wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAHASA MELAYU 6

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Stres akan menyebabkan kita keletihan dan kerap sakit kepala.

a)

Apakah kesan stres kepada kita ?

b)

Mengapakah kita mengalami stres ?

c)

Bilakah stres akan menyerang kita ?

d)

Bagaimanakah cara untuk mengatasi stres ?

2.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Thai Wei menaiki bas sekolah yang dipandu oleh Pak Malik setiap hari.

a)

Thai Wei dan Pak Malik menaiki bas sekolah yang sama setiap hari.

b)

Bas sekolah yang dipandu oleh Pak Malik dinaiki oleh Thai Wei setiap hari.

c)

Setiap hari Pak Malik memandu bas sekolah yang dinaikinya dan Thai Wei.

d)

Setiap hari Pak Malik menaiki bas sekolah yang dipandu oleh Thai Wei.

3.

Pilih ayat yang betul.

a)

Jangan sesekali menghina orang yang kurang upaya.

b)

Sila hiraukan gangguan budak-budak nakal itu.

c)

Jemput jelaskan bayaran sewa rumah kamu secepat yang mungkin.

d)

Tolong haraplah kamu akan berjaya jika kamu tidak mengubah sikap.

4.

Pilih ayat yang betul.

a)

E-mel itu dihantar dari Ai Ling.

b)

Ardel rindu ke neneknya di kampung.

c)

Jay Hong dilantik sebagai ketua kelas.

d)

Penceramah itu sedang menyampaikan ceramah terhadap amalan menabung.

5.

Nenek Sutinah gemar ................. tikar dan bakul daripada daun mengkuang dan rotan.

a)

dianyam

b)

anyaman

c)

penganyam

d)

menganyam

6.

Pihak penganjur Karnival Permainan Tradisional telah mengatur ................. acara menarik untuk para pengunjung.

a)

setiap

b)

semua

c)

pelbagai

d)

sesetengah

7.

Kumpulan B memang layak memenangi pertandingan reka cipta itu kerana mesin pencuci ciptaan ................. sangat hebat.

a)

mereka

b)

beliau

c)

kalian

d)

kami

8.

Kakak berasa ................ terhadap adik yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat.

a)

malu

b)

geram

c)

kasihan

d)

gembira

9.

Jun Khee membantu ibunya ................. cermin tingkap di ruang tamu supaya bersih.

a)

mengelap

b)

mengusap

c)

menggilap

d)

menggosok

10.

Syahmi berasa gerun apabila berada di tempat yang tinggi.

Pilih perkataan sinonim bagi gerun.

a)

hiba

b)

takut

c)

geram

d)

seksa