NEW
Font size
WorksheetsKuiz Sejarah KSSM Tingkatan 4
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Manakah antara berikut merupakan kerajaan terawal di Alam Melayu?
Kerajaan Funan
Kerajaan Champa
Kerajaan Srivijaya
Kerajaan Melayu Melaka
Apakah peranan seorang Bendahara dalam Kesultanan Melayu Melaka?
Menjaga keselamatan kota Melaka
Ketua turus angkatan tentera
Menguruskan perbendaharaan
Mengutip cukai di pelabuhan
Dalam Undang-undang Laut Melaka, malim adalah seorang yang harus arif tentang ilmu pelayaran.
Apakah hukuman seorang malim yang lalai sehingga menyebabkan kerosakan kapal?
Dibuang daerah
Digantung kerja
Dihukum bunuh
Dipenjarakan
Waadat ialah perjanjian antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun.
Apakah kepentingan konsep waadat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
Mengawal kuasa pembesar
Mewujudkan perpaduan rakyat
Memantapkan sistem pertahanan
Mengukuhkan pemerintahan
Apakah pendapat nasionalisme bagi Dato'Onn Jaafar?
Berdiri di atas tapak kaki sendiri dan mengambil tempat yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain
Menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada negara bangsa
Kebimbangan masyarakat terhadap sekularisme dan imperialisme Barat yang melanda Tanah Melayu
Gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara dan bangsanya
Mengapakah berlakunya Revolusi Keagungan?
I Menegakkan kedaulatan pemerintah
II Menegakkan kedaulatan parlimen
III Menegakkan hak asasi rakyat
IV Menegakkan kedaulatan negara
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Nasionalisme di Thailand bertujuan mempertahankan kedaulatan negara dan menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan.
Bagaimanakah Raja Mongkut mempertahankan kemerdekaan negaranya?
Menakluk Tanah Melayu
Bersahabat dengan China
Melaksanakan birokrasi Barat
Bekerjasama dengan Jepun
Senarai berikut adalah lepasan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
◻ Raja Chulan Raja Abdullah
◻ Mahmud Mat
◻ Mohammad Eunos Abdullah
Bagaimanakah tokoh-tokoh tersebut berjaya memperbaiki taraf hidup orang Melayu?
Menentang dasar British
Bekerjasama dengan British
Membina sekolah Melayu
Memperjuangkan kemerdekaan
Perang Dunia Pertama telah berlaku dari tahun 1914 hingga 1918.
Apakah faktor pemangkin perang tersebut?
Serangan Jerman ke atas Poland
Perluasan kuasa Itali di Habsyah
Pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungary
Pengeboman Jepun ke atas Pearl Harbour
Ilustrasi berikut menggambarkan kegagalan Liga Bangsa-Bangsa Melaksanakan Perjanjian Pelucutan Senjata 1934.
Apakah peristiwa yang membuktikan kegagalan Liga Bangsa-Bangsa?
Pengeboman di Nagasaki
Jepun menakluki Manchuria
Jerman menyerang Habsyah
Pembentukan Kuasa Bersekutu
Maklumat berikut berkaitan dengan slogan yang digunakan oleh Jepun di negara kita.
▪ Asia Untuk Orang Asia
▪ Semangat Asia
Apakah tujuan Jepun menggunakan slogan tersebut?
I Menanamkan semangat antipenjajah Barat
II Mendapat sokongan daripada penduduk tempatan
III Membawa kemajuan kepada Tanah Melayu
IV Menaikkan semangat nasionalisme penduduk tempatan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Ekonomi Tanah Melayu semakin merosot semasa pentadbiran Jepun antara tahun 1942 - 1945.
Bagaimanakah pentadbiran Jepun mengatasi keadaan tersebut?
Melahirkan tenaga mahir
Mengimport bahan makanan
Memperkenalkan sistem ekonomi kawalan
Menghentikan perdagangan antarabangsa
British Military Administration (BMA) atau Pentadbiran Tentera British diisytiharkan di negara kita selepas Perang Dunia Kedua.
Apakah tugas pentadbiran Tentera British?
