wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganda - Tingkatan 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Tubuh keluarga Tomok semuanya ___________ belaka.

a)

sihat-sihat

b)

muat-muat

c)

molek-molek

d)

montok-montok

2.
"__________ lagi sudah aku kata, jangan bermain di situ," kata Pak Sali kepada cucunya.
a)
Bila-bila
b)
Rasa-rasa
c)
Esok-esok
d)
Awal-awal
3.

Awal-awal pagi lagi Puan Salwa sudah pergi ke tempat kerja. Kata ganda ini ialah _________________

a)

Kata ganda berentak

b)

Kata ganda semu

c)

Kata ganda penuh

d)

Kata ganda separa

4.



Encik Amir suka membawa anak-anaknya__________ke kawasan taman bunga.

a)

meronda-ronda

b)

bersiar-siar

c)

berlari-lari

d)

merayau-rayau

5.

Menteri Pendidikan akan melawat_______________menengah yang terdapat di daerah Padawan pada minggu hadapan.

a)

rumah-rumah

b)

hotel-hotel

c)

sekolah-sekolah

d)

bangunan-bangunan

6.

Hujan ________________menyebabkan kami tidak dapat pergi ke rumah Hariani.

a)

tebal-tebal

b)

renyai-renyai

c)

nipis-nipis

d)

ringan-ringan

7.

__________________itu telah menangkap dua orang perompak yang cuba membakar asrama sekolah.

a)

Mata-mata

b)

Labah-labah

c)

Jemput-jemput

d)

Samar-samar

8.

Air yang bertakung boleh menggalakkan pembiakan jejentik. Jenis kata ganda ini ialah.............

a)

Kata ganda penuh

b)

Kata ganda semu

c)

Kata ganda separa

d)

Kata ganda berentak

9.

Gerai Mak Jah terkenal kerana menjual kuih-muih yang sedap. Jenis kata ganda ini ialah_________________

a)

Kata ganda penuh

b)

Kata ganda semu

c)

Kata ganda separa

d)

Kata ganda berentak

10.

Suasana di pekan itu gelap-gelita apabila bekalan elektrik terputus. Jenis kata ganda ini ialah_________________

a)

Kata ganda penuh

b)

Kata ganda berentak

c)

Kata ganda semu

d)

Kata ganda separa

11.

Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.

a)

kisi-kisi

b)

orang-orang

c)

tupai-tupai

d)

layang-layang

12.

Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.

a)

teresak-esak

b)

terkebil-kebil

c)

terbahak-bahak

d)

tersuka-suka

13.

Kemalangan sering berlaku di jalan yang __________ itu.

a)

berkelip-kelip

b)

berpinar-pinar

c)

berderet-deret

d)

berliku-liku

14.

Sheela menangis __________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak berbalas

a)

tercungap-cungap

b)

terbahak-bahak

c)

teresak-esak

d)

tersipu-sipu

15.

Adik berjalan __________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari tangga semalam.

a)

terkial-kial

b)

tersekat-sekat

c)

terhuyung-hayang

d)

terhincut-hincut

16.

Kilang simen itu mengeluarkan __________ asap hitam ke udara.

a)

bergumpal-gumpal

b)

bersimpul-simpul

c)

berkepul-kepul

d)

berketul-ketul

17.

Samira ________ dilanggar oleh kereta Perodua ketika sedang melintas jalan raya yang sibuk itu.

a)

dekat-dekat

b)

kadang-kadang

c)

nyaris-nyaris

d)

hampir-hampir

18.

Jalur Gemilang kelihatan __________ apabila ditiup angin.

a)

berkibar-kibar

b)

berbuai-buai

c)

bergoyang-goyang

d)

bergerak-gerak

19.

Tiang rumah Pak Wahid telah reput kerana dimakan oleh _______________ .

a)

anai-anai

b)

kupu-kupu

c)

labah-labah

d)

patung-patung

20.

Suasana majlis perkahwinan itu menjadi _____ apabila pelamin itu runtuh secara tiba-tiba.

a)

karut-marut

b)

calar-balar

c)

hiruk-pikuk

d)

cerai-berai