wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pendidikan moral tingkatan 4

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Gambar menunjukkan pergaduhan suami isteri dalam sesebuah keluarga sehingga menyebabkan kerenggangan hubungan kekeluargaan. Nyatakan dua nilai universal yang harus diamalkan oleh setiap ahli keluarga untuk mengelakkan kerenggangan hubungan kekeluargaan.

a)

Kasih sayang

b)

Hormat

c)

Rasional

d)

Toleransi

2.

Terangkan dua punca yang menyebabkan kerenggangan hubungan kekeluargaan.

a)

Anggota keluarga yang sering sibuk bekerja

b)

Pengaruh dadah

c)

Vandalisme

d)

Tiada ketua keluarga

3.

Ramalkan dua kesan terhadap anak-anak jika hubungan keluarga semakin renggang.

a)

Anak-anak terlibat dalam kegiatan gejala sosial

b)

Anak-anak tidak menghormati ibu bapa dan anggota keluarga yang lain

c)

Anak-anak akan berjaya dalam pelajaran

d)

Keluarga akan lebih bahagia

4.

Berikan ciri integriti keluarga.

a)

Saling menghormati

b)

Integriti

c)

Individualistik

d)

Angkuh

5.

Nyatakan dua cara Adam menunjukkan integriti keluarga apabila berlaku percanggahan pendapat tentang pemilihan kerjaya dengan ayahnya.

a)

Menjelaskan sebab tidak bersetuju dengan pendapat ayahnya

b)

Bertutur dengan sopan dan tidak meninggikan suara terhadap ayahnya

c)

Tetap dengan pilihan diri

d)

Meninggikan suara sekiranya ayahnya meninggikan suara

6.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan pergaduhan dalam kalangan ahli keluarga ketika berbincang sesuatu perkara.

a)

Memberi pendapat sebab pendapat diri sendiri lebih baik

b)

Tidak memandang rendah terhadap pendapat ahli keluarga yang lain

c)

Mengejek pandangan ahli keluarga yang lain

d)

Menerima sahaja apa keputusan ahli keluarga tanpa memberikan pandangan

7.

Nyatakan kesan yang mungkin berlaku jika anggota keluarga melakukan perbuatan yang tidak berintegriti.

a)

Meruntuhkan institusi kekeluargaan

b)

Kerosakan akhlak dalam kalangan anggota keluarga

c)

Imej keluarga akan terjejas

d)

Keluarga akan bahagia

8.

Apakah kesan perbuatan tidak berintegriti terhadap negara?

a)

Keamanan negara terjejas

b)

Maruah diri tercemar

c)

Hubungan kekeluargaan renggang

d)

Gelap masa depan

9.

Bagaimana cara untuk menangani masalah plagiarisme semasa melakukan kerja kursus di sekolah?

a)

Kerja kursus ditolak dan tidak diberi markah

b)

Kerja kursus dipotong markah

c)

Kerja kursus diterima dan diberi markah penuh

d)

Kerja kursus ditolak dan buat semula kerja kursus yang baharu

10.

Apakah yang akan anda lakukan jika ternampak rakan anda meniru semasa peperiksaan?

a)

Melaporkan perbuatan tersebut kepada guru yang mengawas peperiksaan

b)

Melaporkan perbuatan tersebut kepada guru subjek

c)

Meminta jawapan dari rakan

d)

Tidak menghiraukan mereka

11.

Setia pada keluarga, tidak melakukan penipuan dan giat melakukan kerja kebajikan.

Penekanan sikap integriti tersebut menurut perspektif agama apa?

a)

Agama Islam

b)

Agama Buddha

c)

Agama Hindu

d)

Agama Kristian

12.

Tidak memalsukan sesuatu dokumen untuk kepentingn atau kejayaan.

Penekanan sikap integriti berikut menurut perspektif agama aga?

a)

Agama Islam

b)

Agama Buddha

c)

Agama Hindu

d)

Agama Kristian

13.

Berikan badan yang mencegah gejala rasuah.

a)

Kementerian Luar Negara

b)

Jabatan Imigresen

c)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

d)

Polis Diraja Malaysia

14.

Nyatakan akta yang berkaitan dengan kes pecah amanah

a)

Akta Hasutan

b)

Akta Keselamatan Negeri

c)

Akta Hak Cipta

d)

Akta Pencegahan Rasuah

15.

Jelaskan implikasi perbuatan individu yang tidak berintegriti terhadap negara KECUALI

a)

mencemarkan nama negara

b)

menjejaskan keharmonian negara

c)

menggalakkan pelaburan asing

d)

menjejaskan kestabilan politik

16.

Apakah usaha kerajaan meningkatkan integriti individu?

i. Manual prosedur kerja

ii. Pemakaian tanda nama

iii. Kad perakam waktu

iv. Anugerah perkhidmatan cemerlang

a)

A. i,ii dan iii

b)

B. i, ii dan iv

c)

C. ii, iii dan iv

d)

D. semua di atas

17.

Apakah peranan anggota masyarakat menangani gejala rasuah? (Jawapan lebih daripada satu)

a)

Tidak memberi dan menerima rasuah

b)

Melaporkan kepada SPRM

c)

Memberitahu ibu bapa

d)

Mengadakan kempen Anti Rasuah

18.

Nyatakan sebab berlaku masalah rasuah.

i. sikap tamak

ii. kelonggaran undang-undang

iii. kurang didikan agama dan moral

iv. memudahkan urusan

a)

A. i, ii dan iii

b)

B. i, iii dan iv

c)

C. ii, iii dan iv

d)

D. semua di atas

19.

Nyatakan satu kempen yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk mewujudkan kepimpinan yang bersih, cekap dan amanah

a)

Kempen Kepimpinan Melalui Teladan

b)

Kempen Bersih, Cekap dan Amanh

c)

Kempen Wira Anti Rasuah

20.

Berikut merupakan definisi integriti individu KECUALI

a)

Menjaga kemoralan diri

b)

Amalan penghayatan dan pengayaan yang kukuh terhadap nilai murni

c)

Melatih setiap individu yang bertanggungjawab

d)

Keperibadiaan individu dan jati diri bangsa yang cemerlang