WorksheetsAsas Pemikiran Komputasional
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Name
Class
Date
1.
Apakah pemikiran komputasional?
a)
Memberikan arahan kepada komputer
b)
Berfikir seperti komputer - dalam binari
c)
Menggunakan satu set teknik dan pendekatan dalam membantu membuat penyelesaian masalah
2.
Mengapa kita perlu berfikir secara komputasional?
a)
Membantu kita untuk mengaturcara
b)
Membantu kita menyelesaikan masalah yang rumit dengan lebih mudah
c)
Membantu kita untuk berfikir seperti komputer
3.
Manakah antara yang berikut, BUKAN teknik pemikiran komputasional?
a)
Teknik Leraian (Decomposition)
b)
Pengecaman (Pattern Recognition)
c)
Mengaturcara (Coding)
4.
Manakah antara yang berikut, contoh pemikiran komputasional?
a)
Merancang sendiri laluan (jalan), apabila hendak berjumpa dengan rakan
b)
Apabila hendak berjumpa dengan rakan, cari mereka disekitar sehingga berjumpa dengan mereka.
c)
Apabila hendak berjumpa rakan, bertanyakan kepada ibu bapa untuk merancang laluan (jalan) kepada kamu.
5.
Manakah antara yang berikut, BUKAN contoh pemikiran komputasional?
a)
Merancang apa yang hendak dikumpul dan di mana jalan keluar untuk menamatkan sesuatu peringkat (level) permainan video.
b)
Merancang untuk mengatasi musuh anda dalam sesuatu peringkat (level) permainan video.
c)
Secara kebetulan telah menamatkan sesuatu peringkat (level) permainan video.
6.
Manakah antara yang berikut, BUKAN contoh pemikiran komputasional?
a)
Membiarkan rakan anda untuk membuat keputusan ke mana kamu semua perlu pergi.
b)
Mempertimbangkan pilihan yang berbeza-beza secara berhati-hati sebelum memutuskan pilihan manakah yang terbaik.
c)
Berbincang dengan rakan, masa dan wang yang diperlukan sebelum membuat pilihan daripada senarai yang telah dibuat.
7.
Apakah yang dimaksudkan dengan masalah kompleks?
a)
Masalah adalah sesuatu yang sukar diselesaikan.
b)
Masalah adalah sesuatu yang sukar difahami.
c)
Masalah adalah sesuatu yang sukar diselesaikan atau difahami.
8.
Manakah teknik pemikiran komputasional yang melibatkan pemecahan sesuatu masalah kepada bahagian-bahagian kecil?
a)
Teknik Leraian (Decomposition)
b)
Teknik Peniskalaan (Abstraction)
c)
Algoritma (Algorithms)
9.
Untuk menghasilkan sesuatu program komputer yang berjaya, berapakah kebiasaannya teknik pemikiran komputasional yang diperlukan?
a)
Dua
b)
Empat
c)
Tiga
10.
Bilakah komputer akan digunakan dalam pemikiran komputasional?
a)
Semasa teknik leraian (Decomposition)
b)
Ketika mengaturcarakan komputer.
c)
Apabila menulis algoritma.
11.
Berikut adalah teknik pemikiran komputasional kecuali:
a)
Pengecaman Corak
b)
Leraian
c)
Pengitlakan
d)
Permodelan
12.
Memecahkan masalah yang kompleks ke dalam masalah yang lebih kecil dan menyelesaikan setiap individu.
a)
Teknik Leraian
b)
Teknik Pengecaman Corak
c)
Teknik Peniskalaan
d)
Teknik Pengitlakan
13.
Dalam masalah penyediaan sandwich, mengenalpasti pola seperti jenis roti, bahan untuk inti dan masa penyediaan adalah berkaitan dengan teknik:
a)
Leraian
b)
Pengecaman Corak
c)
Peniskalaan
d)
Pengitlakan
14.
Memilih maklumat yang penting dari masalah yang dikemukakan, mengabaikan butir-butir tertentu yang tidak penting.
a)
Teknik Leraian
b)
Teknik Pengecaman Corak
c)
Teknik Peniskalaan
d)
Teknik Pengitlakan
15.
Satu cara yang logik untuk menyelesaikan masalah. Jika langkah-langkah yang anda ambil untuk menyelesaikan masalah itu mengikut algoritma, maka langkah-langkah ini boleh digunakan semula dan disesuaikan untuk menyelesaikan masalah yang sama pada masa hadapan.
a)
Teknik Leraian
b)
Teknik Pengecaman Corak
c)
Teknik Peniskalaan
d)
Teknik Pengitlakan
100 %
