marikh
Musytari
Planet yang manakah mempunyai lapisan atmosfera, air, daratan dan hidupan?
Zuhal
Bumi
Neptun
Uranus
Planet yang manakah dikenali sebagai planet merah dan mempunyai 2 bulan iaitu phobos dan demos?
Musytari
Neptun
Marikh
Zuhal
Planet yang manakah adalah planet terbesar dan melindungi Bumi daripada objek besar kerana mampu memesongkannya dengan daya graviti yang sangat kuat?
Musytari
Uranus
Planet yang manakah dikenali sebagai planet gergasi bergas yang mempunyai sistem gelang / cecincin yang mengandungi ais, batu dan debu?
Uranus
Zuhal
Apakah ciri unik bagi planet Uranus?
Paksi putarannya condong ke sisi, hampir selari dengan orbit yang mengelilingi Matahari
Ada 62 bulan, Titan ialah bulan terbesar
Apakah planet yang paling jauh dari Matahari dan mengambil masa hampir 165 tahun untuk mengelilingi Matahari?
Neptun
Uranus
Zuhal
Hubungan antara suhu permukaan planet dengan jarak dari Matahari ialah
semakin jauh jarak antara planet dengan Matahari, semakin .............. suhu permukaannya.
semakin dekat jarak planet dengan Matahari, semakin .................. suhu permukaannya.
jauh
rendah
tinggi
dekat
Semakin jauh sebuah planet dari Matahari, semakin ......................... masa yang diperlukan untuk mengelilingi Matahari dalam satu orbit.
banyak
sedikit
Yang manakah planet paling laju?
Utarid
Neptun
Yang manakah planet paling perlahan?
Utarid
Neptun
Semua planet berputar dari barat ke timur kecuali Zuhrah dan Uranus.
Benar
Palsu
Apakah satelit semula jadi bagi Bumi?
Bulan
Matahari
Jejak ekologi ialah ukuran kemampuan air dan tanah menyediakan sumber yang diperlukan oleh manusia serta kemampuan Bumi untuk menyerap semua bahan buangan manusia lalu menghasilkan semula sumber sesudah mereka menggunakannya.
Benar
Palsu
Jejak karbon, kawasan binaan, hutan, kawasan pertanian, kawasan penternakan dan kawasan perikanan ialah contoh ukuran nisbah jejak ekologi.
Benar
Palsu
Apakah yang akan berlaku jika jejak ekologi melebihi kemampuan Bumi untuk memperbaharui sumber?
Bumi akan cukup sumber
Bumi akan kehabisan sumber
Apakah jejak ekologi setiap negara sama atau berbeza?
Sama
Berbeza
Perlanggaran antara asteroid dengan Bumi boleh berlaku disebabkan terdapat laluan asteroid yang ................... atau sangat ........................... dengan orbit Bumi. Jika pada masa yang sama asteroid dn Bumi berada pada titik persilangan orbit tersebut, maka akan berlaku perlanggaran.
bersilang
jauh
selari
hampir
Galaksi ialah satu himpunan jasad yang terdiri daripada jutaan bintang bersama gas, debu dan habuk.
Benar
Palsu
Di galaksi manakah sistem suria kita terletak?
Galaksi Messier 87
Galaksi Bima Sakti
Pilih padanan jenis galaksi yang betul.
Berpilin - Magellan kecil dan Magellan besar
Tidak seragam - Andromeda dan Bima Sakti
Elips - Ursa Mayor dan Messier 87
Ramalkan kesan yang mungkin terjadi kepada sistem suria apabila tiba masanya kematian Matahari?
Suhu Bumi akan menjadi sangat rendah kerana tiada haba dari Matahari.
Tiada kejadian siang dan malam kerana Bumi tidak mempunyai sumber cahaya.
Hidupan di Bumi akan mati kerana suhu yang terlalu rendah.
Hidupan di Bumi boleh hidup seperti biasa.
Pilih perbandingan saiz relatif antara Bumi dengan alam semesta yang betul.
Bumi > Galaksi Bima Sakti > Kumpulan Galaksi > Sistem Suria > Gugusan Galaksi
Bumi > Sistem Suria > Galaksi Bima Sakti > Kumpulan Galaksi > Gugusan Galaksi
Bagaimanakah suhu sesuatu bintang dapat ditentukan berdasarkan pemerhatian di Bumi?
Julat suhu bintang yang dilihat dari Bumi menggunakan ...........................
binokular
teleskop
Apakah ciri-ciri yang digunakan untuk mengelaskan bintang?
kecerahan
jarak
saiz
warna
suhu
