NEW
Font size
WorksheetsTATABAHASA
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Anak kecil itu menangis ____ apabila ditinggalkan oleh ibunya di rumah pengasuh.
teresak-esak
terangguk-angguk
terpinga-pinga
terhincut-hincut
Pemandangan di puncak bukit itu indah _____ pada waktu pagi dan senja.
amat
nian
paling
terlalu
"_____ cuaca menyatakan bahawa ribut petir akan berlaku pada petang ini," kata Irfan.
Peramal
Meramalkan
Ramalan
Diramalkan
Encik Saufi melayan tetamu yang datang ke majlis kenduri di rumahnya dengan ______.
mesra
bongkak
garang
senang
Zahirul dan Asyraf ____ piala yang dimenangi oleh pasukan mereka dalam perlawanan futsal.
menjunjung
menjulang
menggalas
melambung
Puan Asmah mengambil dua_____ beras lalu dimasukkan ke dalam periuk untuk memasak bubur.
kepal
ketul
genggam
cubit
Budak itu masih takut-takut kerana baru ____ belajar menunggang kuda.
sedang
belum
pernah
hendak
Pilih peribahasa yang sesuai.
Nadia berjalan lambat-lambat seperti _____ kerana terlalu penat.
itik pulang petang
tikus membaiki labu
murai dicabut ekor
langit dengan bumi
Pilih peribahasa yang sesuai.
Azrul menyimpan baki wang sakunya di dalam tabung setiap hari. Kata pepatah, ________.
orang berbudi kita berbahasa
sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Selepas Perdana Menteri merasmikan persidangan alam sekitar, para pemberita mengajukan soalan berkaitan jerebu yang melanda negara.
Berdasarkan situasi bagi rangkai kata bergaris di atas, apakah sesi yang sedang berlangsung?
uji bakat
temu duga
kaji selidik
temu ramah
Para penonton berasa bosan ketika menonton filem itu kerana jalan ceritanya meleret-leret.
Pilih perkataan sinonim bagi bosan.
pelik
gelisah
jemu
geram
Tok Ayah menasihati cucu-cucunya supaya tidak mengeji orang yang kurang upaya.
Pilih perkataan antonim bagi mengeji.
memuji
memarahi
melayan
menghormati
_____ sangat dihormati di kampung saya kerana sering membantu orang miskin.
Dia
Beliau
Beta
Saya
Zakuan suka permainan badminton _____ adiknya suka permainan bola sepak.
sementara
manakala
sejak
tatkala
Tina : Tadi kakak beritahu ada pesanan daripada ibu. _____ pesanan itu?
Kakak : Ibu menyuruh _____ mengemas rumah dan mencuci pakaian.
Bilakah ... saya
Apakah ... kita
Siapakah ... kami
Berapakah ... kamu