Mengembalikan kestabilan dan keamanan di Tanah Melayu
Menjamin penguasaan British di Tanah Melayu berterusan
Mengukuhkan kedudukan politik British di Tanah Melayu
Membentuk satu bangsa Melayu yang taat setia
Apakah tindakan Sir Harold MacMichael yang menyebabkan orang Melayu tidak dapat menerima Malayan Union?
Meniru tandatangan Raja-raja Melayu
Mengancam menyerang negeri Melayu
Menentang kerakyatan jus soli
Mengugut untuk tidak mengiktiraf Raja-raja Melayu
British bertindak mengeluarkan Pekeliling No.9 /1946 yang melarang pegawai awam menyertai gerakan antipenyerahan.
Apakah kesan daripada tindakan British tersebut?
Kakitangan kerajaan meletak jawatan beramai-ramai
Pelaksanaan mogok di depan pejabat kerajaan
Menyuarakan bantahan melalui persidangan akhbar
Mengakhiri gerakan antipenyerahan
Mengapakah penyerahan Sabah oleh Syarikat Borneo Utara British (SBUB) kepada British tidak mendapat sebarang bantahan daripada penduduk tempatan?
Kepercayaan akan janji kemerdekaan negeri Sabah
Keinginan mendapat jawatan tinggi dalam kerajaan
Keyakinan penduduk terhadap pentadbiran British
Kekurangan pengetahuan tentang tujuan penyerahan
Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada 25 Julai 1946.
Apakah tujuan penubuhan Jawatankuasa Kerja tersebut?
Membincangkan kemerdekaan Tanah Melayu
Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
Membincangkan kedudukan Raja-raja Melayu dan orang Melayu
Mengkaji isi kandungan Perlembagaan Rakyat
Mengapakah gabungan PUTERA dan AMCJA menolak rangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Enggan berkompromi dengan penjajah
Jawatankuasa Kerja tidak mewakili semua kaum
Menentang pengembalian kuasa Raja-raja Melayu
Mahu kedudukan istimewa orang Melayu dipulihkan
Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 diterima oleh Raja-raja Melayu?
Perpaduan rakyat dimantapkan
Kerakyatan jus soli diiktiraf
Majlis Melayu ditubuhkan
Kedaulatan sultan dikembalikan
Apakah kejayaan yang diperoleh melalui penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?
Kebebasan berpolitik dan bersuara
Persefahaman pemimpin pelbagai kaum
Pemeliharaan adat resam bangsa
Kemerdekaan mutlak dicapai
Pada 16 Jun 1948, komunis membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak.
Apakah kesan peristiwa tersebut?
Rakyat memerangi komunis
Darurat diisytiharkan
Pasukan Polis diperkasakan
PKM diharamkan
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan penguatkuasaan Undang-undang Darurat?
I Membakar rumah kediaman
II Menggeledah rumah kediaman
III Menahan individu yang disyaki
IV Membunuh individu yang disyaki
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
British telah melancarkan kempen "Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat" pada tahun 1950-an. Apakah kejayaan kempen tersebut?
Memujuk rakyat untuk menentang komunis
Meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar
Memupuk kerjasama rakyat melalui parti politik
Mewujudkan sistem pendidikan yang seragam
Chin Peng menolak tawaran pengampunan yang diberi oleh kerajaan Tanah Melayu semasa Rundingan Baling pada 28 Disember 1955.
Mengapakah Chin Peng menolak tawaran pengampunan tersebut?
Kerajaan meragui kesetiaan PKM
Kerajaan enggan mengiktiraf PKM
Kerajaan meminta PKM menyerah diri
Kerajaan enggan membayar ganti rugi
Bagaimanakah Sistem Ahli membantu usaha ke arah berkerajaan sendiri?
Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial
Melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran
Mengenal pasti peranan pemimpin pelbagai kaum
Mengkaji hubungan kaum secara mendalam
Bagaimanakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) ingin meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu?
