NEW
Font size
WorksheetsSOALAN TATABAHASA
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Mereka membentangkan ....... tikar di bawah sebatang pokok besar di tepi sungai.
sebuah
segulung
sehelai
sebidang
Damia berasa ____ apabila terkenang akan kucing kesayangannya yang hilang.
sedih
gementar
risau
kecewa
Sampah sarap yang terbiar itu berbau _____.
hapak
tengik
busuk
hancing
Qasrina memimpin tangan ____ itu untuk melintas jalan raya.
warga lama
warga kota
warga silam
warga emas
Angin ____ telah menerbangkan bumbung rumah-rumah teres yang sedang dibina itu.
lebat
pantas
cepat
kencang
Puan Ain memasukkan pakaian yang kotor ke ____ mesin basuh.
atas
sudut
dalam
sisi
Baju itu dibuat ____ kain sutera yang bermutu tinggi.
dari
dengan
akan
daripada
Irfan mewarisi kemahiran bapanya membuat perabot daripada kayu palet.
Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah...
bagaimana acuan, begitulah kuihnya
bagai isi dengan kuku
seperti katak di bawah tempurung
ibarat melepaskan anjing tersepit
Pihak polis mengarahkan orang ramai supaya bersurai dari tempat perhimpunan itu.
Pilih perkataan sinonim bagi bersurai
berlari
beredar
berpisah
bersepah
Masalah yang rumit itu berjaya diselesaikan setelah semua pihak bekerjasama menghulurkan pandangan dan bantuan.
Pilih perkataan antonim bagi rumit
ringan
sukar
mudah
sedikit
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Amirul gagal dalam ujian itu kerana dia kurang berusaha.
Bilakah Amirul akan menduduki ujian itu?
Mengapakah Amirul gagal dalam ujian itu?
Siapakah yang gagal dalam ujian itu?
Berapakah markah ujian Amirul?
Pilih ayat yang betul.
I Para-para guru sedang bermesyuarat di bilik guru.
II Syareem berjumpa dengan sahabat lamanya kelmarin.
III Kita harus memberi sokongan untuk menjayakan kempen kitar semula.
IV Telefon pintar itu telah dibeli kepada Pak Long Sulaiman.
I dan II
II dan III
III dan IV
II, III dan IV
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
"Saya hanya ada lima ringgit sahaja," kata Amirun kepada Lokman.
Amirun meminta lima ringgit daripada Lokman.
Amirun dan Lokman hanya mendapat lima ringgit sahaja.
Amirun memberitahu Lokman bahawa dia hanya mempunyai wang sebanyak lima ringgit sahaja.
Amirun memberikan wang sebanyak lima ringgit kepada Lokman.
Iman dan Danial bersahabat baik. _____ jarang bergaduh dan bermasam muka.
Kita
Kami
Mereka
Dia
Buaian di taman permainan itu tidak digunakan lagi ....... papannya telah patah.
kerana
kecuali
tetapi
selagi
