wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH T3 BAB 1 & 2

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

(a)   menjadi lambang kedaulatan negara

2.

Pembesar yang membantu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ialah

a)

Undang

b)

Anak Buah

c)

Laksamana

d)

Lembaga

3.

Sistem pemerintahan di sabah terdiri daripada

a)

Sistem kesukuan

b)

sistem demokrasi

c)

sistem kesultanan

d)

sistem ketua bebas

4.

Pilih undang-undang bertulis di negara kita

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Adat Temenggung

c)

Undang-undang 99 Perak

d)

Hukum Kanun Pahang

5.

Apakah peranan golongan penggawa dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional masyarakat tempatan?

a)

menyampaikan arahan raja

b)

mengekalkan keamanan negeri

c)

membanttu pentadbiran sultan

d)

menjaga kestabilan kerjaan

6.

Hasil hutan seperti kayu-kayan dan kapur barus diperlukan oleh perdagang ____________________?

a)

Arab

b)

Parsi

c)

Siam

d)

Burma

7.

Antara yang berikut yang manakah undang-undang tidak bertulis?

a)

undang-undang 99 perak

b)

hukum kanun Melaka

c)

adat pepatih

d)

Hukum kanun melaka

8.

Yang manakah sukatan yang digunakan oleh masyarakat Melayu?

a)

Kati

b)

cupak

c)

mayam

d)

bungkal

9.

Negeri manakah yang menggunakan haiwan kijang sebagai lambang pada mata wang yang digunakan?

a)

Perak

b)

Pahang

c)

Kedah

d)

Kelantan

10.

pendidikan tidak formal merupakan pendidikan awal asuhan dalam institusi _________________.

a)

keagamaan

b)

keluarga

c)

pendidikan

11.

dimanakah pendidikan formal dilaksanakan?

a)

sekolah rendah

b)

sekolah menengah

c)

istana

d)

universiti

12.

Apakah kaedah yang digunakan untuk melombong bijih timah dan emas?

a)

kaedah lombong dedah

b)

kaedah melampan

c)

kaedah pam kelikir

13.

Apakah hasil barangan yang diperlukan oleh Negara China dari Kepulauan Melayu?

a)

Tembikar

b)

Teh

c)

Emas

d)

Hasil hutan

14.

Apakah faktor getah asli menjadi bahan dagangan yang mendapat permintaan banyak di Eropah sekitar abad ke-19 dan abad ke-20?

a)

Perusahaan tekstil berkembang

b)

Kemunculan perusahaan kereta

c)

Merancakkan industri mengetin makanan

d)

Membantu usaha kemajuan ekonomi negara eropah

15.

Apakah kesan kepada pembukaan Terusan Suez kepada perdagangan Eropah?

a)

Membawa barang yang banyak

b)

Memudahkan penjajah menjajah Tanah Melayu

c)

Menjimatkan masa perjalanan

d)

Mempercepatkan urusan perdagangan

16.

Masyarakat manakah yang membuka kawasan petempatan Batu Uban pada tahun 1759?

a)

Orang Riau dari Lingga

b)

Orang Cina dari Singapura

c)

Orang Melayu dari Sumatera

d)

Orang Acheh dari Palembang

17.

Apakah pusat perdagangan utama Belanda di Alam Melayu?

a)

Betawi

b)

Melaka

c)

Singapura

d)

Bangkahulu

18.

British meluaskan kuasanya di Pulau Pinang atas sebab-sebab berikut kecuali

a)

Menjadi pusat pengumpulan barang

b)

Memerlukan pengkalan tentera yang baru

c)

Mempunyai hasil hutan dan laut yang banyak

d)

Menjadi pelabuhan persinggahan

19.

Apakah barangan yang diperlukan oleh British dari China?

a)

Rempah ratus

b)

Tembikar

c)

Emas

d)

Teh

20.

Francis Light telah membuka petempatan di Pulau Pinang pada tahun 1876. Apakah petempatan tersebut?

a)

Seberang Perai

b)

Balik Pulau

c)

Georgetown

d)

Batu Uban

21.

Apakah kesan Perjanjian Persahabatan dan Keamanan British-Kedah yang ditandatangani pada 1 Mei 1791 di Alor Setar, Kedah?

a)

Mengatasi ancaman Siam terhadap Perlis

b)

Mempertahankan kedaulatan negeri Kedah

c)

Mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang

d)

Menyelesaikan krisis perebutan takhta di Kedah

22.

