Font size
WorksheetsPERTANDINGAN KUIZ PK TINGKATAN 2
Total questions: 60
Worksheet time: 30mins
Saya diperbuat daripada besi. Saya digunakan untuk memotong kuku. Siapakah saya?
Antara gambar berikut, yang manakah bukan alatan kebersihan diri?
Antara berikut, yang manakah kegunaan sabun badan?
Digunakan untuk memotong kuku supaya kuku tidak panjang
Digunakan bersama ubat gigi untuk aktiviti menggosok gigi
Digunakan untuk mencuci rambut
Digunakan untuk menghilangkan kotoran dan mewangikan badan
Apakah fungsi syampu?
Membersihkan rambut
Mencuci badan
Memotong kuku
Menggosok gigi
Antara berikut, yang manakah bukan cara penjagaan tangan dan kaki?
Mencuci tangan selepas ke tandas
Memotong kuku kaki dan tangan dengan cara yang betul
Menggunakan tuala yang bersih untuk mengelap tangan
Bilas rambut sebersih-bersihnya selepas menggunakan syampu
Antara berikut, yang manakah kesan tidak menjaga kebersihan diri?
Antara berikut, yang manakah kesan tidak menjaga kebersihan gigi?
Antara berikut, yang manakah kepentingan penjagaan kesihatan diri?
Badan akan berbau busuk
Menyebabkan berlakunya keracunan makanan
Mudah mendapat penyakit berjangkit
Terhidar daripada penyakit
Pilih definisi sihat yang betul
Satu keadaan sempurna fizikal, mental dan sosial dan bukan sekadar ketika ketiadaan penyakit.
Sihat tubuh badan sahaja
Tidak menghidapi penyakit berbahaya
Manakah diantara berikut merupakan panduan pengurusan kebersihan diri yang betul ?
Menyimpan kuku sehingga panjang
Tidak menyikat dan mengeringkan rambut
Menggosok gigi sekali sehari
Membasuh tangan dengan sabun
Penyalahgunaan bahan adalah seperti
Dadah, arak dan gam
Air, garam dan kayu
Bahan tersebut boleh menyebabkan seseorang
Kelaparan
Ketagihan
Bahan-bahan ini boleh memudaratkan
Keseronokan
Kesihatan dan emosi seseorang
Perbuatan penyalahgunaan bahan membahayakan penagih, keluarga dan _______________.
Masyarakat
Rakan sebaya
Penyalahgunaan bahan boleh menyebabkan seseorang individu berisiko dengan masalah
Kebencian
Kegiatan antisosial
Apakah langkah untuk tidak melibatkan diri dalam penyalahgunaan bahan
Berkawan dengan rakan yang negatif
Sihat dari segi mental dan emosi
Mengapakah dadah dikategorikan sebagai bahan terlarang dan dikawal?
Menjamin kesejahteraan diri dan keluarga
Menyebabkan seseorang hilang pertimbangan
Boleh meningkatkan keyakinan diri
Boleh memudaratkan kesihatan
Apakah kesan penyalahgunaan bahan terhadap sosial?
Prestasi dan disiplin kerja meningkat
Disenangi oleh keluarga dan masyarakat
lebih suka hidup menyendiri
sentiasa menjaga penampilan diri
Siapakah pihak yang boleh memainkan peranan dengan mengadakan program kesedaran dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan bahan?
kerajaan
ibu bapa
majikan
rakan
Apakah yang dimaksudkan dengan Interpersonal?
Komunikasi yang baik antara manusia
Hubungan kekeluargaan
Hubungan sesama manusia
Kemahiran komunikasi yang baik antara manusia
Berikut merupakan Kesan konflik dan stres terhadap kesihatan diri KECUALI
Emosi menjadi tidak stabil dan tidak mampu menyelesaikan masalah
Kecewa serta cepat naik darah dan marah
Mudah risau walaupun terhadap perkara kecil dan sering berasa cemas.
Fokus terhadap pekerjaan yang dilakukan
Sering berimaginasi perkara-perkara buruk yang akan berlaku
Kesan konflik dan stres terhadap keluarga
Hubungan kekeluargaan akan menjadi renggang
Berasa tersisih dan tidak disayangi
Mudah merajuk, bermasam muka dan iri hati antara adik-beradik
Tingkah laku anak-anak yang liar, suka bergaduh dan mempunyai masalah disiplin
Kurang berlaku komunikasi yang mesra dan tiada gurau senda
dalam keluarga
Berikut merupakan langkah-langkah menangani stres KECUALI
Antara berikut yang manakah Tindakan Negatif
Antara berikut yang manakah BUKAN ciri bagi ahli keluarga?
