Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kesalahan Tatabahasa

Total questions: 55

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

Berikan nama pola bagi setiap ayat dasar di bawah ini.


Encik Wong seorang guru matematik.

a)

Frasa Adjektif + Frasa Nama

b)

Frasa Nama + Frasa Nama

c)

Frasa Sendi Nama + Frasa Nama

d)

Frasa Nama + Frasa Kerja

2.

Pilih ayat yang mempunyai pola Frasa Nama + Frasa Adjektif.

a)

Dia dari kalangan keluarga bangsawan.

b)

Sekumpulan pelajar sedang membuat pembentangan di hadapan kelas.

c)

Kami sekeluarga melancong ke negara Eropah.

d)

Cuaca pada pagi ini amat cerah.

3.

Pilih kata hubung yang sesuai untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah.


Asni didenda oleh guru Bahasa Melayunya.

Asni tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan semalam.

a)

dan

b)

atau

c)

walaupun

d)

kerana

4.

Pilih kata hubung yang sesuai untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah.


Izzah seorang yang sangat pendiam.

Apiqah pula seorang yang sangat peramah

a)

dan

b)

kerana

c)

manakala

d)

sungguhpun

5.

Azlan dan rakan-rakannya suka memancing ikan di kolam itu.


Nyatakan predikat bagi ayat di atas.

a)

suka memancing ikan di kolam itu

b)

ikan di kolam itu

c)

Azlan dan rakan-rakannya

d)

Azlan

6.

Jurulatih bola sepak itu akan melatih pasukan Noel empat kali seminggu selama lima bulan.


Nyatakan predikat bagi ayat di atas.

a)

Noel

b)

akan melatih pasukan Noel empat kali seminggu selama lima bulan

c)

Jurulatih bola sepak itu

d)

Pasukan Noel

7.

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin, mineral dan serat.


Nyatakan subjek bagi ayat di atas.

a)

kaya dengan vitamin, mineral dan serat.

b)

vitamin, mineral dan serat.

c)

Buah-buahan dan sayur-sayuran

d)

sayur-sayuran kaya

8.

Rumah banglo di hujung jalan itu kepunyaan keluarga Aznita.


Nyatakan subjek bagi ayat di atas.

a)

Rumah banglo

b)

Rumah banglo di hujung jalan itu

c)

Hujung jalan itu

d)

Keluarga Aznita

9.

Kenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat di bawah.


Jangan lupa untuk mengambil reset selepas kamu membuat pembayaran di kaunter.

a)

Reset

b)

Jangan

c)

Pembayaran

d)

Tiada kesalahan ejaan

10.

Kenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat di bawah.


Puan Jasmin kagit apabila beg tangan yang disandang pada bahunya tiba-tiba disentap oleh pencopet.

a)

Pencopet

b)

Kagit

c)

Bahunya

d)

Beg tangan

11.

Yusniza tetap pulang ke kampung untuk berhari raya bersama adik-beradiknya walaupun dia selalu berselisih faham dengan mereka.


Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat di atas.

a)

Laksana pahat dengan penukul

b)

Baik berjagung-jagung sementara menunggu padi belum masak

c)

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

d)

Bagai dakwat dengan kertas

12.

Lihat gambar di atas dengan teliti. Kemudian, pilih satu peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.


Kecemerlangan seseorang murid dalam peperiksaan hanya boleh diperoleh dengan usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh. Hal ini diibaratkan demikian kerana

a)

Usaha Tangga Kejayaan

b)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya

c)

Yang secupak takkan jadi segantan

d)

Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu

13.

Arahan: Berikan pola ayat dasar bagi ayat di bawah:


Ani pelajar.

a)

A. Frasa Nama + Frasa Nama

b)

B. Frasa Nama + Frasa Kerja

c)

C. Frasa Nama + Frasa Adjektif

d)

D. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

14.

