wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa - Tahun 6

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia____________________.

a)

buta hati

b)

buta huruf

c)

buta gaji

d)

buta mata

2.

Fara Alia tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap___________________.

a)

anak buah

b)

anak emas

c)

anak tunggal

d)

anak bongsu

3.

Semasa menaiki pesawat ke Glasgow, Farish tidak henti-henti berbual kerana dia ____________.

a)

otak cair

b)

otak udang

c)

mulut murai

d)

mulut tempayan

4.

Herdiyana dan Fara Asiah ______________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.

a)

bagai ayam disambar helang

b)

bagai anjing dengan kucing

c)

bagai katak di bawah tempurung

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

5.

Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.

a)

bagai bulan jatuh ke riba

b)

bagai kaca jatuh di batu

c)

bagai duri dalam daging

d)

bagai ayam disambar helang

6.

Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok bagai

a)

bumi dengan langit

b)

pinang dibelah dua

c)

ular kena palu

d)

aur dan tebing

7.

Orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya barang yang dibaiki itu bertambah rosak.

a)

bagai tikus membaiki labu

b)

bagai menghitung bulu kambing

c)

bagai menatang minyak yang penuh

d)

bagai bulan dipagari bintang

8.

Sikap Nicholas yang selalu tidak mahu mengambil tahu tentang tugasan yang diberi oleh guru telah merugikan diri sendiri.

a)

gulung tikar

b)

cari jalan

c)

ada hajat

d)

lepas tangan

9.

Persefahaman dalam sesebuah masyarakat dapat membuahkan kejayaan manakala perbalahan akan menyebabkan perpecahan.

a)

biar putih tulang, jangan putih mata

b)

biar mati anak, jangan mati adat

c)

bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

d)

buang yang keruh, ambil yang jernih

10.

Ruben yang mempunyai jati diri terhadap bahasa kebangsaan amat cinta akan tanah air, bak kata pepatah, ___.

a)

terpaku bagaikan dipanah halilintar

b)

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

c)

berpantang maut sebelum ajal

d)

buatan Malaysia pilihan bijak

11.

Chun Hock memang ____________, segala nasihat daripada orang tua dan kawan-kawan tidak dihiraukannya.

a)

naik kepala

b)

sakit kepala

c)

keras kepala

d)

dalam kepala

12.
Amin membuka _______________ apabila mereka dikejar anjing gila.
a)
jalan buntu
b)
membawa diri
c)
langkah seribu
d)
angkat kaki
13.

Bagai aur dengan tebing membawa maksud...

a)

persahabatan yang erat

b)

hidup bekerjasama dan bermuafakat

c)

menyayangi seseorang dengan sepenuh hati

d)

melakukan sesuatu perkara dengan sesungguh hati.

14.

Aiman __________________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.

a)

seperti mencurah garam ke laut.

b)

seperti kera mendapat bunga

c)

seperti Belanda diberi tanah

d)

seperti hujan jatuh ke pasir

15.

Emak membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.

a)

mulut tempayan

b)

banyak mulut

c)

pencuci mulut

d)

mulut murai