WorksheetsBandingan semacam
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Encik Radzi memandu kereta dengan laju bagai ....... kerana sudah lewat ke tempat kerja.
kilat
lipas
kuda
kucing
Anas seorang atlet lompat tinggi. Dia tinggi seperti ________.
tiang
zirafah
galah
gajah
Suara penyanyi itu__________ketika mendendangkan lagu Bahtera Merdeka.
manis macam gula
mahal macam berlian
merdu macam buluh perindu
Pelari itu_____________ketika hampir sampai ke garisan penamat.
putih macam kapas
pantas macam kijang
ringan macam kekabu
Muka adik_____________setelah dimarahi oleh ibu kerana menconteng buku latihan Alia.
manis macam gula
masin macam garam
masam macam cuka
Pakaian yang dibasuh ibu berbau_________________setelah dibilas dengan pelembut fabrik.
terang macam siang
wangi macam bunga
sejuk macam ais
Kantin sekolah Hanis_____________pada waktu rehat.
riuh macam pasar
pedas macam cili
sibuk macam lebah
Lampu di bilik bacaan Encik Kamal_______________kerana dia gemar membaca.
tinggi macam galah
tandus macam padang pasir
terang macam siang
Kari daging yang dimasak oleh kakak Amalina________________kerana terlupa memasukkan garam.
tawar macam air
masi macam garam
merah macam biji saga
Alas meja yang dijual di Kedai Perabot Ceria_________________.
pahit macam hempedu
nipis macam kertas
kurus macam lidi
Peria yang dibeli oleh nenek__________________.
panas macam api
pahit macam hempedu
pedas macam cili
Adik tidak terangkat beg pakaiannya yang__________________.
gebu macam kapas
besar macam gajah
berat macam batu
Ramli tidak terangkat beg yang _____seperti batu itu.
berat
kasar
besar
kesat
Suasana dalam bilik itu sungguh ________seperti pasar.
ramai
busuk
gelora
bising
Saya tidak suka pemerintah yang _______seperti Firaun.
ganas
kejam
zalim
dahsyat
Sejak terlantar di hospital selama dua bulan , badan Zarul ______ seperti lidi.
panjang
rapuh
runcing
kurus
Nani tidak suka makan ubat itu kerana rasanya pahit seperti _________.
jadam
hempedu
akar kayu
kopi
Zarul gelisah seperti _______ kerana anaknya masih belum keluar dari bilik pembedahan.
belut
cacing kepanasan
langau
keldai
Rizal menurut apa-apa sahaja yang disuruh oleh ketuanya kerana dia lurus seperti _________ .
kekisi
sesiku
bendul
pembaris
Saya tidak termakan masakan wanita itu kerana rasanya masam seperti ________.
limau
asam gelugur
asam jawa
cuka
Muka budak itu pucat seperti ______ apabila berada di atas pentas.
bayi
cacing
mayat
kulit biawak
Sungguhpun badan Syazwan besar macam _______ tetapi dia takut seperti _______ .
ikan paus .... lalat
badak...siput
gajah ...tikus
rumah...anak kucing
Suara Siti Nurhaliza merdu seperti .............
buluh perindu
buluh betong
buluh lemang
buluh kasap
Rumah yang bersih berkilat seperti _______ itu kepunyaan Encik Hamid yang rajin seperti _________.
kapas … ulat
cermin ...lebah
menteri …tikus
syurga ....langau
Perempuan itu mempunyai rambut yang ikal seperti _______ dan hidung yang mancung bak _______.
ombak…tunggal
kongkang..lengkuas
mayang ...seludang
keris....galah
