wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6.4

Total questions: 21

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan gambar berikut,siapakah tokoh tersebut?

a)

Adam Weishaupt

b)

Friedrich Engels

c)

Karl Marx

d)

Martin Luther

2.

Pilih buku yang ditulis oleh Karl Marx untuk ideologi komunis

a)
b)
c)
d)
3.

Berikan maksud "Komunisme"?

a)

Pemerintahan beraja berkuasa mutlak

b)

Kerajaan atau entiti lain harus hidup secara berasingan dari agama

c)

Sistem organisasi sosial dan ekonomi dimana salah satu kekayaan dikongsi bersama

d)

Orang yang menganut fahaman komunis

4.

Ideologi komunisme mula dibawa masuk ke negara kita melalui?

a)

Anggota Force 136

b)

Kampetai

c)

Min Yuen

d)

Parti Kuomintang(KMT)

5.

Dimanakah PKM ditubuhkan pada peringkat awalnya?

a)

Georgetown,Pulau Pinang

b)

Bukit Fraser,Pahang

c)

Kuala Pilah,Negeri Sembilan

d)

Bukit Tinggi,Pahang

6.

Dimanakah Gerakan Komunis Antarabangsa diadakan?

a)

Calcutta,India

b)

Moscow,Russia

c)

Guanzhou,China

d)

Pulau Jawa,Indonesia

7.

Peristiwa yang menyebabkan Perisytiharan Darurat di Tanah Melayu?

a)

Lori membawa muatan yang dibakar oleh Komunis

b)

Kekejaman pihak komunis terhadap orang kampung

c)

Tiga orang pengurus ladang Eropah dibunuh

d)

Keretapi yang disabotaj oleh pihak Komunis

8.

Berdasarkan gambar,siapakah Pesuruhjaya Tinggi British pada ketika itu?

a)

Sir Henry Gurney

b)

Sir William Mckell

c)

Sir Gerald Templer

d)

Sir Edward Gent

9.

Penduduk Setinggan di pinggir hutan dipaksa berpindah ke petempatan baharu yang Digelar "Kampung Baru".Namakan Rancangan Tersebut?

a)

Perintah Berkurung

b)

Perang Saraf

c)

Rancangan Briggs

d)

Kawasan Hitam dan Kawasan Putih

10.

Apakah tindakan Komunis setelah British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu?

a)

Menyerah diri

b)

Mencetuskan huru hara

c)

Mengisytiharkan perang

d)

Menamatkan perjuangan

11.

Tandakan Pasukan Keselamatan yang ditubuhkan untuk menangani ancaman Komunis

a)

KMT

b)

Special Constables

c)

Min Yuen

d)

MPAJA

12.

Pada asalnya,pasukan ini dikenali sebagai Flying Squad.Pada 18 Ogos 1985 Pasukan ini dijenamakan semula dengan nama?

a)

Sarawak rangers

b)

Cawangan Khas

c)

Polis Wanita

d)

Polis Hutan

13.

Pasukan Senoi Praaq ditubuhkan pada tahun 1956.Dalam bahasa Semai apakah maksud perkataan Senoi Praaq?

a)

Selagi hidup selagi melawan

b)

Urang Perang

c)

Jungle Companies

d)

Singa Hutan

14.

Pelancaran Rancangan Briggs telah memberi kesan kepada pengaruh Komunis.Apakah kesan tersebut?

a)

Komunis mengepung balai polis

b)

Melemahkan pergerakan komunis

c)

Persetujuan Komunis untuk mengadakan rundingan

d)

Komunis membunuh Sir Harold Rowdon Briggs

15.

Apakah langkah yang diambil oleh Sir Henry Gurney untuk menawan hati penduduk Cina supaya tidak menyokong Komunis?

a)

Memberikan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu

b)

Mengasaskan pertubuhan Malayan Chinese Association (MCA)

c)

Menawarkan hadiah dan saguhati

d)

Memberi Pengampunan

16.

Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 ribu sehingga $300 ribu sehari untuk pertahanan negara antara 1984 hingga tahun 1960.Mengapakah keadaan sedemikian berlaku?

a)

Menamatkan konfrontasi

b)

Membendung rusuhan kaum

c)

Menghapuskan kegiatan lanun

d)

Membanteras ancaman komunis

17.

Wakil komunis yang menyertai rundingan Baling?

a)

Tunku Abdul Rahman,Tan Cheng Lock,dan David Marshall

b)

Ching Peng,Chen Tien,dan Rashid Maidin

c)

Ching Peng,Shamsiah Fakeh,Rashid Maidin

d)

Tan Malaka,Alimin,dan Moeso

18.

Pada tahun 1954, Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan telah diisytiharkan sebagai kawasan putih.


Apakah yang anda faham tentang kawasan putih? ms160

a)

Kawasan yang selamat

b)

Kawasan yang bebas daripada ancaman komunis

c)

Kawasan yang boleh dikunjungi pada bila-bila masa

d)

Kawasan yang aktif dengan kegiatan komunis

19.

Pada pendapat anda, mengapakah darurat menjadi faktor pendorong kepada negara kita untuk mencapai kemerdekaan dengan lebih cepat?

ms161

a)

British telah penat memerangi komunis

b)

Lebih banyak negeri diisytiharkan sebagai kawasan putih

c)

PKM tiada alasan untuk meneruskan perjuangan selepas merdeka

d)

Darurat tidak boleh ditangani melalui strategi ketenteraan semata-mata.

20.

Yang manakah merupakan kesan darurat?

ms162

a)

Rakyat sengsara

b)

Perkembangan ekonomi pesat

c)

Muncul semangat nasionalisme

d)

Hubungan kaum menjadi renggang

21.

Apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa ancaman komunis terhadap negara kita?

a)

Menghargai pengorbanan pemimpin dahulu

b)

Bertolak ansur

c)

Bekerjasama

d)

Kegigihan