NEW
Font size
WorksheetsUlangkaji topik tahun 6
Total questions: 28
Worksheet time: 21mins
Antara berikut, pernyataan manakah benar mengenai persaingan?
Persaingan hanya berlaku dikalangan haiwan
Persaingan hanya berlaku pada spesies yang berlainan
Persaingan hanya berlaku dalam spesies yang sama
Persaingan di kalangan benda hidup berlaku kerana sumber yang terhad
Nyatakan kelebihan haiwan hidup berkumpulan?
Mudah dijangkiti wabak penyakit
Perlu bersaing untuk mendapatkan makanan dan pasangan
Mudah diserang oleh haiwan pemangsa
Memastikan keselamatan spesiesnya daripada serangan musuh dan melindungi anak-anaknya.
Jelaskan interaksi pada gambar tersebut?
Sebelah pihak mendapat untung manakala sebelah lagi rugi
Kedua -dua haiwan akan rugi
Kedua-dua haiwan mendapat manfaat
Sebelah pihak rugi dan sebelah pihak tidak dapat apa-apa
Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan .................. bagi membolehkannya terus .............
pasangan,hidup
makanan,hidup
anak,hidup
keperluan asas,hidup
Apakah contoh komensalisme antara tumbuhan?
Pokok lansuyar pada batang pokok
Pokok mangga yang berbuah lebat
Pokok angsana yang disebarkan oleh angin
Pokok dedalu pada dahan pokok mangga
Seorang petani ingin mengurangkan persaingan antara tanaman pokok pisang di kebunnya. Bagaimanakah cara untuk dia melakukannnya?
Menanam pelbagai jenis tanaman
Menyiram air dalam kuantiti yang banyak
Menabur pelbagai jenis baja dalam kuantiti yang banyak
Menjauhkan jarak antara anak-anak pokok yang ditanam
Apakah yang dimaksudkan dengan spesis yang sudah pupus?
Spesies yang sudah tidak wujud lagi didunia
Spesies yang semakin bekurangan di dalam hutan
Spesies yang sudah dijumpai sekarang
Spesies yang sukar dijumpai di bumi
Antara haiwan berikut, yang manakah sudah pupus?
Antara tumbuhan berikut, yang manakah merupakan spesis terancam?
Carta palang menunjukkan maklumat mengenai jumlah rusa yang direkodkan. Antara berikut, yang manakah mewakili carta palang tersebut?
Bilangan rusa paling banyak pada tahun 2006
Bilangan rusa semakim menaik setiap tahun
Bilangan rusa menurun pada tahun 2004 kemudian menaik
Bilangan rusa semakin menurun setiap tahun
Rajah menunjukkan sejenis tumbuhan iaitu tongkat ali yang diancam kepupusan. Antara yang berikut yang manakah penyebab ancaman tumbuhan itu?
Dimakan oleh haiwan
Bencana alam
Diambil oleh manusia untuk dijadikan ubat tradisional
Diambil oleh manusia untuk dijadikan makanan
Rajah menunjukkan satu aktiviti manusia. Apakah kesan aktiviti tersebut jika dibiarkan secara berleluasa?
Haiwan liar dapat dijual dengan harga murah
Populasi haiwan liar semakin berkurangan dan mengalami ancaman kepupusan
Pusat pemuliharaan perlu diwujudkan untuk melindungi haiwan liar
Pelbagai produk dapat dihasilkan daripada bahagian badan haiwan liar
Maklumat di bawah merujuk kepada satu proses. Apakah nama proses itu?
“Kawasan pokok-pokok yang telah ditebang ditanam semula”
Pemeliharaan
Pemuliharaan
Guna semula
Kitar semula
Antara yang berikut, yang manakah menghasilkan daya geseran yang paling tinggi?
P
Q
R
S
"Semakin kasar jenis permukaan, semakin bertambah daya geseran"
Berdasarkan pernyataan diatas, troli yang manakah akan berhenti paling lambat?
Apakah fungsi pengguling itu?
Supaya objek yang ditolak tidak rosak
Untuk mengurangkan daya geseran
Menetapkan kedudukan objek
Untuk menambahkan geseran pada objek
Antara yang berikut, yang manakah bukan unit kelajuan?
sentimeter per saat
kilometer per jam
meter per saat
kilowatt per jam
Seekor tikus dapat bergerak sejauh 60 meter dalam masa 15 saat. Apakah unit kelajuan yang sesuai digunakan?
m/s
cm/s
km/j
km/minit
Carta palang dalam rajah di bawah menunjukkan jarak yang dilalui oleh empat jenis objek dalam masa 60 saat.
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?
Objek J lebih laju daripada objek K
Objek M lebih laju daripada objek J
Objek M lebih laju daripada objek K
Objek K lebih laju daripada objek M
Antara bot berikut, yang manakah bergerak paling laju?
Bot P yang bergerak sejauh 100 meter dalam masa 20 saat.
Bot Q yang bergerak sejauh 90 meter dalam masa 20 saat.
Bot R yang bergerak sejauh 80 meter dalam masa 20 saat.
Bot S yang bergerak sejauh 70 meter dalam masa 20 saat.
Apakah maksud pengawetan makanan?
Proses penyimpanan makanan sejukbeku
Pemprosesan makanan menghalang atau melambatkan pertumbuhan mikroorganisma
Proses melindungi makanan daripada rosak
Pemprosesan makanan supaya tahan lebih lama dan sedap dimakan
Di antara yang berikut manakah bukan kepentingan pengawetan makanan?
Boleh mengatasi masalah bekalan makanan semasa kecemasan
Makanan yang dihasilkan oleh sesebuah negara dapat dinikmati di negara lain
Makanan mudah diangkut dan disimpan
Makanan lebih berkualiti dan lebih mahal
Kaedah penyejukbekuan pada makanan menyebabkan...
Bakteria akan mati
Bakteria tidak boleh bernafas
Bakteria tidak boleh bertumbuh dan membiak
Bakteria tidak aktif
Apakah maksud mikroorganisma?
hidupan yang dapat dilihat dengan mata kasar
hidupan yang besar yang sukar dilihat
hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
hidupan berseni yang mudah dilihat
Tempe, roti dan tapai adalah contoh makanan yang diperbuat menggunakan _____________.
Yis
Bakteria
Protozoa
Alga
Apakah kepentingan suntikan vaksin?
Untuk mempercepatkan penyembuhan sesuatu penyakit.
Untuk menguatkan sistem imunisasi badan.
Untuk mengelakkan badan manusia mengalami alahan.
Untuk meningkatkan pertumbuhan mikroorganisma dalam badan manusia.
Sekeping kek yang telah dibiarkan diletakkan di atas meja selama seminggu didapati ditumbuhi mukor. Apakah keadaan yang boleh menyebabkan pertumbuhan kulat?
Panas dan kering
Panas dan lembap
Sejuk dan kering
Sejuk dan lembap
