wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tema 8 - Bijak Berbelanja Celik Wang

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Chan Ho sentiasa berjimat cermat ketika _________ kerana dia tidak mahu bersikap boros.

a)

berbelanja

b)

membelanjai

c)

perbelanjaan

d)

belanjawan

2.

Pau berintikan isi ayam mendapat _________ daripada para pelanggan.

a)

penyambut

b)

menyambut

c)

menyambuti

d)

sambutan

3.

Mei Ling _______ timun dengan menggunakan sebilah pisau.

a)

mencantas

b)

menebang

c)

menghiris

4.

Aisyah memasukkan beberapa ________ duit syiling ke dalam tabungnya.

a)

kuntum

b)

biji

c)

bilah

d)

keping

5.

Amira ingin ______________ seperti ayahnya yang berjaya sebagai seorang usahawan.

a)

ikut jejak

b)

pasang telinga

c)

langkah kanan

6.

Pilih ayat yang betul.

a)

Dinesh seorang olahragawan cendawan yang berjaya.

b)

Puan Ani menjahit anaknya sepasang baju kurung.

c)

Cikgu Zila dibeli mi goreng di kantin.

d)

Nana mengira jumlah wang simpanannya.

7.

Wei Sen dan kakaknya memetik beberapa ______ epal.

a)

buah

b)

biji

c)

bentuk

d)

batang

8.

Encik Lee sedang menyiang beberapa ______ ikan.

a)

buah

b)

kumpulan

c)

kawan

d)

ekor

9.

Sebelum berbelanja, kita perlu membuat senarai barangan yang hendak dibeli dan ________________________________________.

a)

periksa resit pembelian barangan

b)

kira jumlah wang yang telah dibelanjakan

c)

rancang tempat untuk berbelanja dengan telitinya

10.

Antara berikut yang manakah BUKAN panduan semasa berbelanja?

a)

Kita perlu memeriksa resit pembelian barangan.

b)

Buat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barangan.

c)

Jangan mudah terpengaruh oleh tawaran istimewa.

11.

Jika kita mempunyai wang baki selepas berbelanja, kita boleh ____________________________________.

a)

membazirkan wang itu dengan membeli barang yang tidak diperlukan

b)

simpan wang tersebut di dalam tabung atau bank

c)

membelanjakan wang tersebut sehingga habis

12.

Antara berikut yang manakah cara yang betul untuk menjimatkan perbelanjaan?

a)

Membuang pakaian lama yang masih elok

b)

Tidak menutup suis lampu dan kipas apabila tidak digunakan.

c)

Membawa bekal makanan dan minuman ke sekolah.

13.

Ibu Mei Mei pernah mengalami kegagalan. Namun begitu, beliau tidak berputus asa. Beliau terus berusaha dengan gigihnya. Kini beliau digelar usahawan berjaya.

Apakah peribahasa yang sesuai berdasarkan pernyataan di atas?

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Sediakan payung sebelum hujan

c)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

14.

Sebelum berbelanja, kita perlu membuat senarai barangan yang hendak dibeli. Mengapakah kita perlu membuat senarai barangan yang hendak dibeli?

a)

Supaya kita membeli barangan yang diperlukan sahaja.

b)

Supaya kita boleh membeli barang yang kita tidak perlukan.

c)

Supaya kita dapat membeli barang yang mahal dan banyak.

15.

Puan Aina dan anak perempuannya pergi ke bank. _________ mahu menyimpan wang ke dalam akaun simpanan.

a)

Kami

b)

Kita

c)

Mereka

d)

Awak