wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

latihan pengukuhan 3 (Luasnya Kuasa Allah SWT)

Total questions: 18

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

قُلِ اللّٰهُمَّ مٰلِكَ الۡمُلۡكِ تُؤۡتِى الۡمُلۡكَ مَنۡ تَشَآءُ وَتَنۡزِعُ الۡمُلۡكَ مِمَّنۡ تَشَآءُ .

Apakah makna bagi ayat tersebut?

a)

Allah yang menahan kuasa pemerihtahan.

b)

Allah memberikan dan mencabut kuasa pemerintahan.

c)

Allah yang mengurniakan kuasa pemerintahan.

d)

Allah memberikan dan menetapkan kuasa pemerintahan.

2.

وَتُعِزُّ مَنۡ تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَنۡ تَشَآءُ​ ؕ بِيَدِكَ الۡخَيۡرُ​ؕ اِنَّكَ عَلٰى كُلِّ شَىۡءٍ

Apakah maksud bagi perkataan yang bergaris?

a)

mencela - menyanjungi

b)

mencela - memuliakan

c)

memuliakan - menghina

d)

menghina - mengiktiraf

3.

Berikut adalah cara bagi Allah untuk memuliakan dan menghinakan manusia kecuali...

a)

melalui harta

b)

melalui pangkat

c)

melalui anak

d)

melalui ilmu

4.

تُوۡلِجُ الَّيۡلَ فِى النَّهَارِ وَتُوۡلِجُ النَّهَارَ فِى الَّيۡل

Pilih terjemahan ayat yang betul bagi ayat tersebut.

a)

Engkaulah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam.

b)

Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam dan memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang.

c)

Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam dan memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam.

5.

Allah menjadikan waktu siang untuk manusia ______________ dan waktu malam untuk ________________.

a)

bekerja mencari rezeki - berehat.

b)

bekerja - bermain game.

c)

bekerja mencari rezeki - berehat dan beribadah.

d)

tidur - menyiapkan kerja.

6.

وَتُخۡرِجُ الۡحَـىَّ مِنَ الۡمَيِّتِ وَتُخۡرِجُ الۡمَيِّتَ مِنَ الۡحَـىِّ

Apakah intisari ayat yang bagi ayat ini?

a)

Allah memberikan dan mencabut kuasa pemerintahan.

b)

Allah memuliakan dan menghina manusia.

c)

Allah menjadikan malam dan siang silih ganti.

d)

Allah menghidupkan dan mematikan makhluk.

7.

Apakah contoh sesuai bagi terjemahan ayat, "Allah mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati" ?

a)

bermula dari seekor kucing menjadi bangkai.

b)

bermula dari biji benih menjadi sebuah pokok.

c)

bermula dari seorang manusia menjadi mayat.

8.

وَتَرۡزُقُ مَنۡ تَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٍ

Apakah makna bagi ayat ini?

a)

Allah memberi rezeki kepada semua muslim sahaja.

b)

Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang ia kehendaki.

c)

Allah memberi harta kepada sesiapa yang ia kehendaki.

d)

Allah memberi anak kepada sesiapa yang ia kehendaki.

9.

Allah memberi rezeki kepada sesiapa ia kehendaki. Ini bermaksud Allah memberikan rezeki kepada...

a)

umat islam seluruhnya.

b)

orang islam dan orang kafir juga.

c)

orang kaya sahaja.

d)

orang yang memerlukan.

10.

Allah SWT memberikan kuasa _____________ kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA

a)

pemerintahan

b)

kehakiman

c)

pangkat

d)

keajaiban

11.

Allah SWT boleh mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang ____________

a)

diingini-NYA

b)

dikehendaki-NYA

c)

dimahukan-NYA

d)

dipilih-NYA

12.

Allah SWT memuliakan sesiapa sahaja yang dikehendaki-NYA

a)

Betul

b)

Salah

13.

Allah SWT tidak akan menghina sesiapa yang dia kehendaki

a)

Betul

b)

Salah

14.

AlLah SWT menjadikan seseorang itu daripada kaya menjadi miskin menunjukkan Allah SWT menghinanya kerana tidak _______________

a)

bersedekah

b)

pernah solat

c)

bersyukur

d)

mentaati perintah-NYA

15.

Allah SWT menjadikan siang untuk manusia ______________.

a)

berbakti kepada orang lain

b)

menuntut ilmu

c)

berehat

d)

bekerja mencari rezeki

16.

Allah SWT menjadikan malam untuk manusia _______________.

a)

tidur

b)

berehat dan beribadat

c)

bersukan

d)

belajar

17.

Kita perlulah sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah SWT iaitu dengan ____________.

a)

menolong orang yang kesusahan

b)

mentaati perintah-NYA

c)

melakukan solat

d)

berbuat baik kepada ibubapa

18.

Orang yang tidak bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah SWT akan mendapat balasan ____________ daripada Allah SWT.

a)

pedih

b)

azab

c)

setimpal

d)

dahsyat