Penubuhan Jawatankuasa Pendidikan
Kedudukan istimewa orang Melayu diperakui
Pilihan raya diadakan pada peringkat Majlis Perundangan Persekutuan
Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
Apakah cadangan Laporan Woodhead 1955 bagi sistem pendidikan Kebangsaan di Sarawak dan Sabah?
Mengutamakan bahasa Inggeris
Mewajibkan pendidikan sekolah rendah
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Pendidikan berdasarkan latar belakang etnik
Gambar berikut berkaitan dengan logo Parti Perikatan.
Mengapakah Parti Perikatan memilih logo tersebut?
Melambangkan kesediaan menempuh cabaran dan rintangan
Menjanjikan rakyat akan menikmati kesenangan bersama
Menunjukkan ketiga-tiga kaum mempunyai hala tuju yang sama
Mengumpamakan pemimpin sebagai nakhoda kapal
Perikatan UMNO-MCA telah berjaya memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya peringkat negeri pada tahun 1954. Apakah kepentingan kemenangan tersebut?
Memelihara kesetiaan rakyat
Menjamin keselamatan negara
Pembentukan kabinet negara
Penerimaan terhadap kerjasama kaum
Apakah kesan selepas kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?
Membentuk Kerajaan Persekutuan
Membentuk parti baharu
Menubuhkan jawatan baru dalam parti
Menubuhkan Kerajaan Negeri
Apakah peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu?
Menuntut kemerdekaan
Membincangkan isu keselamatan
Menambahkan kuasa pentadbiran British
Mengubah sistem MPP yang berasaskan Model Westminster
Kabinet pertama negara telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Apakah kesan perlantikan kabinet tersebut?
Perpaduan antara kaum tercapai
Penjajahan baharu tidak berulang
Pentadbiran negara berjalan lancar
Penggubalan perlembagaan negara
Gambar berikut menunjukkan perarakan Tunku Abdul Rahman ke Bandar Hilir Melaka pada 20 Februari 1956.
Apakah kepentingan peristiwa tersebut?
Penentuan tarikh pilihan raya
Persidangan pemimpin tempatan
Peisytiharan tarikh kemerdekaan
Pelantikan Ketua Menteri
Apakah tujuan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 8 Mac 1956?
Menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Mempercepatkan kemerdekaan negara
Melantik pegawai pentadbiran kerajaan yang baru
Membincangkan kedudukan Raja-raja Melayu
Apakah isu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menimbulkan perbezaan pendirian dalam kalangan Parti Perikatan?
Peruntukan jawatan dalam kabinet
Sistem pendidikan kebangsaan
Pengagihan kekayaan negara
Kewarganegaraan jus soli
Bagaimanakah penglibatan rakyat dalam proses penggubalan Perlembagaan Kemerdekaan?
Memberi cadangan memorandum
Dilantik sebagai ahli suruhanjaya
Mendapat persetujuan Raja-raja Melayu
Diminta menyokong isu-isu hangat
Pernyataan berikut berkaitan dengan pemimpin-pemimpin negara.
▪Soekarno
▪ Nelson Mandela
▪ Tunku Abdul Rahman
Pengenalan pentadbiran moden
Perjuangan ke arah kemerdekaan
Penentangan terhadap pembesar
Penggubalan sistem perundangan
Mengapakah lagu God Save The Queen dimainkan pada malam sambutan kemerdekaan?
Simbol hormat kepada kerajan British
Lambang penguasaan kerajaan British
Tanda berakhirnya pentadbiran British
Bukti kekuatan pengaruh British
Rancangan Buku Merah dilancarkan pada 25 Januari 1961.
Apakah kepentingan buku tersebut?
I Memantau pelaksanaan rancangan pembangunan
II Mengandungi program pembangunan negara
III Merekod pengurusan kewangan negara
IV Mengawal mutu perkhidmatan kerajaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Fasal 1 Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menetapkan bahawa bahasa Melayu hendaklah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan.
Apakah tindakan kerajaan bagi mengukuhkan lagi kedudukan bahasa Melayu?
Menggerakkan Jabatan Penerangan
Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka
Mengkaji semula Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956
Menstruktur semula Majlis Pembangunan Luar Bandar