Mengapakah Stamford Raffles dan William Farquhar ditugaskan mencari pelabuhan baharu British di Alam Melayu?

a)

Menyaingi kemajuan Perancis

b)

Menamatkan Perang Napoleon

c)

Memecahkan penguasaan Belanda

d)

Mengatasi persengketaan di Singpura

23.

Apakah tindakan yang diambil oleh British untuk menguasai Singapura?

a)

Memanipulasi isu pewarisan takhta

b)

Menggunakan masalah ancaman Siam

c)

Mengadakan hubungan baik dengan Belanda

d)

Memaksa Kesultanan Johor menandatangani perjanjian

24.

Mengapakah Tengku Hussein tidak dilantik sebagai pengganti Sultan Mahmud Shah III?

a)

Berada di Pahang

b)

Bukan putera mahkota

c)

Bertelingkah dengan pembesar

d)

Berkahwin dengan bukan kerabat diraja

25.

Mengapakah berlakunya pertikaian antara British dan Belanda selepas abad ke-18?

a)

Mengalami perang saudara di Eropah

b)

Menyaingi perebutan kawasan jajahan

c)

Menganggap masing-masing lebih hebat

d)

Mendakwa Singapura di bawah pengaruhnya

26.

1. Rajah berikut berkaitan dengan sistem pemerintahan di Sabah.


Sistem Kesukuan

Sistem X

Sistem Kesultanan


Apakah Sistem X ?

a)

A Ketua Adat

b)

B Ketua Bebas

c)

C Ketua Puak

d)

D Ketua Kerajaan

27.

2. Maklumat berikut berkaitan dengan timbangan di negeri-negeri Melayu.

12 saga = 1 mayam

16 mayam = 1 bungkal

12 bungkal = 1 kati

Timbangan tersebut digunakan untuk menimbang

a)

A Perak

b)

B Bijih timah

c)

C Sarang burung

d)

D Rempah ratus

28.

3. Kuasa Barat cuba mendapat tanah jajahan menjelang abad ke-19 dan ke-20. Pilih pasangan yang tepat.

Kuasa & Kawasan Alam Melayu

A Jerman - Pulau Langkawi

B Portugis - Terengganu

C Amerika Syarikat - Timor Leste

D Sepanyol - Kepulauan Hindia Timur

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

29.

4. Bagaimanakah cara kita dapat mempertahankan kedaulatan negara kita daripada ancaman kuasa asing ?

a)

A Meningkatkan populasi penduduk

b)

B Memutuskan hubungan diplomatik dengan kuasa asing

c)

C Memulau barangan yang dihasilkan oleh kuasa asing

d)

D Melahirkan generasi muda yang bersemangat patriotisme

30.

Maklumat berikut berkaitan dengan kewujudan pelabuhan di negara kita.

Pelabuhan X - Pelabuhan

awal yang dibuka di Pulau Pinang.

Apakah pelabuhan X tersebut ?

a)

A Batu Upih

b)

B Batu Uban

c)

C Pantai Batam

d)

D Pantai Acheh

31.

6. Apakah peristiwa yang di manipulasikan oleh Stamford Raffles untuk membolehkan beliau menduduki Singapura ?

a)

A Kedudukan Singapura

b)

B Kemerosotan Johor

c)

C Kelemahan Belanda

d)

D Perwarisan takhta Johor

32.

7. Maklumat yang berikut menunjukkan masalah yang wujud dalam Kesultanan Melayu ?


Kesultanan Melayu & Masalah

Kesultanan Perak - Perebutan takhta

Kesultanan Johor Riau - Pewarisan takhta


Apakah kesan daripada masalah tersebut terhadap Kesultanan Melayu ?

a)

A Penjajahan Siam

b)

B Pembahagian kuasa

c)

C Kebangkitan rakyat

d)

D Kehilangan wilayah ditadbir

33.

8. Pada abad ke-19 timbul pertikaian yang menyebabkan hubungan antara British dengan Belanda di Alam Melayu semakin tegang.

Apakah sebab berlaku pertikaian tersebut ?

a)

A Pendudukan British di Singapura

b)

B Pemasalahan perairan Selat Sunda

c)

C Krisis kewangan Belanda semakin sengit

d)

D Kegagalan Belanda membanteras ancaman lanun

34.