Rakan baik
Ikatan kekeluargaan
Tinggal bersama
Hubungan darah
Apakah yang dimaksudkan dengan jurang generasi?
Perbezaan pemikiran.
Perbezaan umur.
Perbezaan pemakaian.
Perbezaan generasi lama dan generasi terkini.
Berikut merupakan aspek dalam jurang generasi KECUALI ...
pengalaman.
pemikiran.
pendalaman.
pengetahuan.
Tandakan bagi generasi mengikut tahun kelahiran yang betul.
Baby Boomers: 1965 sehingga 1980.
Alpha: 2011 sehingga kini.
Y: 1981 sehingga 1994
Z: Sebelum 1965
Apakah faktor wujudnya jurang generasi yang mempengaruhi komunikasi?
Latar belakang kehidupan.
Jarak umur.
Pengalaman.
Perkembangan teknologi.
Pada pendapat anda, apakah contoh dalam perkembangan teknologi yang menjadi faktor wujudnya jurang antara generasi lama dan generasi kini?
Menggunakan telefon bimbit untuk berbual.
Menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej.
Menggunakan telefon bimbit dalam proses pembelajaran.
Menggunakan telefon bimbit untuk menangkap gambar.
Contoh perhubungan yang wujud diperingkat remaja ialah hubungan dengan ibu bapa, adik-beradik, sanak saudara, kawan karib, guru dan masyarakat. Pernyataan berikut betul atau salah?
Betul
Salah
Hubungan yang sihat akan memberikan penghormatan dan kebebasan sesama individu dan berkemungkinan akan menjadi ....
erat
renggang
Hubungan yang terlalu dikongkong berkemungkinan akan menjadi...
erat
renggang
Berikut merupakan batas perhubungan yang sihat, kecuali..
rasa hormat
sokongan
mengambil kesempatan
kompromi
Kompromi bermaksud?
berkira
boleh bertolak ansur
tetap pendirian
berkomplot
Komunikasi secara berkesan ialah..
Berkomunikasi secara telus
Berkomunikasi mengikut emosi
Tidak berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata
Berkomunikasi dengan suara yang tidak jelas
Berikut merupakan cara untuk mengekalkan perhubungan yang sihat, kecuali...
Bebas bergaul antara berlainan jantina.
Sentiasa menghormati orang yang lebih dewasa atau tua.
Tidak menceroboh atau mengganggu hak peribadi orang lain.
Menjaga adab ketika berhadapan dengan guru.
Pilih adab yang betul bagi pergaulan antara guru dengan murid.
Bertanya soalan yang bukan-bukan kepada guru
Bercakap soalan dengan guru
Tidak mengajuk kata-kata guru
Melawan kata-kata guru
Antara berikut merupakan kebaikan mengamalkan batas perhubungan yang sihat, kecuali...
mewujudkan suasana harmoni
bersikap prajudis
membolehkan seseorang bekerjasama
selesa menjadi diri sendiri
Pilih kesan sekiranya murid mengamalkan perhubungan bebas dengan rakan-rakan berlainan jantina.
prestasi pelajaran semakin baik
prestasi pelajaran semakin buruk
terlanjur dengan rakan
dapat fokus kepada pelajaran
Apakah maksud penyakit berjangkit?
boleh merebak daripada seorang individu kepada individu yang lain
penyakit kronik yang tidak boleh disebarkan kepada orang lain
Yang manakah antara senarai berikut merupakan contoh penyakit tidak berjangkit?
