Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T1 LATIHAN SISTEM BAHASA PRAKTIS 13

Total questions: 11

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Ivy, Mirrah dan Dewi merupakan _________ saya semasa menuntut di Universiti Putra Malaysia dahulu.

a)

kakak-kakak

b)

rakan-rakan

c)

guru-guru

d)

jiran-jiran

2.

Walaupun Encik Rahim berjawatan tinggi, _______ hormat akan kakitangannya.

a)

dia

b)

beliau

c)

engkau

d)

baginda

3.

Delina ______ lantai yang kotor itu dengan air sebelum memberusnya.

a)

merenjis

b)

menyiram

c)

merendam

d)

menyimbah

4.

__________ Cikgu Hadi menangani kes disiplin itu mendapat pujian.

a)

Kecekapan

b)

Kehandalan

c)

Kepantasan

d)

Ketangkasan

5.

Baginda telah _________ untuk merasmikan 'Kempen Berbudi Bahasa Amalan Kita' yang akan diadakan esok.

a)

merafak

b)

bertitah

c)

berkenan

d)

bersemayam

6.

Medina sangat gembira apabila menerima se_____ bunga ros

a)

ikat

b)

cekak

c)

batang

d)

kuntum

7.

Baju yang dipakai oleh abang sangat ___________ menyebabkan ibu menyuruhnya memakai baju lain.

a)

kumal

b)

kumai

c)

kusam

d)

kersang

8.

Polis trafik itu tidak ___________ menerima wang rasuah daripada lelaki yang melakukan kesalahan di jalan raya.

a)

mahu

b)

mesti

c)

dapat

d)

hendak

9.

Pilih ayat yang sama maksud.


Abang yang mengadu sakit dada dikejarkan ke hospital oleh ayah untuk mendapatkan rawatan kecemasan kerana dikhuatiri akan mengancam nyawanya.

a)

Ayah membawa abang ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan kerana abang sakit dada.

b)

Abang yang mengadu sakit dada dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan kecemasan.

c)

Rawatan cemas perlu diberikan kepada abang yang sakit dada kerana khuatir akan membawa maut jika dibiarkan

d)

Ayah mengejarkan abang yang sakit dada ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan kerana khuatir akan keselamatan nyawanya.

10.

Pilih ayat yang betul.


i Tiap-tiap orang pekerja di kilang itu akan diberikan elaun sara hidup sebanyak RM500.00 sebulan.

ii Lembu-lembu yang bertempiaran di padang itu sedang meragut rumput.

iii Janganlah kita bermasam muka apabila dimarahi oleh guru kita.

iv Adik saya pucat lesi setelah melihat kemalangan jalan raya itu.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii dan iii sahaja

d)

ii, iii dan iv sahaja

11.

Pilih ayat yang betul.


i Kejayaan seseorang banyak bergantung pada usahanya sendiri

ii Hakim menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada penjenayah itu.

iii Setelah kembali ke tanah air, cara hidup Melisa lebih ke barat.

iv Johana terpaksa menulis semula karangan tersebut kerana tulisannya tidak dapat dibaca oleh gurunya.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii dan iii sahaja

d)

ii, iii dan iv sahaja