9. Apakah yang menyebabkan berlakunya peristiwa berikut ?

- Berakhirnya Kesultanan Riau Lingga

- Perpecahan empayar Kesultanan Johor Riau

a)

A Perjanjian London 1824

b)

B Perjanjian Surat-surat Kew

c)

C Perjanjian Sultan Hussein dengan John Crawfurd

d)

D Perjanjian Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles

35.

Masyarakat manakah yang membuka kawasan berikut dan menjadikannya sebagai pelabuhan terawal di Pulau Pinang?


BATU UBAN

a)

Arab

b)

Siam

c)

Minangkabau

d)

Melayu Sumatera

36.

Mengapakah lokasi Pulau Pinang disifatkan sebagai strategik?

a)

Berhampiran dengan India

b)

Terletak di kawasan pertanian utama

c)

Berperanan sebagai pelabuhan bebas

d)

Berada di pertengahan laluan perdagangan Timur dan Barat

37.

Bilakah wilayah berikut menjadi sebahagian daripada Kesultanan Johor Riau?


SINGAPURA

a)

Abad ke-14

b)

Abad ke-15

c)

Abad ke-16

d)

Abad ke-17

38.

Bagaimanakah Francis Light berjaya menduduki Pulau Pinang?

a)

Desakan

b)

Manipulasi

c)

Tipu helah

d)

Serangan bersenjata

39.

Mengapakah Sultan Muhammad Jiwa berusaha mendapatkan bantuan ketenteraan daripada SHTI?

a)

Ancaman Siam

b)

Ancaman Bugis

c)

Membanteras lanun

d)

Mengambil balik Pulau Pinang

40.

Pada tahun 1641, Melaka telah dikuasai oleh Belanda. Apakah peranan pelabuhan Melaka ketika itu?

a)

Pusat perdagangan utama

b)

Pengeluar lada hitam utama

c)

Pusat pengumpulan hasil bijih timah

d)

Pusat penyadbiran Belanda di Timur

41.

Mengapakah SHTI enggan membantu Sultan Abdullah apabila Kedah diancam Siam?

a)

Tiada perjanjian ditandatangani

b)

Menyokong tindakan Francis Light

c)

Utamakan hubungan dengan Siam

d)

Merancang untuk menghapuskan Kedah

42.

Pakatan British-Belanda dapat mengelakkan e berulang kembali antara kuasa tersebut.

Peperangan antara kedua-dua kuasa tersebut penah tercetus pada?

a)

Abad ke-14

b)

Abad ke-15

c)

Abad ke-16

d)

Abad ke-17

43.

Mengapakah British berusaha mendapatkan pelabuhan baharu di Singapura?

a)

Memajukan perdagangan

b)

Pulau Pinang hilang kesesuaian

c)

Bersaing dengan Belanda

d)

Singapura sebagai pusat pengumpulan

44.

Tindakan berikut dilakukan oleh pemerintahan Kesultanan Johor Riau.


MENINGGALKAN KAMPUNG GELAM,SINGAPURA DAN BERPINDAH KE BANDAR HILIR MELAKA


Siapakah pemerintah yang dimaksudkan?

a)

Bendahara Tun ALI

b)

Temenggung Abdul Rahman

c)

Sultan Muzzafar Shah

d)

Sultan Hussein Muhammad Shah

45.

Mengapakah Tengku Hussein tidak dilantik sebagai pengganti Sultan Mahmud Shah III?

a)

Berada di Pahang

b)

Bukan putera mahkota

c)

Bertelingkah dengan pembesar

d)

Berkahwin dengan wanita tempatan

46.

Bagaimanakah Stamford Raffles memanipulasikan isu pewarisan takhta Kesultanan Johor Riau bagi membolehkan beliau menduduki Singapura?

a)

Mengiktiraf Tengku Hussein sebagai sultan

b)

Memulau pelantikan Tengku Abdul Rahman

c)

Menawarkan bantuan ketenteraan kepada Tengku Hussein

d)

Menandatangani perjanjian damai dengan Temenggung Abdul Rahman

47.

Apakah kesan daripada perjanjian di antara John Crawford dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman pada 2 Ogos 1824?

Pilih mana-mana yang sesuai.

a)

Sultan Hussein kehilangan kuasa

b)

Singapura diserahkan kepada British selama-lamanya

c)

Johor menjadi tanah jajahan British

d)

Temenggung memindahkan pusat pentadbiran

48.

