WorksheetsEKSA
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Pada tahun berapakah EKSA mula berkuatkuasa?
2012
2013
2014
2015
Di antara berikut pernyataan manakah yang paling tepat menggambarkan hubungan antara EKSA dan Amalan 5S?
EKSA dipersijilkan di bawah sektor awam manakala Amalan 5S dipersijilkan di bawah sektor swasta.
EKSA diperkenalkan kerana Amalan 5S telah tidak relevan lagi dengan masa kini.
EKSA memansuhkan Amalan 5S.
EKSA adalah penjenamaan semula Amalan 5S oleh MAMPU.
Fungsi tag merah adalah untuk
menandakan bahawa barang atau dokumen yang hendak dilupuskan.
menandakan bahawa barang atau dokumen yang tidak diperlukan lagi.
menandakan bahawa barang atau dokumen yang jarang digunakan lagi.
menandakan bahawa barang atau dokumen yang tidak aktif lagi.
Di antara berikut yang manakah TIDAK BENAR
setiap bilik guna sama perlu ada pegawai bertanggungjawab (person in charge).
aktiviti sapu mesti dilakukan dahulu sebelum aktiviti seragam.
gantungan potret Yang Dipertuan Agong dan potret Permaisuri adalah sama paras
bilik yang mempunyai tiga suis atau lebih perlu ada pelan suis dan pelan lampu dan/atau peralatan elektrik.
Fungsi kad KEW.PA-7 adalah
pendaftaran senarai aset hidup.
pendaftaran pergerakan keluar masuk stok.
pendaftaran senarai aset bertarikh luput.
pendaftaran senarai aset alih.
Di antara berikut yang manakah BUKAN aktiviti Amalan Hijau di pejabat?
mewujudkan suasana hijau di dalam pejabat.
mengimarahkan Sudut Kitar Semula di pejabat.
menggunakan bahan alami (nature) sebagai pewangi di pejabat.
mematikan suis selepas digunakan.
Agensi X telah diaudit sebanyak dua (2) kali oleh pasukan audit dalamannya dan diberi pencapaian “BAIK” setelah kiraan purata dibuat. Yang manakah antara berikut kemungkinan markah yang diperolehi oleh Agensi X?
Auditan 1: 85%
Auditan 2: 77%
Auditan 1: 88%
Auditan 2: 71%
Auditan 1: 67%
Auditan 2: 91%
Auditan 1: 86%
Auditan 2: 96%
Mengapakah kaedah First-In-First-Out (FIFO) sangat sesuai digunakan di dalam stor?
kerana di dalam stor terdapat stok bertarikh luput.
kerana untuk mempercepatkan stok lama dihabiskan atau digunakan.
kerana stok yang lama perlu dihabiskan atau digunakan dahulu.
kerana perlu mengutamakan stok yang bertarikh luput dihabiskan atau digunakan.
Apakah perbezaan di antara kad petak stok berwarna hijau dan kad petak stok berwarna merah jambu (pink)?
kad petak stok berwarna merah jambu digunakan untuk barang tidak bertarikh luput manakala kad petak stok berwarna hijau digunakan untuk barang bertarikh luput.
kad petak stok berwarna hijau digunakan untuk barang tidak bertarikh luput manakala kad petak stok berwarna merah jambu digunakan untuk barang bertarikh luput.
kad petak stok berwarna hijau digunakan untuk barang dalam keadaan pepejal manakala kad petak stok berwarna merah jambu digunakan untuk barang dalam keadaan cecair.
kad petak stok berwarna merah jambu digunakan untuk barang dalam keadaan pepejal manakala kad petak stok berwarna hijau digunakan untuk barang dalam keadaan cecair.
Di antara berikut situasi manakah yang bercanggah dengan keperluan menyimpan dokumen atau peralatan berkategori sulit?
Umairah menyimpan kunci pendua di laci biliknya.
David melabelkan billik fail dengan nama “Bilik Sweet”.
Ali memasukkan dokumen kertas siasatan di laci mejanya sebelum ke tandas sebentar.
Johan menyimpan buku rekod perkhidmatan pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen di kabinet besi yang terletak di kubikelnya.
