Font size
Worksheetsdaya t6
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Daya ialah ............. atau ............. yang dikenakan kepada sesuatu objek.
Tolakan & Himpitan
Tarikan & Geseran
Tarikan & Tolakan
Tolakan & Geseran
Daya tidak boleh ........... namun kesannya ke atas objek dapat dilihat dan .............
Pegang...... Dirasai
Dirasai.... Dipegang
Dilihat...... Dirasai
Dilihat...... Dipegang
Maksud daya TOLAKAN ialah.....
Perbuatan menggerakkan objek mendekati kita.
Perbuatan menggerakkan objek menjauhi kita.
Perbuatan mengangkat objek
Rajah di atas menunjukkan seorang ibu menolak bayinya di dalam kereta sorong bayi. Aktiviti tersebut melibatkan daya...........
tarikan
tolakan
geseran
Aktiviti di bawah melibatkan daya tolakan KECUALI
menaip komputer
mengikat tali kasut
merejam lembing
menulis di atas kertas
Berdasarkan pilihan di bawah adalah kesan Daya terhadap objek KECUALI
Daya mengubah bentuk objek
Daya mengubah arah pergerakan objek
Daya mengubah jisim objek
Daya memberhentikan objek yang bergerak
Manakah antara berikut merupakan keburukan Daya Geseran?
Menghasilkan haba
Membolehkan objek dipegang
memperlahankan objek bergerak dan akhirnya berhenti
Rajah di atas menunjukkan segelas air yang dipegang oleh Athira. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat?
Ia adalah kesan daya
Ia adalah kesan Keburukan daya
Ia adalah kesan Kebaikan daya
Antara yang berikut,yang manakah adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti di atas?
kebaikan daya geseran
Kaedah mengurangkan geseran
Kaedah menambahkan geseran
Antara aktiviti berikut, yang manakah menunjukkan daya dapat mengubah bentuk objek?
Budak lelaki menendang bola
Budak lelaki menekan tin aluminium
Bola tenis dipukul ke arah lawan
Yang manakah menunjukkan aktiviti tolakan?
Yang manakah berikut merupakan aktiviti tarikan?
Rajah berikut menunjukkan seorang tukang kayu memotong kayu. Antara berikut, yang manakah melibatkan daya yang sama dengan tukang kayu itu.
Antara tindakan berikut, yang manakah sama seperti yang ditunjukkan dalam rajah diatas?
Menarik tali
Tiup belon
Mencabut paku
Menggosok gigi
Antara berikut, yang manakah benar tentang daya?
Daya boleh dilihat
Daya ialah geseran
Kesan daya tidak boleh diperhatikan
Daya boleh menyebabkan suatu objek boleh berhenti
"Sufi menekan botol kosong supaya menjadi kecil untuk menjimatkan ruang dalam plastik sampahnya"
Apakah kesan daya yang dapat diperhatikan dalam situasi diatas?
Daya mengubah bentuk objek
Daya mengubah kelajuan objek
Daya mengubah arah pergerakan objek
Daya memberhantikan objek yang sedang bergerak
Antara berikut, yang manakah BUKAN kesan daya?
mengubah warna objek
mengubah bentuk objek
mengubah kelajuan objek
memberhantikan objek yang sedang bergerak
P - Bulu tangkis berubah arah apabila dipukul
Q - Botol plastik renyuk apabila dipicit dengan kuat.
R - Mengeluarkan buku dari beg sekolah.
S - Sehelai tisu dikeluarkan dari kotak
Situasi manakah yang menunjukkan daya tarikan?
P dan Q
Q dan R
R dan S
P dan S
Apakah yang dimaksudkan dengan daya geseran?
Daya yang terhasil apabila dua permukaan berjauhan
Daya yang terhasil apabila dua permukaan mendekat antara satu sama lain.
Daya yang terhasil apabila dua permukaan bersentuhan antara satu sama lain.
Antara berikut, yang manakah arah daya geseran?
P
Q
R
S
Apakah fungsi corak tersebut?
Sebagai hiasan
Tahan lebih lama
Tambah geseran supaya tidak tergelincir
Lebih selesa dan bergaya
Antara berikut yang manakah merupakan keburukan daya geseran?
Membolehkan kita tidak terjatuh ketika berjalan
Kenderaan boleh memperlahankan kelajuannya
Menghauskan tapak kasut
Membolehkan objek dipegang
Antara berikut, yang manakah BUKAN cara untuk menambah daya geseran?
Menggunakan minyak pelincir
Menggunakan serbuk kapur magnesium
Menggunakan alas bebola
Berbentuk aerodinamik
Berikan faktor-faktor yang mempengaruhi daya geseran
jenis permukaan
jisim objek
ketahanan objek
kekuatan dan kestabilan objek
Permukaan yang _______ menghasilkan kurang daya geseran.
licin
kasar
Apakah punca berlakunya situasi diatas?
Tapak kasut telah haus
Berjalan tidak berhati-hati
Kasut dipakai tidak berkualiti
Tingkap yang berkarat sukar dibuka kerana mempunyai daya geseran yang tinggi. Apakah cara yang sesuai untuk membuka tingkap tersebut?
Menyapu gris
Mengecat tingkap
Menggunakan air
Menggunakan bebola besi
Apakah prinsip daya geseran yang terlibat dalam aktiviti ini?
Daya geseran menumpulkan objek
Daya geseran memperlahankan pergerakan
Daya geseran menyebabkan permukaan objek menjadi haus
Daya geseran menyebabkan objek yang berat sukar digerakkan
Jadual diatas menunjukkan jarak yang dilalui oleh suatu objek diatas empat permukaan yang berbeza.
Daya yang sama digunakan untuk menggerakkan objek tersebut. Antara berikut, yang manakah menerangkan permukaan P,Q,R dan S dengan betul?
R lebih licin berbanding P,Q dan S
S paling licin
Q lebih licin daripada R tetapi lebih kasar daripada P
P lebih licin daripada Q tetapi lebih kasar daripada R
Mengapakah enjin kereta menjadi panas selepas pemanduan ?
daya geseran tayar bertambah
daya geseran badan kereta bertambah
daya geseran omboh enjin bertambah
daya geseran minyak kereta bertambah
