Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BUKU CATATAN PERTAMA

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Jurnal yang manakah adalah Jurnal Khas?


I Jurnal Am

II Jurnal Jualan

III Jurnal Penerimaan Tunai

IV Buku Tunai

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan Buku Catatan Pertama

a)

Merekodkan semua urus niaga yang tidak boleh direkodkan dalam Buku Catatan Pertama yang lain

b)

Merekodkan urus niaga yang kerap berlaku dalam perniagaan

c)

Buku catatan asal untuk merekod semua urus niaga

d)

Merekodkan urus niaga yang melibatkan penerimaan dan pembayaran secara tunai atau cek

3.

Apakah fungsi Jurnal Pulangan Belian

a)

Merekodkan pulangan barang niaga kepada Akaun Belum Terima

b)

Merekodkan jualan barang niaga dan perkhidmatan secara kredit

c)

Merekodkan pulangan barang niaga kepada Akaun Belum Bayar

d)

Merekodkan belian barang niaga dan perkhidmatan secara kredit

4.

Apakah fungsi Jurnal Jualan?

a)

Merekodkan belian barang niaga dan perkhidmatan secara kredit

b)

Merekodkan pulangan barang niaga kepada Akaun Belum Bayar

c)

Merekodkan jualan barang niaga dan perkhidmatan secara kredit

d)

Merekodkan pulangan barang niaga kepada Akaun Belum Terima

5.

Apakah fungsi Jurnal Belian?

a)

Merekodkan belian barang niaga dan perkhidmatan secara kredit

b)

Merekodkan jualan barang niaga dan perkhidmatan secara kredit

c)

Merekodkan jualan barang niaga dan perkhidmatan secara tunai

d)

Merekodkan belian barang niaga dan perkhidmatan secara tunai

6.

Berdasarkan format Jurnal Am, butiran no. 1 hingga no. 3 yang manakah dilabel dengan betul?

a)

1 - Tarikh, 2 - Butir, 3 - Keterangan

b)

1 - Tarikh, 2 - Folio, 3 - Butir

c)

1 - Butir, 2 - Tarikh, 3 - Keterangan

d)

1 - Debit, 2 - Kredit, 3 - Keterangan

7.

Berdasarkan format Jurnal Am, butiran no. 4 hingga no.7 manakah yang dilabel dengan tepat?

a)

4 - No. Dokumen, 5 - Debit, 6 - Kredit , 7 - Jumlah

b)

4 - Folio, 5 - Debit, 6 - Kredit, 7 - Keterangan

c)

4 - Folio, 5 - Debit, 6 - Kredit, 7 - Jumlah

d)

4 - Butir, 5 - Kredit, 6 - Debit, 7 - Keterangan

8.

Berdasarkan format Jurnal Belian, maklumat apakah yang tepat untuk melabel nombor 2 dan nombor 4?

a)

Tarikh dan Butir

b)

Butir dan No. Dokumen

c)

Butir dan Folio

d)

Butir dan Jumlah (RM)

9.

Buku catatan pertama terdiri daripada ....

a)

Lejar

b)

Jurnal Am , Jurnal Khas

c)

Jurnal , Buku Tunai dan Buku Tunai Runcit

10.

Apakah Buku Catatan Pertama yang digunakan oleh Aspirasi Komunikasi Enterprise untuk merekodkan urusniaga tersebut ?

a)

Jurnal Am

b)

Jurnal Pembayaran Tunai

c)

Jurnal Jualan

11.

Dokumen berikut perlu direkod dalam .....

a)

Jurnal Belian

b)

Jurnal Penerimaan Tunai

c)

Jurnal Am

12.

Antara yang berikut, urus niaga manakah yang direkod dalam Buku Tunai?

I Bayar gaji

II Ambil barang niaga

III Beli perabot dengan cek

IV Beli mesin secara kredit

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

13.

Kedai Perabot Boon Hwa menjual van terpakai secara kredit kepada Makmur Catering.Buku Catatan Pertama yang manakah digunakan untuk merekod urus niaga tersebut?

a)

Jurnal Am

b)

Buku Tunai

c)

Jurnal Jualan

d)

Jurnal Belian

14.

Urus niaga manakah merupakan catatan kontra dalam Buku Tunai?

a)

Mengeluarkan tunai untuk kegunaan keluarga

b)

Mengeluarkan tunai untuk menjelaskan hutang

c)

Memindahkan tunai perniagaan ke dalam bank

d)

Memindahkan tunai peribadi ke dalam perniagaanSPM 201

15.

Maklumat apakah yang dicatat di lajur butir dalam Jurnal Belian?

a)

Nama pemilik

b)

Nama Akaun Belum Bayar

c)

Nama Akaun Belum Terima

d)

Nama barang niaga