wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pop Kuiz Celik Wang

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Apakah itu Bajet?

a)

Bajet adalah sebuah rekod kad debit kita.

b)

Bajet adalah sejenis kad pembayaran yang dikeluarkan kepada pengguna.

c)

Bajet adalah sebuah pelan kewangan.

2.

Apakah ‘helmet’ atau perlindungan yang boleh digunakan untuk melindungi diri kita sekeluarga daripada situasi di mak dan ayah kita jatuh sakit atau meninggal dunia?

a)

Tabung kecemasan

b)

Takaful

c)

Tabung simpanan

3.

Berikut merupakan kenyataan yang betul tentang Takaful KECUALI:

a)

Takaful ibarat tabung kecemasan berkumpulan untuk membantu satu sama lain apabila berlaku kesusahan pada sesiapa.

b)

Takaful berteraskan konsep mementingkan diri sendiri, tanggungjawab, perlindungan dan toleransi.

c)

Antara pelan yang ada termasuk Pelan Takaful Keluarga, Pelan Takaful Pendidikan, Takaful Kemalangan, Takaful Kebakaran, Takaful Kenderaan.

4.

Berikut merupakan antara kebaikan menyimpan wang simpanan kita di bank berbanding tabung bawah bantal KECUALI: 

a)

Wang di bank terlindung dari risiko kecurian dan kebakaran

b)

Ia lebih mudah dikeluarkan oleh sesiapa sahaja seperti keluarga dan rakan yang dipercayai

c)

Hibah daripada bank akan menambah pendapatan simpanan peribadi

5.

Berikut merupakan kriteria utama kebebasan kewangan KECUALI:

a)

Menjalani kehidupan yang bermakna, selesa dan stabil

b)

Mempunyai sejumlah kad kredit yang mencukupi untuk menampung gaya hidup mewah kita

c)

Menjalani kehidupan yang bebas daripada masalah kewangan yang berpanjangan dan tidak dijangka

6.

Antara berikut, yang manakah maklumat yang diperlukan untuk menyimpan duit melalui Cash Deposit Machine (CDM)?

a)

Nombor kad pengenalan

b)

Nombor pin ATM

c)

Nombor akaun bank

7.

Apakah kandungan Penyata Kredit yang diterima oleh pemegang kad kredit pada setiap bulan?

a)

Rekod merangkap bil untuk semakan penggunaan kredit dan jumlah hutang dengan institusi kredit

b)

Rekod jumlah hutang bagi setiap individu, termasuklah perbelanjaan menggunakan kad debit dari bank yang sama

c)

Rekod jumlah kad kredit yang dimiliki oleh pengguna

8.

Sekiranya kita mempunyai banyak hutang kad kredit tertunggak yang perlu dilangsaikan, apakah yang akan dilakukan oleh pihak bank?

a)

Menghantar penyata kredit untuk mengingatkan pelanggan membuat pembayaran semula apabila kita mempunyai wang yang cukup

b)

Mengupah agensi pembayaran untuk menghubungi penghutang dan mendapatkan bayaran semula bagi pihak bank

c)

Menetapkan tempoh masa untuk penyelesaian hutang tertunggak

9.

Anda perlu disahkan negatif Covid-19 sebelum dibenarkan bekerja. Setelah mencari, anda menemukan sebuah perkhidmatan ujian swab dengan harga yang sangat murah. Apakah yang akan anda lakukan?

a)

terus membuat temujanji dan mendapatkan keputusan ujian dengan segera.

b)

berkongsi maklumat perkhidmatan terbabit dengan rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain.

c)

mengesyaki maklumat yang diterima dan membuat semakan serta carian untuk membuktikan kesahihan perkhidmatan tersebut.

10.

Antara langkah berikut yang manakah seharusnya diambil untuk mengelakkan diri daripada terpedaya oleh scam?

a)

Pastikan kita tidak berkongsi maklumat perbankan dengan sesiapa

b)

Apabila ada pihak yang menghubungi kita untuk membuat pembayaran, segera lakukan bayaran yang diminta

c)

Kongsikan maklumat bank akaun termasuk kod TAC kepada ahli keluarga