WorksheetsPERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Total questions: 10
Worksheet time: 7mins
Raja-raja Melayu menuntut British membentuk kerajaan Persekutuan. Apakah maksud persekutuan?
Kerajaan dikehendaki oleh raja.
Gabungan beberapa buah negeri
Kerajaan bertaraf negeri naungan
Kerajaan bebas daripada penjajahan
Apakah manfaat yang diperoleh orang Melayu melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Kebebasan berpolitik
Menguasai pentadbiran
Menentukan kerakyatan
Kedudukan istimewa dilindungi
Senarai berikut menunjukkan pegawai tinggi British yang berkhidmat di Tanah Melayu.
1. Sir Edward Gent
2. Malcolm Mc Donald
3. Sir Ralph Hone
Apakah peranan mereka sehingga terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu
1948?
Menentang perlaksanaan Malayan Union
Merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
Menyokong pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
Mencadangkan penglibatan Raja-raja Melayu dalam pentadbiran pusat.
Maklumat berikut berkaitan kewarganegaraan.
X = Orang Melayu dan orang Asli yang lahir dan tinggal di negeri Melayu yang mempunyai sultan.
Apakah X ?
Rakyat Raja
Rakyat British
Rakyat Jus Soli
Rakyat Bumiputera
Apakah syarat kewarganegaraan bagi orang bukan Melayu berdasarkan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Boleh berbahasa Melayu
Menetap 15 tahun di Tanah Melayu
Mesti memahami adat dan budaya Melayu
Lahir sebelum penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
Berikut adalah kandungan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948.
PTM 1948 membuka ruang kepada orang bukan Melayu menjadi warganegara. Orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal yang diberikan kedudukan istimewa.
Apakah nilai yang sesuai dikaitkan dengan situasi tersebut?
Prihatin
Amanah
Toleransi
Menghormati
Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ditubuhkan?
Mengkaji sistem pendidikan
Melahirkan persefahaman kaum
Mengembalikan kuasa raja Melayu
Menuntut kemerdekaan Tanah Melayu
Berikut isi kandungan surat yang dibacakan di Parlimen British.
“...tiada seorang pun yang dapat menahan berduka atau terhadap perbuatan tergopoh-gapah dalam menentukan nasib sesebuah bangsa...”
Apakah perbuatan “tergopoh-gapah” tersebut?
Proses dekolonisasi
Pengisytiharan darurat
Pengenalan Malayan Union
Penerimaan Perlembagaan Rakyat
Berikut adalah wakil parlimen British yang dihantar ke Tanah Melayu.
1. LD Gammans
2. David Rees
Apakah tujuan wakil parlimen tesebut dihantar?
Merangka perjanjian
Mendapat persetujuan
Melakukan pungutan suara ramai
Meninjau bantahan terhadap Malayan Union
10.Persekutuan Tanah Melayu 1948 membuka jalan ke arah perpaduan dan kerjasama antara kaum.
Apakah buktinya ?
Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Penerimaan kerakyatan menerusi prinsip jus soli
Kemenangan Pilihan Raya 1955
Pembentukan Parti Perikatan
