wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Cerdik Bahasa

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.
I   Cahaya hari ini sangat hangat sekali.
II  Tidak lama lagi, abang akan memperoleh cahaya mata. 
III Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.
IV  Air muka Suraya cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu. 
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
I dan IV
d)
III dan IV
2.
I   Izham lahir dalam keluarga doktor perubatan yang terkenal.
II   Sajak itu lahir daripada hati sanubarinya yang suci.
III   Pokong kacang bendi itu lahir daripada benih yang disemai seminggu yang lalu.
IV  Pelan kompleks sukan itu lahir daripada perbincangan kami kelmarin. 
a)
I, II dan III
b)
I, II dan IV
c)
I, III dan IV
d)
II, III dan IV
3.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Oleh kerana ayah Kamal suntuk wang, Kamal tidak dapat menyertai rombongan sekolahnya ke Melaka.

II Petani itu dapat menuai kesemua padinya kerana dia sekeluarga bekerja sehari suntuk.

III Para peserta gagal menyiapkan projek mereka disebabkan masa yang diberi begitu suntuk.

IV Perasaannya suntuk apabila musim tengkujuh tiba kerana dia tidak dapat turun ke laut.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Pelajar itu telah terpilih untuk lanjut pelajarannya ke luar

negeri.

II Orang itu memerlukan keterangan lanjut tentang cara-

cara mengisi borang Amanah Saham Nasional.

III Dia menyesal kerana lanjut cakap terhadap

kedua orang tuanya.

IV Walaupun usianya agak lanjut namun dia masih gemar

membaca.

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

I dan III

d)

III dan IV

5.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Sudah menjadi rutin bulan Amir untuk menziarahi anak-anak yatim di Padang Serai.

II Ayah akan mengirimkan perbelanjaan bulan bagi kami sekeluarga melalui pos.

III Mengapakah Azila sudah beberapa bulan tidak datang ke sekolah?

IV Setiap akhir bulan ayah menerima gaji daripada majikannya.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Cikgu Nalini menampal hasil kerja murid pada ________________ di belakang kelas.

a)

papan tanda

b)

papan pameran

c)

papan lapis

d)

papan kenyataan

7.

Datuk menggunakan _______________ kerana dia sudah tidak boleh berjalan.

a)

roda kerusi

b)

kerusi roda

c)

telefon bimbit

d)

kerusi malas

8.

Ibu menggunakan _____________ untuk memotong kuku adik yang panjang.

a)

pengetip kuku

b)

pemotong kuku

c)

penyepit kuku

d)

pewarna kuku

9.

Puan Latifah menggunakan ______________ untuk membersihkan lubang telinga.

a)

putik kapas

b)

kapas bulat

c)

tunas kapas

d)

batang kapas

10.

Beberapa buah lukisan dipamerkan di __________________ hotel terkemuka itu.

a)

ruang tamu

b)

ruang legar

c)

ruang hias

d)

ruang udara

11.

Atlet ________ SMK Permatang Rawa sangat berdisiplin.

a)

olah raga

b)

olahraga

c)

sukaneka

d)

sukantara

12.

Ahli ________________ baharu akan dipilih pada mesyuarat itu nanti.

a)

jawatan

b)

jawatanpuasa

c)

jawatankuasa

d)

jawatan kuasa

13.

Pak Meon merupakan _____________ Kampung Tok Panjang.

a)

setiausaha

b)

setia usaha

c)

setiawangsa

d)

setia wangsa

14.

Penduduk bukan ___________ Malaysia kebanyakannya berasal dari Indonesia.

a)

warga negara

b)

warganegara

c)

warga negeri

d)

warganegeri

15.

Apakah maksud kata majmuk mantap?

a)

Dua kata dasar yang dirangkaikan untuk membentuk satu perkataan baharu yang ditulis secara terpisah.

b)

Dua perkataan yang ditulis dan dieja secara rapat.