Diabetes
HMFD
H1N1
Covid-19
Apakah gejala jika seseorang menghidapi penyakit kardiovaskular?
kerap berasa dahaga
kerap sakit pada bahagian dada
kerap berasa kebas di bahagian leher
kaki bengkak
Apakah gejala jika seseorang menghidapi penyakit hipertensi?
luka lambat sembuh
mudah berasa cemas
sakit kepala dan berdenyut-denyut di bahagian belakang kepala
sesak nafas ketika melakukan aktiviti
Apakah gejala jika seseorang menghidapi penyakit hipertensi?
luka lambat sembuh
mudah berasa cemas
sakit kepala dan berdenyut-denyut di bahagian belakang kepala
sesak nafas ketika melakukan aktiviti
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan Gangguan seksual. Jawapan boleh lebih dari satu
Perlakuan tidak bermoral yang seharusnya dielakkan kerana meliputi gangguan mental dan emosi seseorang
Merupakan tingkah laku yang tidak dapat diterima oleh masyarakat
Berunsur lucah
Sentuhan selamat
__________________ ialah merujuk kepada sebarang perlakuan individu (pelaku) yang memaksa, memperdaya atau mengugut mangsa serta mendorong berlakunya hubungan seksual antara mereka semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual si pelaku.
Gangguan Sesksual
Penderaan Seksual
Keselamatan
Penderaan seksual terhadap kanak-kanak biasanya dilakukan oleh: Jawapan boleh lebih dari satu
Seseorang yang jauh lebih dewasa
Seseorang yang jauh lebih muda
Seseorang dalam kedudukan berkuasa
Seseorang yang dikenali dan dipercayai oleh kanak-kanak
Berikut merupakan bagaimana gangguan seksual boleh berlaku. Antara berikut contoh manakah yang SALAH?
Gangguanseksual melalui lisan
Contoh: Teguran,komen, jenaka, membuat bunyi dan soalan
berbentuk lucah.
Gangguan seksualmelalui psikologi
Contoh: Meluahkan perasaan atau hasrat yang berbentukmendesak.
Gangguan seksual melalui visual
Contoh: Gambar atau video lucah.
Gangguan seksualmelalui fizikal
Contoh: Sentuhan yang berniat untuk mengganggu.
Gangguan seksual melalui isyarat
Contoh: Melambai tangan, berjabat tangan
Contoh gangguan seksual melalui isyarat ialah ____________
Bermain mata, tangan, alat sulit dan lidah.
Gambar atau video lucah
Sentuhan yang berniat untuk mengganggu.
Teguran,komen, jenaka, membuat bunyi dan soalan
berbentuk lucah.
Pemakanan sihat ialah __________
proses pengambilan makanan yang tidak berkualiti untuk mengekalkan kesihatan dan mengelakkan daripada sebarang penyakit.
proses pengambilan makanan yang berkualiti untuk mengekalkan kesihatan dan mengelakkan daripada sebarang penyakit.
makanan yang berminyak, berkalori tinggi serta berlemak.
Makanan yang sihat ialah __________
makanan yang berkualiti
seimbang
selamat dan bersih
segar
Panduan Memilih Makanan atau Minuman selamat
Melihat keadaan luar bungkusan
Tempat penyimpanan yang sesuai
Gunakan deria
Baca tarikh luput
Logo halal
Antara berikut yang manakah makanan yang tidak sihat?
Manakah antara berikut cara pengendalian makanan dengan betul?
Pertolongan cemas T.O.T.A.P.S. diaplikasikan kepada individu yang mengalami kecederaan dan mangsa berada dalam keadaan .................
koma
tidak stabil
sedar sahaja
sedar atau tidak sedar
Antara berikut, prinsip manakah yang terdapat dalam prosedur T.O.T.A.P.S.?
Tell (Beritahu)
Touch (Sentuh)
Skill test (Ujian kemahiran)
Actual movement (Pergerakan sebenar)
Pilih prinsip Talk (bercakap) yang betul.
Bercakap dengan mangsa
Tanya mangsa mengenai kecederaan yang dialaminya
Pastikan tahap kecederaan mangsa
Perhatikan dan periksa tempat kecederaan mangsa
Antara berikut, yang manakah merupakan penerangan prinsip ujian kemahiran (Skill Test)?
Bawa mangsa ke hospital sekiranya berasa sakit
Tanya mangsa mengenai kecederaan yang dialaminya
Bantu menggerakkan anggota mangsa yang mengalami kecederaan
Minta mangsa berdiri dan melakukan lompatan atau larian
Antara berikut, situasi manakah yang membolehkan anda mengaplikasikan pertolongan cemas T.O.T.A.P.S. kepada mangsa?
Ahmad lemas semasa mandi di sungai
Muthu kekejangan kaki semasa bermain bola
Siti sesak nafas akibat terhidu asap tebal
Ah Chong pengsan semasa perbarisan hari sukan sekolah