Maklumat berkaitan dengan hubungan British dan Belanda pada abad ke-18.

Mengapakah Belanda mahu mengelakkan peperangan dengan British?

Pilih mana-mana yang sesuai.

a)

Ingin menguasai Alam Melayu

b)

Meluaskan pengaruh di Selangor

c)

Mengalami masalah kewangan

d)

Semakin lemah selepas Perang Napoleon

49.

Bagaimanakah Perjanjian London 1824 memberi kesan kepada kerajaan Alam Melayu?

a)

Menghapuskan institusi kesultanan

b)

Melaksanakan undang-undang Barat

c)

Mengambil alih pemerintahan tradisional

d)

Membahagikan Alam Melayu kepada dua lingkungan pengaruh Barat

50.

Apakah syarat perjanjian London 1824?

a)

British berundur dari Singapura

b)

Belanda menyerahkan Melaka kepada British

c)

Belanda menyerahkan Bangkahulu kepada British

d)

Belanda boleh membuka petempatan di Tanah Melayu dengan izin British

51.

Mengapakah Sultan Mahmud Muzaffar Shah IV berasa murka dengan Perjanjian London 1824?

a)

Diugut untuk diturunkan takhta

b)

Dipaksa menandatangani perjanjian

c)

Membelakangkan Raja - raja Melayu

d)

Menghakis kuasa sultan dan pembesar

52.

Apakah persamaan yang dimainkan oleh negeri Pulau Pinang, Singapura dan Melaka sebelum menjadi Negeri-negeri Selat?

a)

Pusat keagamaan

b)

Pelabuhan perdagangan

c)

Pangkalan tentera British

d)

Pusat kebudayaan Alam Melayu

53.

Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang kepentingan pembentukan Negeri-negeri Selat kepada British?

a)

Kos pentadbiran sifar

b)

Menggalakkan pelaburan asing

c)

Menguasai keseluruhan Selat Melaka

d)

Kejayaan mengatasi perdagangan Belanda

54.

Mengapakah British menggabungkan Pulau Pinang, Singapura dan Melaka menjadi satu unit pentadbiran yang dinamakan Negeri-negeri Selat?

a)

Untuk menyeragamkan dan menjimatkan kos perbelanjaan pentadbiran

b)

Untuk kerjasama serantau dengan kuasa Belanda

c)

Untuk dijadikan pangkalan tentera yang kuat

d)

Untuk menyenangkan eksploitasi sumber Alam Melayu

55.

Mengapakah berlaku hubungan baik antara Negeri-negeri Selat dengan Negeri-negeri Melayu?

a)

Melabur modal memajukan perlombongan bijih timah

b)

Menjadi pintu masuk pelabur luar ke Negeri-negeri Selat

c)

Mendapat bantuan kewangan untuk memajukan negeri

d)

Memerlukan pelabuhan eksport untuk bersaing dengan Belanda

56.

Mengapakah pentadbiran Negeri-negeri Selat oleh Pejabat India menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pedagang Negeri-negeri Selat?

a)

Tidak melindungi pedagang Negeri-negeri Selat

b)

Tiada undang-undang berkaitan Negeri-negeri Selat

c)

Menjadikan Negeri-negeri Selat tempat pengumpulan pedagang

d)

Pentadbiran Negeri-negeri Selat diketuai oleh pembesar tempatan

57.

Pada 1 April 1867, Negeri-negeri Selat diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan British di London.

Apakah kesan langkah tersebut kepada status Negeri-negeri Selat?

a)

Dijanjikan kemerdekaan

b)

Menjadi tanah jajahan British

c)

Mendapat perlindungan British

d)

Mengamalkan pentadbiran British

58.

Jadual ditunjukkan berkaitan dengan struktur pentadbiran Negeri-negeri Selat (1826-1867).

Apakah X?

a)

Gabenor

b)

Majlis Eksekutif

c)

Raja-raja Melayu

d)

Majlis Perundangan

59.

Apakah peranan Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat yang ditubuhkan pada 1 April 1867?

a)

Mengurus pentadbiran

b)

Meluluskan undang-undang

c)

Memastikan keamanan negeri

d)

Melindungi Gabenor Jeneral

60.

Apakah tugasan pembesar daerah?

a)

menjaga keamanan

b)

mengetuai pentadbiran

c)

melantik pengganti sultan

d)

meluaskan kawasan jajahan