wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ayat Perintah

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

1 Jangan ganggu gadis yang sedang berjalan seorang diri itu.

a)

Ayat silaan

b)

Ayat larangan

c)

Ayat permintaan

d)

Ayat suruhan

2.

2 Tolong bersihkan kawasan yang kotor itu supaya kita tidak dijangkiti penyakit.

a)

Ayat silaan

b)

Ayat permintaan

c)

Ayat larangan

d)

Ayat suruhan

3.

3 " ___________ masuk, mak cik. Emak sedang memasak di dapur," kata Zhi Xuan.

a)

Jemput

b)

Tolong

c)

Usah

d)

Minta

4.

4 "__________ bergaul dengan budak-budak yang suka melepak," pesan ibu kepada Alex.

a)

Jangan

b)

Tolong

c)

Sila

d)

Harap

5.

5 ___________ kita dapat bekerjasama dalam projek megah ini.

a)

Harap

b)

Tolong

c)

Sila

d)

Jangan

6.

6 "Xiao Min, __________ bancuhkan kopi untuk ayah kamu," pinta ibu.

a)

tolong

b)

sila

c)

jemput

d)

minta

7.

7 "___________ tuan-tuan dan puan-puan bersabar. Majlis kita akan bermula sebentar lagi," kata pengerusi majlis itu.

a)

Minta

b)

Harap

c)

Jemput

d)

Sila

8.

8 ___________ pastikan borang permohonan itu diisi dengan selengkapnya.

a)

Jangan

b)

Sila

c)

Minta

d)

Jemput

9.

9 Usah pergi ke sekolah jika demam kamu belum reda.

a)

Ayat larangan

b)

Ayat permintaan

c)

Ayat silaan

d)

Ayat suruhan

10.

10 Sila gunakan buku ini sebagai rujukan untuk tugasan berkumpulan.

a)

Ayat larangan

b)

Ayat suruhan

c)

Ayat permintaan

d)

Ayat silaan

11.

11 " __________ makan kuih-muih yang dibuat oleh nenek

saya', pelawa Aiman.

a)

Jangan

b)

Jemput

c)

Usah

d)

Tolong

12.

12 Minta semua penumpang bersabar kerana sebentar lagi

kereta api akan tiba di stesen.

a)

Ayat silaan

b)

Ayat larangan

c)

Ayat suruhan

d)

Ayat permintaan

13.

13 Tolong siapkan kertas kerja ini sebelum kamu pulang ke rumah.

a)

Ayat silaan

b)

Ayat larangan

c)

Ayat suruhan

d)

Ayat permintaan

14.

14 " ____________ menangis lagi, sayang," kata Mina semasa

memujuk adiknya yang terjatuh dari basikal.

a)

Sila

b)

Jangan

c)

Minta

d)

Tolong

15.

15 " _________lah ibu bimbang akan saya. Saya akan

menjaga diri dengan baiknya," kata abang kepada ibu

sebelum berlepas ke luar negara.

a)

Minta

b)

Usah

c)

Tolong

d)

Jemput

16.

16 "____________ perhatian kepada semua hadirin,

persembahan akan bermula sebentar lagi," kata

pengacara itu.

a)

Usah

b)

Minta

c)

Jangan

d)

Tolong

17.

17 "Tuan-tuan dan puan-puan, _________lah menikmati

jamuan ringan di kantin," kata pengacara majlis itu.

a)

usah

b)

harap

c)

jemput

d)

jangan

18.

18 " _________________ semua penduduk dapat bekerjasama

untuk menjayakan kempen kitar semula ini," kata

penghulu.

a)

Sila

b)

Harap

c)

Tolong

d)

Jemput

19.

19 " __________ cikgu tidak memarahi saya," jawab Pei Shan.

a)

Harap

b)

Tolong

c)

Minta

d)

Jemput

20.

20 Jangan bising semasa berada di perpustakaan.

a)

Ayat silaan

b)

Ayat larangan

c)

Ayat permintaan

d)

Ayat suruhan