wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Pertandingan T6 BM

Total questions: 103

Worksheet time: 51mins

Name
Class
Date
1.

Buah durian itu gugur ______ tanah apabila ditiup angin.

a)

pada

b)

dari

c)

ke

d)

di

2.

Beberapa __________________cendawan telah tumbuh pada tunggul kayu itu.

a)

keping

b)

kaki

c)

batang

d)

rumpun

3.

Ikan-ikan yang berada di dalam besen itu berbau ____________ .

a)

hapak

b)

hanyir

c)

harum

d)

wangi

4.

Mereka sedang berbincang ____________________ pertandingan mewarna.

a)

pada

b)

tentang

c)

daripada

d)

dari

5.

_____________________Ravi berasal daripada keluarga berada namun dia tidak bersikap sombong.

a)

Supaya

b)

Kerana

c)

Walaupun

d)

Manakala

6.

Tolong ________________ buku ini kepada Hang Ling.

a)

berikan

b)

memberi

c)

pemberian

d)

memberikan

7.

__________________digunakan untuk mengawal kursor pada skrin paparan komputer.

a)

Kekuda

b)

Tetikus

c)

Tetupai

d)

Kekisi

8.

Kuda itu berlari dengan ______________ untuk mengelakkan diri daripada ditanduk oleh kerbau.

a)

malas

b)

kasar

c)

pantas

d)

awal

9.

Anak ______________________ Encik Ganesh sangat pintar dan berdedikasi.

a)

setiap

b)

pertama

c)

kedua

d)

tiga

10.

Mukhriz sangat gembira kerana ayahnya telah membelikan sepasang_________ baharu untuknya.

a)

topi

b)

seluar

c)

kasut

d)

tudung

11.

Kita mesti belajar bersungguh-sungguh________ tidak menyesal pada masa hadapan.

a)

kerana

b)

demi

c)

sambil

d)

supaya

12.

______, saya tidak tahan dengan kesakitan ini!

a)

Oh

b)

Wah

c)

Aduh

d)

Amboi

13.

_________kah bapa kemerdekaan negara kita?

a)

Apa

b)

Siapa

c)

Berapa

d)

Mengapa

14.

Kakak meletakkan beberapa _______ tembikai ke dalam piring.

a)

biji

b)

buah

c)

potong

d)

bekas

15.

Di _________ rumah datuk saya ada sebuah tasik.

a)

atas

b)

bawah

c)

tengah

d)

belakang

16.

Pelancong yang berasal _______ Australia itu fasih berbahasa Melayu.

a)

daripada

b)

pada

c)

dari

d)

sejak

17.

Kepala paip hendaklah ditutup __________untuk mengelakkan pembaziran air.

a)

longgar-longgar

b)

rapat-rapat

c)

kuat-kuat

d)

ketat-ketat

18.

Irfan merupakan ________ pasukan Harimau. Maka,tidak hairanlah segala kehendaknya dituruti.

a)

tulang atas

b)

tulang belakang

c)

kaki bangku

d)

kaki ayam

19.

Aiman ke sekolah dengan mengayuh _________

a)

bas

b)

kereta

c)

basikal

d)

van

20.

Pada waktu petang, Aina dan Dewi ke ________ untuk menjalani latihan bola jaring.

a)

panggung wayang

b)

kilang

c)

kedai

d)

gelanggang

21.

Murid-murid dikehendaki berbaris sebelum pergi ke ______ untuk menonton pertunjukan.

a)

kantin

b)

pondok

c)

dewan

d)

kelas

22.

Sambutan Malam Kemerdekaan yang diadakan di sekolah saya berlangsung dalam suasana ______.

a)

huru-hara

b)

hingar - bingar

c)

gilang - gemilang

d)

terang - benderang

23.

Abang melayari internet untuk mencari maklumat bagi menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru ______.

a)

dia

b)

awak

c)

nya

d)

saya

24.

Ampun tuanku, ______ datang menghadap,” kata Hang Tuah kepada Sultan Melaka

a)

hamba

b)

patik

c)

tuan hamba

d)

saya

25.

Persekitaran sekolah yang indah dapat memberikan keselesaan dan ketenangan ______ belajar.

a)

biarpun

b)

sementara

c)

sejak

d)

semasa

26.

"________ akan menurut perintah tuanku," kata Hang Tuah kepada Sultan Melaka.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Saya

d)

Hamba

27.

