WorksheetsSEJARAH TINGKATAN 4 BAB 8
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
1. Apakah maksud pilihan raya?
A. Asas perpaduan kaum
B. Asas berkerajaan sendiri
C. Asas pembinaan bangsa
D. Asas pembentukan negara
2. Bagaimanakah pembentukan kerajaan dilaksanakan di Tanah Melayu?
A. Melalui proses pilihan raya
B. Perkenan Raja-raja Melayu
C. Pemilihan oleh Ratu England
D. Melalui penubuhan parti politik
3. Pilihan raya berikut yang manakah merupakan pilihan raya pertama negara kita?
A. Pilihan raya Negeri Selangor
B. Pilihan raya Umum Persekutuan
C. Pilihan raya Perbandaran Kota Bharu
D. Pilihan raya Perbandaran George Town
4. Mengapakah pilihan raya peringkat awal di Persekutuan Tanah Melayu penting kepada negara?
A. Mengelakkan pembolotan kuasa
B. Menjamin kedudukan hak rakyat
C. Melaksanakan amalan demokrasi
D. Melibatkan rakyat dalam pentadbiran
5. Apakah isu utama yang perlu disepakati sebelum Pilihan raya Umum Pertama?
A. Bilangan ahli MPP
B. Lokasi pilihan raya
C. Syarat menjadi calon
D. Syarat umur pengundi
6. Terdapat ahli yang dilantik mewakili golongan minoriti bagi dua bentuk penyata susunan MPP. Berapakah yang dilantik mewakili golongan tersebut?
A. Seorang
B. Tiga orang
C. Tujuh orang
D. Sebelas orang
7. Tunku Abdul Rahman berhasrat menentukan tiga perlima bilangan ahli MPP. Bagaimanakah hasrat tersebut disampaikan kepada ahli Parlimen British?
A. Melaksanakan kempen
B. Mengadakan rundingan
C. Menggunakan akhbar
D. Menampal poster
8. Seorang penyelia dilantik bagi menjamin pelaksanaan pilihan raya yang sistematik. Siapakah tokoh tersebut?
A. T.E. Smith
B. Dato' Onn Jaafar
C. Donald MacGillivray
D. Tunku Abdul Rahman
9. Mengapakah Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan ditubuhkan?
A. Meluluskan lambang parti calon
B. Menentukan kawasan pilihan raya
C. Mengendalikan kempen pilihan raya
D. Menjalankan pendaftaran parti politik
10. Apakah syarat untuk menjadi pengundi dalam Pilihan raya Umum Pertama?
A. Boleh berbahasa Melayu
B. Berumur 18 tahun keatas
C. Lahir di negeri-negeri Melayu
D. Warganegara Persekutuan Tanah Melayu
11. Apakah kandungan laporan Pilihan raya Pertama Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu 1955?
A. Senarai calon yang layak mengundi
B. Kebaikan pelaksanaan pilihan raya
C. Pencapaian pilihan raya di Sarawak
D. Penerangan berkaitan proses pilihan raya
12. Pilihan raya tempatan pertama di Sarawak telah diadakan pada tahun 1956. Apakah matlamat pilihan raya tersebut?
A. Pengundian untuk menyertai Malaysia
B. Penentuan sempadan di setiap wilayah
C. Persediaan ke arah berkerajaan sendiri
D. Penyelesaian penyatuan pelbagai kaum
13. Berapakah tempoh kempen pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?
A. 35 hari
B. 40 hari
C. 45 hari
D. 50 hari
14. Kuching telah dibahagikan kepada beberapa kawasan dalam pilihan raya Kuching Municipal Council. Berapakah pembahagian kawasan tersebut?
A. Tiga kawasan
B. Lima kawasan
C. Tujuh kawasan
D. Sembilan kawasan
15. Mengapakah rakyat pelbagai kaum menyokong pilihan raya di Sarawak?
A. Memilih wakil dalam kerajaan
B. Menentang perluasan kuasa Brooke
C. Memperkukuhkan sistem pertahanan
D. Mengatasi pertelingkahan antara ketua
16. Apakah tugas Setiausaha Kolonial bagi Kerajaan Tempatan di Sabah?
A. Ketua pengira undi
B. Ketua sempadan
C. Pendaftar pengundi
D. Penguasa Pilihan raya
17. Pilihan raya Persekutuan Tanah Melayu 1955 telah berjaya membantuk Kerajaan Persekutuan. Apakah parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan tersebut?
A. Parti Negara
B. Parti Perikatan
C. Parti Progresif Perak
D. Parti Kebangsaan Perak
18. Apakah peranan Majlis Perundangan Persekutuan pada peringkat Persekutuan Tanah Melayu?
A. Mengambil alih tugas pentadbiran
B. Membina negara bangsa yang utuh
C. Memajukan sektor pertanian negara
D. Menggubal perundangan pentadbiran
19. Majlis Perundangan Persekutuan 1948 terdiri daripada wakil beberapa peringkat. Apakah wakil tersebut?
A. Majlis Negeri
B. Dewan Rakyat
C. Dewan Negara
D. Majlis Raja-Raja
20. Masih terdapat pegawai British yang masih bertugas selepas penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1955. Apakah tugas pegawai British tersebut?
A. Penasihat bidang perbendaharaan
B. Penasihat bidang keselamatan
C. Penyelia sistem prasarana
D. Penyelia kerajaan pusat
21. Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada tahun 1955. Bagaimanakah kabinet pertama dibentuk?
A. Pengenalan Suruhanjaya Reid
B. Akta Perundangan Persekutuan
C. Pelaksanaan Pilihan raya Umum
D. Akta Penubuhan Parlimen
22. Apakah model pentadbiran yang diguna pakai oleh kabinet pertama?
A. Interim
B. Legalistif
C. Eksekutif
D. Westminster
23. Apakah jawatan Tunku Abdul Rahman dalam kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu?
A. Ketua Menteri
B. Ketua Jabatan
C. Menteri Pertanian
D. Menteri Kerja Raya
24. Bagaimanakah kuasa Pesuruhjaya Tinggi dikurangkan selepas pelantikan kabinet pertama?
A. Melalui Majlis Raja-Raja
B. Membatalkan kuasa veto
C. Kuatkuasa Parlimen Malaya
D. Pemohonan pada Ratu England
25. Bagaimanakah tokoh V.T. Sambanthan menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan?
A. Mengadakan kursus perkhidmatan awam
B. Memberi kuasa kepada majlis perbandaran
C. Mengurangkan pegawai Eropah dalam MCS
D. Melantik orang tempatan mengetuai pentadbiran
