wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peperiksaan AR3 RBT Tingkatan 1

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Produk yang dihasilkan harus memberi _________ kepada kehidupan manusia.

a)

impak

b)

kesan

c)

akibat

d)

nafas

2.

Antara yang berikut yang manakah BENAR mengenai maksud Reka Bentuk dan Teknologi?

a)

Gabungan pengetahuan dan pengaplikasian sains dan matematik untuk memudahkan kehidupan manusia

b)

Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semulajadi untuk memudahkan tugasan manusia

c)

Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan produk baru

3.

Antara yang berikut, yang manakah elemen reka bentuk ?

a)

Rupa

b)

Keringkasan

c)

Keseimbangan

d)

Kepelbagaian

4.

Antara warna yang berikut, yang manakah warna primer ?

a)

Hitam

b)

Ungu

c)

Jingga

d)

Merah

5.

YANG MANAKAH ANTARA BERIKUT MERUPAKAN TEKNIK PEMBINAAN OBJEK ?

a)

PENYATUAN, PELERAIAN, PEMBENAMAN, PERCANTUMAN

b)

PEMBUANGAN, PEMBENAMAN, PENYATUAN, PELERAIAN

c)

KESATUAN, PEMBENAMAN, HARMONI, RUPA

d)

PEMBENAMAN, PENYATUAN, KESATUAN, PEMBUANGAN

6.

Perbezaan ketara pada ciri elemen yang digunakan

a)

Kontras

b)

Kesatuan

c)

Harmoni

d)

Kepelbagaian

7.

Pilih bidang kerjaya yang bersesuaian dengan gambar yang diberi.

a)

kejuruteraan automatif

b)

reka bentuk dalaman

c)

seni bina lanskap

d)

hiasan permakanan

8.

Tuliskan satu prinsip reka bentuk yang terdapat pada pasu berikut.

a)

warna

b)

pengulangan

c)

garisan

d)

rupa

9.

Pilih definisi yang benar bagi pengurusan projek reka bentuk.

a)

Aktiviti kerja yang melibatkan proses kerja, iaitu skop kerja, tempoh masa dan kos projek

b)

Aktiviti membentuk kumpulan kerja melibatkan skop kerja, tempoh masa dan kos projek.

c)

Aktiviti melaksanakan perancangan kerja berkumpulan yang melibatkan skop kerja, tempoh masa dan kos projek.

d)

Aktiviti melantik ahli kerja berkumpulan dan melaksanakan projek merangkumi skop kerja, tempoh masa dan kos projek.

10.

Apakah jenis skop yang melibatkan kualiti, ciri dan fungsi reka bentuk yang dikehendaki klien?

a)

Skop produk

b)

Skop masa

c)

Skop projek

d)

Skop kerja

11.

Rajah menunjukkan satu produk reka bentuk. Apakah bentuk penjanaan idea yang telah digunakan oleh pereka bentuk dalam reka bentuk produk tersebut?

a)

Menterbalikkan kedudukan

b)

Inspirasi daripada sumber alam

c)

Menterbalikkan fungsi objek

d)

Menukar saiz objek

12.

Pilih dua kaedah yang digunakan dalam menyediakan anggaran awal kos projek.

I Konsep SMART

II Kaedah unit / Kos

III Kaedah unit / Kuantiti

IV Konsep kos / kuantiti

a)

II dan III

b)

II dan IV

c)

I dan III

d)

I dan IV

13.

Pilih perangan yang benar tentang takrifan konsep SMART.

a)

S - pengukuran pengagihan kewangan

b)

M - penetapan tujuan atau objektif projek

c)

A - keseuaian dengan kehendak pengguna

d)

T - masa dan sumber kewangan yang mencukupi

14.

Kos modal bagi sebuah bekas pensel kayu yang dihasilkan oleh Hanis ialah RM 12.50. Jika Hanis membuat tetapan untuk mendapat 25% keuntungan berapakah harga jualan bagi seunit bekas pensil kayu itu?

a)

RM 15.63

b)

RM 15.00

c)

RM 12.37

d)

RM 12.25

15.

Pilih penyataan yang tidak benar tentang sistem ganjaran dalam membantu proses pembentukan individu.

a)

Promosi kenaikan gaji

b)

Pemberian pengiktirafan

c)

Tawaran kenaikan pangkat

d)

Penggunaan kepakaran interpersonal

16.

Berikut merupakan tujuan penjadualan masa KECUALI

a)

Mengelakkan kerugian masa dan kos

b)

Memastikan projek berjaya dilaksanakan

c)

Mengawal sumber tenaga pekerja

d)

Menguruskan bahan mentah secara sistematik

17.

Ciri-ciri projek brief ialah

i. tajuk projek

ii. lakaran idea

iii. mock-up atau model

iv. konsep jualan

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

ii, iii dan iv

18.