Arahan: Berikan pola ayat dasar bagi ayat di bawah:


Ani menyapu sampah.

a)

Frasa Nama + Frasa Nama

b)

Frasa Nama + Frasa Kerja

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif

d)

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

15.
a)
lelangit
b)
peparu
16.
a)
jejari
b)
jejantas
17.
a)
peparu
b)
pepara
18.
a)
jejentik
b)
jejantas
19.

Pegawai itu mengirimkan surat dari ibu pejabat atau pegawai itu mengatakan yang surat itu dikirim oleh syarikat beliau?

a)

Kesalahan : dari

Pembetulan : daripada

b)

Kesalahan : atau

Pembetulan : dan

c)

Kesalahan : yang

Pembetulan : bahawa

20.

Ibu itu memeluk anak gadisnya yang baru diumumkan sebagai juara pendeklamasi sajak sementara tersenyum.

a)

Kesalahan : sebagai

Pembetulan : oleh

b)

Kesalahan : sementara

Pembetulan : sambil

c)

Kesalahan : pendeklamasi

Pembetulan : pemuisi

21.

P. Ramlee seniman agung yang sentiasa dikenang oleh kerana jasanya.

a)

Kesalahan : oleh kerana

Pembetulan : kerana

b)

Kesalahan : agung

Pembetulan : agong

c)

Kesalahan : sentiasa

Pembetulan : perlu

22.

Bila terkena sinaran matahari yang terik selama dua jam setengah, mukanya seperti udang dibakar.

a)

Kesalahan : dua jam setengah

Pembetulan : dua setengah jam

b)

Kesalahan : seperti

Pembetulan : bagai

c)

Kesalahan : Bila

Pembetulan : Apabila

23.

Pekerja itu sedang membaiki jalan raya yang rosak akibat banjir yang melanda di hujung minggu lalu.

a)

Kesalahan : sedang

Pembetulan : tengah

b)

Kesalahan : di

Pembetulan : pada

c)

Kesalahan : akibat

Pembetulan : kerana

24.

Peserta kelima-lima yang akan muncul dalam pertandingan syarahan ini sebentar lagi dari negeri Terengganu.

a)

Kesalahan : kelima-lima

Pembetulan : kelima

b)

Kesalahan : dalam

Pembetulan : di dalam

c)

Kesalahan : dari

Pembetulan : daripada

25.

Peniaga barangan kosmetik itu tetap yakin akan perjuangannya di dalam dunia perniagaan walaupun pernah tertipu pada tahun lepas.

a)

Kesalahan : akan

Pembetulan : dengan

b)

Kesalahan : di dalam

Pembetulan : dalam

c)

Kesalahan : walaupun

Pembetulan : sedangkan

26.

Kakak sulung saya yang bekerja ke Australia bertemu jodoh juga dengan pemuda sekampung.

a)

Kesalahan : ke

Pembetulan : di

b)

Kesalahan : bertemu jodoh juga

Pembetulan : bertemu juga jodoh

c)

Kesalahan : sekampung

Pembetulan : kampung

27.

Cita-citanya sejak kecil lagi tidak menjadi pegawai tentera tetapi pegawai polis berpangkat sarjan.

a)

Kesalahan : tidak

Pembetulan : bukan

b)

Kesalahan : tetapi

Pembetulan : atau

c)

Kesalahan : sejak

Pembetulan : semenjak

28.

Pemain kami tidak gentar untuk berdepan dengan pasukan tersebut kerana persiapan awal telah dilakukan oleh kami.

a)

Kesalahan : tidak

Pembetulan : bukan

b)

Kesalahan : kerana

Pembetulan : oleh sebab

c)

Kesalahan : dilakukan oleh kami

Pembetulan : kami lakukan

29.

Salah pendidikan daripada ibu bapa dikenal pasti sebagai punca berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja.

a)

Kesalahan : daripada

Pembetulan : dari

b)

Kesalahan : pendidikan

Pembetulan : didikan

c)

Kesalahan : dalam kalangan

Pembetulan : di kalangan

30.

Pilih jawapan yang betul.

a)

setengah orang

b)

setengah-setengah orang

c)

setengah orang-orang

31.