Ketua pasukan Rumah Jati __________ piala yang dimenangi pada Hari Sukan.

a)

memikul

b)

mengelek

c)

menjulang

d)

mengandar

28.

Rima ________ halaman buku teks itu dengan cermat

a)

menyelak

b)

menampal

c)

membalut

d)

mengalas

29.

Kakak sedang __________ nasi manakala ibu sedang menggoreng sayur

a)

menyalai

b)

menjerang

c)

menanak

d)

menungang

30.

Bawang merah itu ________ nipis sebelum dimasukkan ke dalam kuali

a)

dibedah

b)

dibelah

c)

disiang

d)

dihiris

31.

Longkang di tepi jalan itu ___________ akibat pembuangan sampah sarap.

a)

terdesak

b)

terhimpit

c)

tersumbat

d)

terbantut

32.

Datuk dan nenek sedang _________ tentang kehidupan mereka pada zaman Jepun dahulu.

a)

bersembang

b)

berpesan

c)

berhubung

d)

berkata

33.

Encik Ali ___________ perniagaan runcit secara kecil-kecilan.

a)

mengadakan

b)

menjalankan

c)

menerbitkan

d)

menjelaskan

34.

Datuk sedang _________ rumput yang panjang di belakang rumah.

a)

menggunting

b)

menyabit

c)

mengasah

d)

menoreh

35.

Murid itu ___________ pintu sebelum masuk ke dalam bilik guru besar.

a)

memalu

b)

memukul

c)

mengetuk

d)

menghentam

36.

Pelayan restoran__________ dulang yang berisi minuman dengan berhati-hati.

a)

menjinjing

b)

menatang

c)

memegang

d)

menggalas

37.
Rumah yang ___________ itu kepunyaan seorang lelaki tua yang tidak diketahui asal-usulnya.
a)
lama
b)
usang
c)
roboh
d)
busuk
38.

Kita mesti belajar bersungguh-sungguh________ tidak menyesal pada masa hadapan.

a)

kerana

b)

demi

c)

sambil

d)

supaya

39.

Pak Daud suka bersedekah. Beliau merupakan seorang yang_________.

a)

hartawan

b)

cendekiawan

c)

bangsawan

d)

dermawan

40.

Ahli Persatuan Sains itu sedang mencantikkan taman sains._______ melakukan tugas itu bersama-sama.

a)

Beliau

b)

Kami

c)

Mereka

d)

Dia

41.

Ai Ling memakai _______________ semasa mengikuti kelas renang.

a)

baju renang

b)

baju kemeja

c)

baju hujan

d)

baju sukan

42.

Buku cerita yang baru diterbitkan itu sesuai _____________________ kanak- kanak berusia tujuh tahun.

a)

daripada

b)

dari

c)

untuk

d)

kepada

43.

Setiap kali cuti persekolahan, Zurina akan pulang ke _____ untuk menziarahi datuk dan neneknya.

a)

rumah

b)

pekan

c)

bandar

d)

kampung

44.

Bangunan yang paling tinggi di Malaysia ialah _____.

a)

Menara Condong

b)

Gunung Kinabalu

c)

Menara Kuala Lumpur

d)

Menara Berkembar Petronas

45.

Ibu menyimpan se_____ kek untuk adik.

a)

biji

b)

butir

c)

buah

d)

potong

46.

Pagar itu _____ oleh Encik Hamid.

a)

dicat

b)

dibuka

c)

ditutup

d)

dikunci

47.

Badan Afiq semakin _________ kerana tidak cukup makan.

a)

besar

b)

buruk

c)

kurus

d)

cantik

48.

Pemandu itu di saman kerana memandu kereta dengan _______.

a)

pantas

b)

laju

c)

perlahan

d)

gopoh

49.
Murid-murid Tahun Empat Bestari mengulang kaji pelajaran di _______________. 
a)
pusat beli-belah
b)
pusat sumber
c)
pusat perubatan
d)
pusat komuniti
50.
Cikgu Yoong menampal hasil kerja murid pada ________________ di belakang kelas.
a)
papan tanda
b)
papan pameran
c)
papan lapis
d)
papan kenyataan
51.
Sebelum pulang, Jun Cheng ____________ kepada tuan rumah.
a)
minta maaf
b)
minta diri
c)
minta ampun
d)
minta nyawa
52.

