wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Tatabahasa

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Ejaan yang betul bagi gambar di atas ialah

a)

nasi hampit

b)

nasi impit

c)

nasi hempit

d)

nasi himpit

2.

Beliau mendapat ________ daripada sultan kerana jasanya kepada masyarakat.

a)

hadiah

b)

sumbangan

c)

cenderamata

d)

anugerah

3.

Gambar-gambar itu disiarkan dengan ________ Jabatan Penerangan.

a)

ehsan

b)

ihsan

c)

insan

d)

perkenan

4.

Pilih peribahasa yang sesuai.


Soalan:

"Zarul, kamu berhak menyelesaikan masalah itu tetapi kamu mestilah berhati-hati agar tidak ada mana-mana pihak yang tersinggung," kata Encik Fadli kepada anaknya.

a)

Menangguk di air keruh

b)

Sebelum ajal berpantang mati

c)

Sudah terhantuk baru terngadah

d)

Menarik rambut di dalam tepung

5.

Pilih peribahasa yang sesuai.


Soalan:

Peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai bermaksud

a)

Bersatu padu dalam segala hal

b)

Bergotong-royong melakukan kerja

c)

Ikatan yang kukuh antara adik-beradik

d)

Persahabatan antara rakan sebaya

6.

Arahan:

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang diberikan.


Soalan:

Beberapa jenis haiwan liar tidak boleh diburu supaya haiwan tersebut tidak mengalami kepupusan.

a)

Beberapa jenis haiwan liar yang dilarang untuk diburu telah mengalami kepupusan.

b)

Larangan memburu beberapa jenis haiwan liar adalah untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengalami kepupusan.

c)

Untuk memastikan beberapa jenis haiwan liar tidak mengalami kepupusan, pemburu diingatkan supaya tidak berburu.

7.

Arahan:

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang diberikan.


Soalan:

Lagu kebangsaan berfungsi untuk melambangkan kebangsaan dan kedaulatan sesebuah negara.

a)

Setiap negara mempunyai lagu kebangsaan tersendiri yang melambangkan kebanggaan dan kedaulatan negara itu.

b)

Kebanggaan dan kedaulatan negara tidak dapat diterjemah tanpa lagu kebangsaan.

c)

Kedaulatan sesebuah negara tiada ertinya jika negara itu tidak mempunyai lagu kebangsaan yang membanggakan.

8.

Arahan:

Terdapat satu kesalahan tatabahasa dalam ayat di bawah. Pilih satu kesalahan tersebut.


Soalan:

Hanny dan rakan-rakannya tetap meneruskan pendakian ke puncak Gunung Stong walaupun menghadapi berbagai rintangan.

a)

Kesalahan: berbagai

b)

Kesalahan: pendakian

c)

Kesalahan: walaupun

9.

Arahan:

Bahagian yang bergaris dalam ayat di bawah mengandungi kesalahan penggunaan bahasa. Pilih jawapan yang betul bagi memperbaiki kesalahan tersebut.


Soalan:

Kutipan derma itu kami akan serahkan kepada wakil setiap kampung yang dilanda banjir.

a)

akan kami serahkan pada

b)

kami akan serahkan pada

c)

akan kami serahkan kepada

d)

kami akan serahkan kepada

10.

Arahan:

Bahagian yang bergaris dalam ayat di bawah mengandungi kesalahan penggunaan bahasa. Pilih jawapan yang betul bagi memperbaiki kesalahan tersebut.


Soalan:

Ibu tua itu menunggu kepulangan anaknya yang hilang di laut dari masa ke semasa.

a)

dari masa kepada masa

b)

dari semasa ke semasa

c)

daripada masa ke semasa

d)

dari masa ke semasa

11.

Nasi yang _ diberikan oleh ibu kepada ayam-ayam peliharaannya.

a)

tengik

b)

panas

c)

hangit

d)

masam

12.

Pokok yang _ di hadapan rumah Pak Abu ialah pokok rambutan.

a)

pendek

b)

rendah

c)

bantut

d)

rendang

13.

Kuih yang dijual di Restoran Laman itu sungguh _ dan menyelerakan.

a)

enak

b)

manis

c)

mahal

d)

murah

14.

Peluang untuk menggondol kejuaraan pertandingan bola sepak itu semakin _ apabila pasukannya mengalami kekalahan demi kekalahan.

a)

hampir

b)

sayup

c)

jauh

d)

samar

15.

Pokok sawi yang ditanam oleh Pak Jamil itu hidup dengan _ walaupun tidak dibubuh baja kimia.

a)

segar

b)

hijau

c)

subur

d)

lebat