Font size
WorksheetsKata Adjektif -Tahun 4
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Peserta-peserta ekspedisi ke Gua Niah itu membawa lampu suluh kerana keadaan di dalam gua itu sangat _______.
gelap
cerah
jernih
segar
Saya berasa ____________ apabila berada di atas bangunan Tokyo Sky Tree yang tinggi mencakar langit.
gayat
pening
penat
sakit kepala
Rambutnya yang ____________ susah hendak disikat.
lusuh
kotor
kusut
jauh
Anak itu tidur lebih _______ apabila tempat tidurnya tenang dan tiada gangguan bunyi.
lena
baik
sepi
tenang
Beberapa kawasan perairan negara diramal dilanda angin ___________ dan laut bergelora selama lima hari bermula dari hari Sabtu ini.
cepat
besar
kuat
kencang
Untuk menghilangkan bau ____________ ikan, lumurkan sedikit halia yang sudah ditumbuk pada tangan.
busuk
kotor
harum
hanyir
Semenjak bergelar ibu tunggal, Puan Yana terpaksa bekerja __________ untuk menyara tujuh orang anaknya
keras
cepat
lambat
jarang
Air kopi itu terasa _____kerana belum dibubuh gula.
masam
pahit
manis
masin
Masakan itu amat __________kerana dimasak dengan cili yang terlalu banyak.
manis
pahit
pedas
payau
Permukaan lantai itu menjadi ______setelah dimop oleh ibu.
lembut
halus
kasar
licin
Pakaian pengemis itu kelihatan _______________ sekali.
hodoh
lusuh
cantik
indah
Ibu meminta kakak menyimpan manik-manik yang amat _______ itu di dalam bekas.
pendek
tebal
kecil
sempit
Ibu meminta bantuan daripada pihak bomba kerana mereka amat _____________ untuk menangkap ular sawa yang panjang itu.
cekap
malas
sombong
ligat
Lucian memakai baju yang ____ kerana cuaca pada hari ini sangat sejuk.
nipis
nyaman
tebal
sempit
Raven memakai seluar ____________ ketika membantu ayahnya membersihkan semak samun di belakang rumah.
labuh
pendek
ketat
nipis
