wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ AKHIR PDPR TAHUN 1

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Rukun Iman ialah perkara _____ kepada iman kita.

a)

asas

b)

amalan

c)

utama

2.

Umat Islam _____ mempercayai Rukun Iman.

a)

sunat

b)

harus

c)

wajib

d)

fardhu kifayah

3.

Rukun Iman yang kelima ialah

a)

Beriman kepada Qada' dan Qadar

b)

Beriman kepada Hari Kiamat

c)

Beriman kepada Rasul

d)

Beriman kepada Allah

4.

Iman ialah meyakini dengan _______, menyebut dengan lidah dan membuktikan dengan amalan.

a)

otak

b)

hati

c)

mata

d)

mulut

5.

Rukun Islam yang pertama ialah

a)

berpuasa pada bulan Ramadan

b)

mengeluarkan zakat

c)

mengucap dua kalimah syahadah

d)

mendirikan solat lima waktu

6.

Rukun Islam yang ketiga ialah

a)

berpuasa pada bulan Ramadan

b)

mengeluarkan zakat

c)

mengucap dua kalimah syahadah

d)

mendirikan solat lima waktu

7.

Berikut adalah ciri-ciri seorang muslim, KECUALI

a)

rajin membantu ibu bapa

b)

rajin membaca Al-Quran

c)

malas belajar

d)

sentiasa menjaga kesihatan

8.

Apakah maksud Zikir?

a)

mengingati Allah Taala

b)

mengingati ibu bapa

c)

mengingati Nabi Muhammad SAW

d)

mengingati kawan

9.

Zikir boleh dilakukan sama ada dengan ______ , lisan atau perbuatan.

a)

jiwa

b)

hati

c)

jantung

d)

tangan

10.

Apakah maksud Subhanallah?

a)

Maha Suci Allah

b)

Segala Puji bagi Allah

c)

Allah Maha Besar

d)

Allah Maha Esa

11.

Apakah maksud selawat?

a)

doa atau pujian untuk memohon keberkatan kepada Nabi Muhammad SAW

b)

doa atau pujian untuk memohon kemaafan kepada Nabi Muhammad SAW

c)

doa atau pujian untuk memohon kemarahan kepada Nabi Muhammad SAW

12.

Jika kita terdengar seseorang menyebut nama Nabi Muhammad SAW, apakah tindakan yang perlu dilakukan?

a)

membiarkan sahaja

b)

berselawat ke atas Nabi

c)

berbuat-buat tidak tahu

13.

1. Berselawat kepada Nabi.

2. Mengasihi para sahabat Nabi.

3. Berazam menziarahi makam Rasulullah SAW.


Pernyataan berikut adalah merupakan

a)

kepentingan selawat

b)

akibat mengabaikan selawat

c)

adab-adab ketika berselawat

d)

adab-adab terhadap Rasulullah SAW

14.

Sesiapa yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak 1 kali, maka Allah akan berselawat kepadanya sebanyak 10 kali.

a)

BETUL

b)

SALAH

15.

Apakah pengertian istinjak?

a)

membasuh kaki dan tangan dari najis

b)

membasuh tubuh badan dari najis

c)

membasuh qubul dan dubur dari najis

16.

Apakah alat yang dilarang untuk digunakan ketika beristinjak?

a)

kertas

b)

air

c)

kulit kayu

d)

tulang

17.

Mengapakah kita perlu beristinjak?

a)

Untuk menjaga kebersihan diri

b)

Untuk menjaga hati orang disekeliling

c)

Untuk menghilangkan bau busuk

18.

Solat ialah perbuatan dan perkataan tertentu yang dimulai dengan _______________ dan diakhiri dengan salam.

a)

takbirratulihram

b)

niat

c)

membaca Al-Fatihah

d)

berdiri bagi yang mampu

19.

Solat dapat mencegah kita daripada melakukan perbuatan yang ___________.

a)

baik

b)

keji dan mungkar

c)

meningkatkan pahala

d)

kafir

20.

Berikut adalah merupakan kepentingan menunaikan solat lima waktu KECUALI

a)

Bukti keimanan kepada Allah

b)

Mendapat pahala dan menguatkan iman

c)

Membentuk akhlak mulia

d)

Hati sentiasa berasa gelisah

e)

Menghapuskan dosa

21.

Terbenam matahari menandakan telah masuk waktu ___________.

a)

Solat Subuh

b)

Solat Maghrib

c)

Solat Isyak

d)

Solat Asar

22.

........... صديق برمقصود

Siddiq bermaksud ..........

a)

جوجور (Jujur)

b)

بيجقسان (Bijaksana)

c)

برچاکڤ بنر (Bercakap benar)

23.

.نبي محمد تيدق ڤرنه بربوهوڠ والاوڤون كتيك برݢوراو

Nabi Muhammad tidak pernah berbohong walaupun ketika bergurau.

a)

بتول (Betul)

b)

ساله (Salah)

24.

Bilakah Nabi Muhammad dilahirkan?

a)

1 Muharram Tahun Gajah

b)

21 Ramadan Tahun Gajah

c)

12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah

d)

12 Rejab Tahun Gajah

25.

Ibu kandung Nabi Muhammad bernama __________

a)

Aisyah

b)

Fatimah

c)

Siti Khadijah

d)

Aminah

26.

Bapa Nabi Muhammad ialah

a)

Abdullah

b)

Abdul Mutalib

c)

Ali

d)

Abu Talib

27.

Abdul Mutalib adalah merupakan _______ Nabi Muhammad.

a)

bapa

b)

datuk

c)

sepupu

d)

bapa saudara

28.

Halimatus Saadiah adalah merupakan

a)

ibu susuan Nabi

b)

ibu angkat Nabi

c)

ibu saudara Nabi

d)

ibu kandung Nabi

29.

Nabi Muhammad dilahirkan di _____.

a)

Madinah

b)

Syam

c)

Mekah

d)

Turki

30.

Nama nabi kita ialah Muhammad bin Abdullah. Apakah maksud nama Muhammad?

a)

Yang dikasihi

b)

Yang disayangi

c)

Yang terpuji

d)

Yang terpelihara