wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENULISAN KARANGAN RESPON TERBUKA

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

ayat yang manakah menunjukkan aspek contoh/bukti

a)

Hal ini dapat kita saksikan di kaca-kaca televisyen dan di dada-dada akhbar acapkali memaparkan kes buang bayi semakin meningkat dari hari ke hari.

b)

Kerajaan sememangnya sentiasa tidak bersikap lepas tangan dalam menangani isu pembuangan bayi ini.

c)

Menurut Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, masalah ini jika tidak diatasi sudah pasti mampu mencemarkan imej negara di persada dunia

d)

pada era globalisasi ini, isu pembuangan bayi semakin serius dan menjadi barah yang perlu dirawat segera sebelum perkara ini merebak menjadi le teruk lagi.

2.

Pernyataan tokoh yang manakah menunjukkan kesesuaian dengan kupasan isu yang menepati kehendak soalan?

a)

Menurut Ustaz Azhar Idrus yang merupakan penceramah bebas terkemuka di Malaysia, E-sukan merupakan sukan eletktronik yang perlu ditingkatkan oleh pihak kerajaan.

b)

Menurut Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, E-Sukan merupakan antara sukan terbaharu yang akan diberikan penekanan oleh pihak kerajaan.

c)

Menurut Cikgu Hashimah, E-Sukan akan membawa keuntungan kepada individu yang bijak memanfatkannya.

d)

Menurut Neelofa iaitu artis muda yang menjadi idola anak-anak muda pada masa ini, beliau akan memberi penekanan untuk mengembangkan lagi E-Sukan di persada dunia

3.

Penytaan yang manakah menunjukkan aspek sejarah dalam pendahuluan?

a)

Ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni merupakan kata-kata hikmah yang ditinggalkan nenek moyang kita kepada generasi pada hari ini sebagai peringatan untuk sentiasa bekerjasama dalam melakukan setiap perkara

b)

Setiap individu perlu menjadikan sejarah nenek moyang kita sebagai teladan agar menjadikan diri kita lebih baik pada masa akan datang

c)

Jika ditelusuri sungai waktu, amalan gotong-royong sangat dititikberatkan oleh leluhur kita dahulu terutamanya dalam majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan.

d)

Masyarakat pada hari ini semakin mengabaikan kepentingan gotong-royong kerana mereka lebih gemar menjadi seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

4.

Penyataan di bawah merujuk kepada aspek apa di dalam penulisan isi karangan?

Sudah terang lagi bersuluh, sememangnya sikap angkuh dan sombong sesetengah masyarakat menjadi salah satu punca amalan gotong-royong kian dipinggirkan pada hari ini.

a)

ayat penegas

b)

ayat isi

c)

ayat bagaimana

d)

ayat kesan

5.

Penyataan yang manakah menunjukkan aspek ayat bagaimana?

a)

Ibu bapa merupakan individu terdekat yang menjadi contoh dan mempengaruhi tingkah laku anak-anak mereka

b)

Jika ibu bapa menerapkan amalan gotong-royong dalam kehidupan mereka, hal ini sudah pasti memberi kesan kepada anak-anak untuk turut mengamalkan amalan ini pada masa akan datang

c)

Aforisme Melayu ada mengatakan, bagaimana acuan begitulah kuihnya yang bermaksud, bagaimana sikap ibu bapanya, begitu jualah sikap anak-anaknya.

d)

Ibu bapa memainkan peranan utama untuk menjadi suri teladan kepada anak-anak bagi memastikan amalan gotong-royong diterapkan dalam diri anak-anak.

6.

penyataan berikut merupakan aspek apa di dalam penulisan isi karangan?

"Jika anda ingin berjaya, jangan sesekali berhenti melangkah dan teruslah berusaha sehingga anda berada dipuncak jaya" merupakan titipan semangat yang sering diberikan oleh Tun Dr Mahathir kepada anak-anak muda pada masa ini.

a)

aspek kata tokoh

b)

aspek kesan

c)

aspek mengapa

d)

aspek ungkapan menarik

7.

yang manakah menunjukkan aspek isi dalam penulisan isi karangan.

a)

bergelanggang di mata orang banyak bahawa pengetahuan seseorang itu akan semakin meluas sekiranya amalan membca dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka

b)

Sejak zaman Tuk Nadur berkajang kain lagi, sesiapa pun tidak dapat menafikan bahawa amalan membaca sememangnya menjadikan seseorang itu lebih berpengetahun luas dalam setiap perkara.

c)

Leluhur kita dahulu pernah berkata, sikap malas membaca akan menjadikan seseorang itu seperti katak di bawah tempurung.

8.

Penanda wacana yang sesuai untuk kesimpulan?

pilih 2 jawapan

a)

intihanya

b)

oleh itu

c)

konklusinya

d)

akhir sekali

9.

penyataan yang manakah menunjukkan aspek ayat harapan?

a)

Hasrat negara untuk melahirkan bangsa yang berjaya pastikan akan tercapai sekiranya semua pihak berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam usaha menjayakan amalan membaca ini.

b)

Ibu bapa perlu memainkan peranan penting bagi memastikan generasi pada hari ini tidak sesekali mengenepikan amalan membaca dalam kehiduoan seharian mereka.

c)

Amalan membaca sememangnya mendatangkan 1001 manfaat kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur mahupun jantina

d)

amalan membaca sewajarnya tidak dipinggirkan kerana aforisme ada mengatakan, bangsa membaca, bangsa berjaya.

10.

Penyataan yang manakah menunjukkan ayat cadangan?

a)

Pihak kerajaan sewajarnya tidak bersikap lepas tangan dan perlu turun padang bagi mendalami perasaan masyarakat sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini berlangsung.

b)

Wabak Covid-19 sememangnya berbahaya kepada semua manusia yang ada di atas muka bumi ini tanpa mengira umur mahu pun jantina.

c)

sekiranya wabak ini dapat diatasi segera, sudah pasti harapan dan impian seluruh warganegara untuk bebas ke mana-mana pasti akan terlaksana.

d)

Hal ini sekaligus dapat merancakkan semula ekonomi negara.

11.

berapakah aspek penting dalam penulisan kesimpulan karangan?

a)

6

b)

4

c)

3

d)

2

12.

yang manakah susunan yang betul berdasarkan aspek penting yang perlu ada dalam kesimpulan?

a)

ayat cadangan

ayat pendapat

ayat harapan

b)

ayat harapan

ayat pendapat

ayat cadangan

c)

ayat pendapat

ayat harapan

ayat cadangan

d)

ayat pendapat

ayat cadangan

ayat harapan

13.

adakah aspek sejarah boleh dimasukkan pada bahagian isi?

a)

BOLEH

b)

TIDAK BOLEH

14.

berikut merupakan isi yang tepat bagi kehendak soalan kesan-kesan E-sukan kecuali?

a)

menjana pendapatan

b)

menambah kenalan

c)

mewujudkan persaingan

d)

meningkatkan penguasaan teknologi

15.

Berdasarkan ayat di bawah, apakah aspek yang digunakan dalam pendahuluan karangan?

Melentur buluh biarlah dari rebung merupakan pesan nenek moyang yang dipegang teguh oleh Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah yang merupakan pakar motivasi disegani di Malaysia dalam mendidik anak-anaknya sejak dahulu lagi.

a)

Sejarah

b)

kata tokoh

c)

peribahasa

d)

perbandingan dahulu dan kini