Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS BAB 4 TINGKATAN 4TEKNOLOGI HIJAU DALAM MELESTARIKAN ALAM

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi Hijau?

a)

Teknologi moden yang dibangunkan untuk kemajuan

b)

Teknologi moden yang dibangunkan untuk keuntungan

c)

Pembangunan teknologi moden yang mementingkan alam sekitar

d)

Pembangunan teknologi moden yang menjadikan kehidupan lebih mudah

2.

Antara berikut, yang manakah bukan tonggak kelestarian dalam Teknologi Hijau?

a)

Mempromosikan kecekapan tenaga

b)

Mengurangkan kes jenayah

c)

Menjana pendapatan negara

d)

Meningkatkan kualiti hidup

3.

Apakah bahan api alternatif yang boleh digunakan untuk mengurangkan isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga?

a)

Petroleum

b)

Arang batu

c)

Gas asli

d)

Biojisim

4.

Rajah di atas menunjukkan aktiviti X yang dilakukan oleh manusia di dalam sektor pertanian dan perhutanan. Antara berikut, yang manakah merupakan kesan daripada aktiviti di atas?

a)

Menghalang kesan rumah hijau

b)

Menambahkan kawasan tadahan air

c)

Menyebabkan penipisan lapisan ozon

d)

Meningkatkan kandungan karbon dioksida di dalam atmosfera

5.

Kaji pernyataan berikut:


“Penggunaan bahan api fosil sebagai bahan api dalam kenderaan menyumbang kepada pencemaran udara.”


Antara berikut, yang manakah bukan kesan daripada isu sosiosaintifik yang berkaitan dengan sektor pengangkutan?

a)

Penipisan lapisan ozon

b)

Hujan asid

c)

Kesan rumah hijau

d)

Pemanasan global

6.

Pernyataan berikut menunjukkan beberapa contoh langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah sosio-saintifik di dalam salah satu sektor dalam Teknologi Hijau.


Kawalan biologi

Penggunaan baja kompos


Apakah sektor dalam Teknologi Hijau yang berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)

Tenaga

b)

Pertanian dan Perhutanan

c)

Pengangkutan

d)

Pengurusan Sisa dan Sisa

7.

Kenderaan tenaga solar digunakan bagi mengurangkan penggunaan tenaga ______

a)

elektrik

b)

angin

c)

bahan api fosil

d)

arang batu

8.

Rajah di atas menunjukkan pelepasan sisa oleh sebuah kilang getah. Apakah jenis sisa yang dihasilkan oleh kilang ini?

a)

Kertas

b)

Bekas plastik

c)

Sisa makanan

d)

Sisa kimia

9.

Antara berikut, yang manakah bukan sumber bahan bakar alternatif yang bersih?

a)

Gasolin

b)

Cecair gas asli

c)

Gas di bawah tekanan

d)

Hidrogen di bawah tekanan

10.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa memfokuskan usaha untuk meminimumkan pembuangan sisa dan air sisa ke persekitaran dengan cara mengolah sisa atau air sisa menjadi sesuatu yang baharu seperti

a)

Baja kompos

b)

Minyak tanah

c)

Kertas

d)

Plastik

11.

Rajah di atas menunjukkan suatu aktiviti yang dilakukan manusia bagi membina penempatan baharu. Bagaimanakah aktiviti ini boleh menyumbang kepada pemanasan global?

a)

Kadar penghasilan oksigen bertambah

b)

Kadar fotosintesis berkurang

c)

Kepupusan sepsis

d)

Kemusnahan ekosistem

12.

"Pembakaran hutan merupakah kaedah yang biasa dilakukan oleh sebahagian petani kerana ia merupakan kaedah yang paling mudah. Namun, kaedah ini menyebabkan peningkatan gas rumah hijau dan seterusnya mengakibatkan pemanasan global semakin kritikal. "


Apakah contoh gas rumah hijau yang boleh dikaitkan dengan situasi di atas?

a)

Oksigen

b)

Hidrogen

c)

Karbon dioksida

d)

Nitrogen dioksida

13.

Kaji pernyataan berikut :


“Penerokaan hutan yang berleluasa akan mengganggu kitaran gas di Bumi”


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Peningkatan aktiviti pembangunan penduduk Bumi

b)

Pertambahan penduduk Bumi

c)

Hutan merupakan habitat flora dan fauna

d)

Hutan merupakan peparu bumi

14.

"Najis lembu digunakan di dalam Teknologi Hijau untuk menghasilkan bahan yang berguna kepada manusia."


Apakah bahan berguna yang dimaksudkan itu?

a)

Sisa tidak berbahaya

b)

Bahan api biojisim

c)

Tenaga solar

d)

Gas karbon dioksida

15.

Di antara kaedah berikut, yang manakah merupakan kepentingan teknologi hijau?

I. mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar

II. mengurangkan penggunaan karbon

III. meningkatkan tahap kesihatan

IV. menjimatkan penggunaan sumber asli

a)

I, II, dan III

b)

II, III, dan IV

c)

I, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

16.

Penggunaan sumber seperti petroleum meningkat setiap tahun, tetapi bekalan petroleum semakin berkurangan. Apakah pilihan terbaik untuk mengatasi masalah ini?

a)

Menaiki bas ke tempat kerja

b)

Menggunakan petrol RON97

c)

Menggunakan kenderaan persendirian

d)

Berkongsi kenderaan ke tempat kerja

17.

Sisa makanan yang tidak dilupuskan secara baik menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Antara kaedah berikut, yang manakah dapat mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar

a)

Menanam makanan lebihan dalam tanah

b)

Membungkus makanan dalam bekas polisterin

c)

Mengadakan jamuan kenduri kahwin secara bufet

d)

Membuang lebihan makanan bersama sampah plastik

18.

Pengusaha ladang sayuran di lereng bukit menghadapi masalah kawasan yang sempit. Beliau menebang pokok pokok yang besar untuk meluaskan ladangnya. Apakah kesan sampingan kepada tanah di sekitarnya?

a)

Tanah mati

b)

Tanah kasar

c)

Tanah kering

d)

Tanah runtuh

19.

Antara langkah berikut, yang manakah kaedah terbaik untuk menangani isu sosiosantifik sektor pengangkutan?

a)

Menggunakan kenderaan yang lebih kecil

b)

Menggunakan bahan api bio dari minyak sawit

c)

Memasang eksos yang lebih besar di motosikal

d)

Memasang penapis sinar ulta ungu di cermin kenderaan

20.

Rajah di atas menunjukkan simbol bagi Jejak Kaki Karbon. Pilih jawapan yang paling tepat berkaitan dengan Jejak Kaki Karbon.

Bagaimanakah Jejak Kaki Karbon berubah dengan masa?

a)

Meningkat

b)

Berkurang

c)

Tidak berubah

d)

Berubah