NEW
Font size
WorksheetsLATIHAN PENGUKUHAN PJPK T4
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
1. Antara berikut manakah BUKAN merupakan syarat-syarat permainan goalball?
Dilarang membuat bising.
Dilarang memegang bola melebihi 10 saat.
Pemain bebas melontar bola sesuka hati mereka.
Kumpulan yang memperoleh mata terbanyak dikira sebagai pemenang.
2. Permainan bola jaring merupakan satu permainan yang diubahsuai. Apakah permainan yang dimaksudkan?
Bola Sepak
Bola Tampar
Bola Baling
Bola Keranjang
3. Apakah yang dimaksudkan dengan jerat dadah?
Keadaan seseorang yang terpedaya menjadi mangsa dadah.
Jerat yang dibuat untuk menangkap penagih dadah.
Situasi yang berlaku di lorong gelap.
Ilmu untuk mendapatkan dadah.
4. Manakah antara berikut merupakan implikasi jerat dadah?
Mengharumkan nama negara.
Masyarakat tidak aman dan negara tidak stabil.
Menjadi punca kepada sejarah peperangan dunia.
Mengukuhkan ekonomi dan sumber kewangan negara.
5. Apakah tanda kemurungan?
Tertekan
Mudah bergaul
Berjaya dalam pelajaran
Aktif dalam bersukan
6. Manakah BUKAN punca kemurungan?
Stres
Penyakit
Persekitaran
Corak pemikiran yang positif
7. Apakah maksud penyakit Talasemia?
penyakit genetik sel darah merah
penyakit genetik sel darah putih
penyakit bawaan tumbuhan
penyakit bawaan haiwan
8. Siapakah yang digalakkan untuk menjalani saringan Talasemia?
Warga emas
Bayi yang baru lahir
Remaja 16 tahun ke atas
Pasangan yang telah berkahwin
9. Apakah tujuan pengambilan suplemen?
Pelengkap nutrisi badan seharian
Amalan pemakanan yang sihat
Nutrisi makanan sukar hilang
Mengurangkan tahap kesihatan
10. Manakah antara berikut BUKAN kesan pengambilan suplemen tanpa preskripsi daripada doktor?
Memenuhi keperluan nutrisi yang kurang di dalam tubuh badan
Menyebabkan kesan advers iaitu tekanan darah rendah, serangan jantung dan mati mengejut
Kerosakan organ dalaman seperti otak, buah pinggang dan hati kerana bahan kimia dalam suplemen akan larut dalam darah
Cirit-birit, pembentukan batu karang, penambahan asid urid
