NEW
Font size
WorksheetsSIMPULAN BAHASA
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Siva telah menjadi _________________________ apabila ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan di KM145 di Lebuhraya Persekutuan.
campur tangan
anak yatim
Cikgu Hanani sentiasa ____________________ tentang pelajaran murid-muridnya.
ambil berat
berat mulut
Pekerja kedai itu telah dipecat oleh majikannya kerana ________________________________.
panjang tangan
kaki bangku
Puan Ani terkenal dengan gelaran _________________________ kerana tidak boleh menyimpan rahsia.
hidung tinggi
mulut tempayan
Tok Penghulu terpaksa ________________________ untuk meleraikan pergaduhan antara dua orang nelayan tersebut.
campur tangan
cuci tangan
Lukisan pada dinding sekolah itu adalah _______________________ murid-murid Tahun 6 SK Sri Permata.
angkat tangan
bekas tangan
Ayah merasa _________________________ apabila melihat pelawak yang beraksi di atas pentas Maharaja Lawak Mega itu.
geli hati
sakit hati
Barang elektrik di kedai itu dijual dengan ___________________________ tanpa boleh tawar-menawar.
harga runtuh
harga mati
Datuk tidak dapat berjalan pada waktu malam kerana dia _________________________ .
buta hati
rabun malam
Setiap pagi, Pak Yakob hanya minum air Milo sebagai ______________________________.
panas hati
alas perut
Puan Saloma berasa sedih apabila melihat __________________ yang dibawa dibuang oleh anaknya ke dalam tong sampah.
buah tangan
buah hati
Suzi mula _____________________ semenjak tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai kerani pemasaran di syarikat telekomunikasi.
tangkai jering
lupa daratan.
Abang mula _______________________ apabila motorsikalnya telah dijual oleh ayah.
patah hati
patah kaki
Pak Jamal mudah __________________________ apabila permintaannya tidak dipedulikan oleh isterinya.
naik darah
gelap mata
Samseng itu menjadi ___________________ setelah keluar dari penjara.
curi tulang
kaki pukul
