wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA BAHAGIAN A 1

Total questions: 14

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


Suatu ___________ akan dijalankan untuk mengetahui punca kepupusan beberapa spesies burung di negara ini.

a)

penelitian

b)

penyiasatan

c)

penyelidikan

d)

pemeriksaan

2.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


Ketua kelas itu menampalkan jadual peperiksaan ___________ papan kenyataan kelas.

a)

di

b)

pada

c)

atas

d)

kepada

3.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


Peserta bengkel Bahasa Melayu ___________ pandangan bagi menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada akhir kursus.

a)

berbantah-bantah

b)

berbalas-balas

c)

berubah-ubah

d)

bertukar-tukar

4.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


Pengalaman __________ semasa darurat masih segar dalam ingatan Pak Cik Ismail.

a)

susah senang

b)

jerih perih

c)

pahit getir

d)

susah payah

5.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


Dalam suasana yang ____________ itu, agak sukar bagi Aminah mengecamkan suara adiknya.

a)

riuh

b)

kalut

c)

bingit

d)

kacau

6.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


Persembahan drama itu ___________ tema kepentingan memelihara alam sekitar.

a)

menjelaskan

b)

menampilkan

c)

menunjukkan

d)

merakamkan

7.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


Tunku Abdul Rahman merupakan ___________ yang telah berjaya menuntut kemerdekaan negara kita kepada British.

a)

negarawan

b)

bangsawan

c)

sejarawan

d)

cendekiawan

8.

Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Pilih jawapan yang tepat.


Pegawai itu memperakukan bahawa salinan sijil itu adalah sah setelah melihat sijil asal yang dikemukakan kepadanya.

a)

memperakukan

b)

melihat

c)

dikemukakan

d)

Tiada kesalahan

9.

Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Pilih jawapan yang tepat.


Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap orang yang melakukan kebakaran terbuka, terutamanya pada musim kemarau ini.

a)

terhadap

b)

kebakaran

c)

terutamanya

d)

Tiada kesalahan

10.

Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Pilih jawapan yang tepat.


Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat bermula, baginda bersemayam di atas mahligai sempena hari keputeraan baginda yang ke-65 tahun.

a)

penganugerahan

b)

bersemayam

c)

mahligai

d)

Tiada kesalahan

11.

Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Pilih jawapan yang tepat.


Bercucuran air mata Puan Maimunah semasa menyembut kepulangan anaknya dari perantauan.

a)

Bercucuran

b)

kepulangan

c)

perantauan.

d)

Tiada kesalahan

12.

Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Pilih jawapan yang tepat.


Kakitangan awam diingatkan supaya mereka sentiasa utamakan kebajikan rakyat dalam memberikan perkhidmatan.

a)

supaya

b)

utamakan

c)

dalam

d)

Tiada kesalahan

13.

Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Pilih jawapan yang tepat.


Surat pekeliling dari Kementerian Pelajaran Malaysia tentang peraturan pakaian telah dihantar kepada pihak sekolah.

a)

dari

b)

tentang

c)

kepada

d)

Tiada kesalahan

14.

Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Pilih jawapan yang tepat.


Pihak koperasi hanya boleh membuat pembayaran apabila menerima borang penerima bayaran daripada pembekal.

a)

pembayaran

b)

penerima

c)

pembekal.

d)

Tiada kesalahan