Rusa itu _____ oleh seekor harimau.

a)

dikejar

b)

digigit

c)

dicakar

d)

dihendap

53.

_____ pijak rumput itu.

a)

Jangan

b)

Tolong

c)

Minta

d)

Sila

54.

_____ senyap. Peperiksaan sedang dijalankan.

a)

Usah

b)

Jangan

c)

Jemput

d)

Tolong

55.

Kami __________ seekor ular semasa meredah semak samun di belakang rumah.

a)

terlihat

b)

melihat

c)

melihatkan

d)

memperlihatkan

56.

Kita mestilah mahir dalam aspek __________ jika ingin menguasai sesuatu bahasa dengan baik.

a)

tatabahasa

b)

tatabudaya

c)

tatasusila

d)

tatacara

57.

__________ itu sedang bercerita tentang pengalamannya di angkasa lepas kepada murid-murid di sebuah sekolah.

a)

Angkasawan

b)

Budayawan

c)

Sejarahwan

d)

Seniman

58.

Adli bekerja sebagai __________ di sebuah pusat beli-belah sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia.

a)

jurujual

b)

juruselam

c)

juruhebah

d)

jururunding

59.

Sup ___________________ ayam yang dimasak oleh sangat sedap.

a)

kekabu

b)

kekuda

c)

bebola

d)

pepohon

60.

Keadaan di dalam bilik itu ___________________ kerana langsirnya tidak dibuka.

a)

merah seperti saga

b)

rajin seperti semut

c)

putih seperti kapas

d)

gelap seperti malam

61.

Pengemis itu makan dengan _______________sekali setelah seharian tidak menjamah apa-apa makanan.

a)

gejala

b)

gelojoh

c)

lincah

d)

pantas

62.

Shivani membawa ____________ ketika menziarahi sahabat karibnya di hospital.

a)

Buah mulut

b)

Buah hati

c)

Buah tangan

d)

Buah fikiran

63.

Fatimah mempunyai ________________ menjahit yang diwarisi daripada ibunya.

a)

memahiran

b)

kemahiran

c)

dimahirkan

d)

termahir

64.

Sejak ____________ kamu bertukar ke sekolah ini?

a)

siapakah

b)

apakah

c)

mengapakah

d)

bilakah

65.

Benda yang terletak di sudut itu __________ ?

a)

apa

b)

di mana

c)

bila

d)

bagaimana

66.

_____________ kah kita tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan ?

a)

Bila

b)

Mengapa

c)

Siapa

d)

Bagaimana

67.

Semasa menaiki pesawat ke Glasgow, Farish tidak henti-henti berbual kerana dia ____________.

a)

otak cair

b)

otak udang

c)

mulut murai

d)

mulut tempayan

68.

Pemuda yang berbaju biru itu _________ bakal suami kakak saya.

a)

ialah

b)

adalah

69.

Kaki Niko _______ oleh kesan cakaran kucing peliharaannya.

a)

punah-ranah

b)

robak-rabik

c)

lekuk-kekak

d)

calar-balar

70.

Rambut Lina ____________ setelah bangun daripada tidur.

a)

compang-camping

b)

robak-rabik

c)

huru-hara

d)

kusut-masai

71.

Rumah Nenek Winnie _______ dengan suara cucu-cucunya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.

a)

tunggang-langgang

b)

riuh-rendah

c)

punah-ranah

d)

calar-balar

72.

Rendang itu sangat sedap kerana dimasak menggunakan _______________ yang istimewa.

a)

rempah-ratus

b)

lauk-pauk

c)

sayur-mayur

d)

saki-baki

73.

Mak Kiah sedang ... tikar mengkuang yang ditempah oleh pelanggannya.

a)

menganyam

b)

menenun

c)

menekat

d)

menjahit

74.
Shahrul _______ kesejukan kerana kehujanan dalam perjalanan pulang dari sekolah.
a)
menggigil 
b)
mengecut
c)
menggoyang
d)
meracau
75.

Adik ... izin daripada ibu untuk pergi ke taman permainan.

a)

diminta

b)

meminta

c)

permintaan

d)

terpinta

76.

Aktiviti ... secara berbasikal itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

a)

jelajahi

b)

penjelajah

c)

menjelajahi

d)

penjelajahan

77.