Pilih jawapan yang betul.

a)

tiap-tiap pelajar

b)

tiap pelajar

c)

pelajar tiap-tiap

32.

Pilih jawapan yang betul. (Ada 2 Jawapan yang betul)

a)

berbagai-bagai warna

b)

berbagai warna

c)

pelbagai warna

d)

pelbagai-pelbagai warna

33.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Para-para penduduk perlu bekerjasama.

b)

Para penduduk perlu bekerjasama.

34.

Pilih jawapan yang betul.

a)

dua meter setengah

b)

dua setengah meter

c)

meter dua setengah

35.

Pilih jawapan yang betul.

a)

dua suku jam

b)

dua jam suku

c)

jam dua suku

36.

Pilih jawapan yang betul.

a)

tiga setengah ringgit

b)

tiga ringgit setengah

37.

Pilih jawapan yang betul.

a)

lain-lain hal

b)

hal-hal lain

38.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Mira kedai Roti

b)

Kedai Roti Ros

39.

Pilih ayat yang betul.

a)

Devi datang daripada Batu Kurau.

b)

Devi datang dari Batu Kurau.

40.

Saya menunggu Yatie daripada pukul dua.


Betul atau salah

(a)  

41.

Latihan itu akan diadakan dari ..............................

a)

semasa ke semasa

b)

masa ke semasa

c)

semasa ke masa

42.

Ayah tidak bersetuju dengan kedua orang peguam yang mahukan kanak-kanak itu dihantar ke rumah kebajikan kerana kanak-kanak itu masih mempunyai waris yang boleh menjaga mereka.

(a)  

43.

Kita sesama manusia perlu saling hormat -menghormati antara satu sama lain.

(a)  

44.
Pilih ejaan yang betul
a)
auto-matif
b)
automotif
c)
auto-motif
d)
automotive
45.
Pilih ejaan yang betul
a)
audiens
b)
audien
c)
audyens
d)
audean
46.
Yang manakah ejaan yang betul?
a)
Kue tiow
b)
Kuey tiau
c)
Kueh tiau
d)
kuetiau
47.

Kebanyakan tumbuhan bukit batu kapur tiada nama tempatan kerana tumbuhan__________ daripada petempatan manusia __________ masa dulu.

a)

dalam - di

b)

di dalam - sejak

c)

jauh - pada

d)

jauh - di

48.

Pokok pisang yang ditebang oleh saya mempunyai buah yang banyak.


Jawapan yang sebetulnya ialah?

a)

ditebang oleh saya

b)

saya ditebang oleh

c)

saya tebang

d)

menebang oleh saya

49.

Sila pilih tiga ayat yang menggunakan Kata Adjektif yang betul.

a)

Soalan inilah yang paling sukar sekali.

b)

Asmah mendapat markah yang terbaik.

c)

Kami benci sikapnya itu.

d)

Kami benci akan sikapnya itu.

e)

Baju itu sungguh cantik sekali.

50.

Pengetua telah mengarahkan ……………………………… untuk menghadiri mesyuarat pada hari ini.

a)

semua guru-guru

b)

semua guru

51.

…………………………….. Amirul sudah biasa melakukan kerja berat bersama bapanya sebagai buruh binaan.

a)

Sejak dari kecil

b)

Sejak kecil

52.

Kajian telah mendapati bahawa tahap tekanan ……………………………… semakin meningkat ekoran bebanan kerja yang semakin bertambah.

a)

dalam kalangan guru

b)

dalam kalangan guru-guru

53.

“Saya …………….. abang saya yang sedang belajar di luar negara,” kata Amira kepada Krishna.

a)

rindukan

b)

rindu akan

54.

Pulau Kapas yang popular dalam kalangan pelancong kini tersenarai dalam sepuluh buah pulau yang ……………….. di Malaysia.

a)

paling cantik sekali

b)

amat cantik sekali

55.

Murid-murid harus belajar bersungguh-sungguh ...........

a)

untuk berjaya

b)

demi untuk berjaya