Kriteria produk melibatkan …………………………………. dalam reka bentuk yang akan diaplikasikan pada produk.

a)

bahan dan modal

b)

pekerja dan peniaga

c)

elemen dan prinsip

d)

kos dan upah

19.

Lakaran idea biasanya dipersembahakan dalam bentuk

a)

reka bentuk yang menarik

b)

mock-up

c)

visual yang menarik

d)

teknologi komunikasi

20.

Mock-up juga dikenali sebagai

a)

model sebenar

b)

model olokan

c)

produk lebihan

d)

produk sebenar

21.

Mock-up diperbuat daripada

i. bahan yang mudah diperolehi

ii. bahan kitar semula

iii. bahan mudah dibentuk

iv. bahan dari kilang

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

ii, iii dan iv

22.

Maklumat di ruang catatan pada borang projek brief ialah …………..…. kepada semua pernyataan masalah.

a)

soalan

b)

jawapan

c)

maksud

d)

kriteria

23.

Maklumat projek brief perlu disaring untuk

a)

menjadikan projek brief lebih berkualiti

b)

memudahkan pengeluaran produk

c)

menjadikan tugas pelukis lebih mudah

d)

memudahkan pengurus projek dan perekabentuk melaksanakan tugas masing-masing

24.

Model separa berfungsi dikenali sebagai

a)

model blok

b)

model rosak

c)

model jualan

d)

model sebenar

25.

Sebelum melakukan pengujian mock-up, …………………….. perlu ditetapkan

a)

bahan lebihan

b)

paracute

c)

berat bahan

d)

parameter

26.

Berikut merupakan alatan asas yang digunakan dalam menghasilkan lakaran, kecuali?

a)

Lilin

b)

Kapur

c)

Arang

d)

Pen

27.

Lakaran di atas merujuk kepada?

a)

Lakaran peribadi

b)

Lakaran penerokaan

c)

Lakaran teknikal

d)

Lakaran perkembangan idea

28.

*menggunakan gadget atau aplikasi terkini*

Kenyataan di atas merujuk kepada?

a)

Lakaran peribadi

b)

Lakaran persembahan

c)

Lakaran penerokaan

d)

Lakaran digital

29.

Padankan lakaran piktorial di atas dengan namanya dengan betul.

a)

Lakaran isometrik

b)

lakaran oblik

c)

lakaran perspektif

30.

Padankan lakaran piktorial di atas dengan namanya dengan betul.

a)

lakaran isometrik

b)

Lakaran persepektif

c)

lakaran oblik

31.

Lakaran berikut merupakan teknik.............

a)

Ortografik

b)

Perspektif

c)

Oblik

d)

Rendering

32.

Berdasarkan penyataan di bawah, padankan definisi yang sesuai dengan penyataan tersebut:


(LAKARAN YANG MENUNJUKKAN SATU PANDANGAN SAHAJA)

a)

Lakaran 3D

b)

Lakaran 2D

c)

Lakaran seni

d)

Lakaran Rendering

33.

Fungsi yang memastikan penyaluran larutan baja pada masa yang ditetapkan.

Pernyataan di atas merujuk kepada?

a)

set penitis

b)

alat pengatur masa

c)

paip ladang

d)

penapis

34.

Sumber air bersih diperlukan dalam sistem fertigasi komersil.

Nyatakan pH air yang sesuai.

a)

4.5 - 5.1

b)

5.5 - 6.5

c)

7.0 - 7.5

d)

7.0 - 7.2

35.

Berfungsi untuk mengukur kepekatan larutan baja.


Nyatakan alatan yang digunakan berdasarkan fungsi di atas.

a)

pH meter

b)

thermometer

c)

EC meter

d)

kilometer

36.

Apakah yang digunakan untuk menggantikan tanah dalam sistem fertigasi?

a)

baja

b)

air

c)

coco peat / sekam padi

d)

tisu basah

37.

Apakah teknik penyusunan reka bentuk sistem fertigasi di atas?

a)

Sistem Fertigasi Gegelang

b)

Sistem Fertigasi Gegelung

c)

Sistem Fertigasi Jejari

d)

Sistem Fertigasi Bulatan

38.

Apakah kebaikan menggunakan struktur perlindungan hujan (SPH)?

a)

Mengurangkan penggunaan racun perosak

b)

Peningkatan hasil tanaman

c)

Menjimatkan penggunaan baja

39.

Apakah fungsi alat dalam gambar rajah?

a)

Menakung larutan baja

b)

Menapis benda asing

c)

Mengatur masa yang telah ditetapkan

d)

Mengepam larutan baja dan air

40.

Antara berikut yang manakah tidak sesuai digunakan sebagai media tanaman dalam sistem fertigasi?

a)

Sekam padi

b)

Coco peat

c)

Rumpai laut

d)

Peat moss