Amir dan Chin Guan duduk ... di dalam kelas.

a)

bersebelahan

b)

menyebelahi

c)

penyebelahan

d)

menyebelahkan

78.

Buah limau itu berasa masam ____________.

a)

terlalu

b)

sekali

c)

tepat

d)

memang

79.

Indah ____________ Pantai Punang yang terletak di Lawas.

a)

memang

b)

betul

c)

paling

d)

nian

80.

Cantik ___________ gambar yang Franco lukis.

a)

benar

b)

agak

c)

memang

d)

paling

81.

 Abang hanya makan dua___________________ durian selepas makan tengah hari.

a)

ulas

b)

biji

c)

buah

d)

urat

82.

Peminta sedekah itu meminta belas kasihan untuk mendapatkan se __________________ nasi.

a)

gugus

b)

cubit

c)

suap

d)

butir

83.

Kamal menjumpai se ___________________ kunci di tepi longkang.

a)

butir

b)

gugus

c)

biji

d)

kuntum

84.

Pekebun itu memiliki se ___________________ tanah yang luas.

a)

bidang

b)

petak

c)

keping

d)

gumpal

85.

_____ hadiah yang menarik ditawarkan dalam pertandingan itu.

a)

Semua

b)

Pelbagai

c)

Setiap

d)

Sekalian

86.

________________ nasihat ibu bapanya sentiasa dipatuhi.

a)

Segala

b)

Separuh

c)

Pelbagai

d)

Beberapa

87.

Kaviya telah mendapat tempat ______________ dalam pertandingan menyanyi sempena Hari Guru.

a)

suku

b)

sepuluh

c)

satu

d)

pertama

88.
"Siapakah  ____________________  pertandingan masakan pada Hari   Kebangsaan itu ," tanya Datin Hamidah.
a)
pengelola
b)
kelolaan
c)
mengelola
d)
pengelolaan
89.
Encik Zainuddin hendak __________ bayaran bil elektrik dan bil astro di pejabat pos. 
a)
jelas
b)
menjelas
c)
memperjelas
d)
menjelaskan
90.
Hubungan murid-murid yang tinggal di asrama  __________  dan sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain.
a)
seperti isi dengan kuku
b)
seperti aur dengan tebing
c)
seperti enau dengan belukar
d)
seperti bulan dipagar bintang  
91.

“Wahai, Tuah! Pada pendapat ____________ eloklah kita berangkat sekarang,” kata Hang Jebat.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

tuan hamba

92.

Puan Kamalia ____________ubat herba untuk anaknya yang sakit.

a)

memasak

b)

mereneh

c)

menanak

d)

menjerang

93.

Dia memang ____________, segala nasihat daripada orang tua dan kawan-kawan tidak dihiraukannya.

a)

naik kepala

b)

sakit kepala

c)

keras kepala

d)

dalam kepala

94.

_____________perlu menunjukkan tingkah laku yang baik kepada pelancong asing.

a)

A. Dia

b)

b. Kita

c)

c. Kami

d)

d. Beliau

95.

Pak Tam sudah berusia lanjut. ___________, dia masih turun ke laut untuk menangkap ikan.

a)

Namun demikian

b)

Di samping itu

c)

Tambahan pula

d)

Walhal

96.

Sarah ___________ idea untuk menyiapkan buku skrap yang diberikan gurunya.

a)

kebuntuan

b)

keberatan

c)

kepekaan

d)

kekeliruan

97.

Salmah dan Suib berjalan pulang dari sekolah. _________singgah di sebuah warung untuk membeli makanan.

a)

Dia

b)

Kita

c)

Saya

d)

Mereka

98.

Beberapa ____________ pisang di kebun Pak Wan sudah tua.

a)

biji

b)

sisir

c)

sikat

d)

tandan

99.

“ _________ pertandingan itu akan diadakan?" tanya Cikgu Osman kepada murid Tahun 6 Dedikasi

a)

Bilakah

b)

Apakah

c)

Siapakah

d)

Dimanakah

100.

Tulisan Zaim seperti ________________ dan selalu ditegur oleh guru kelasnya.

a)

kaki ayam

b)

ayam tambatan

c)

cakar ayam

d)

tahi ayam

101.

Orang yang sukar menghilangkan tabiatnya yang suka mencuri.

a)

panjang tangan

b)

tangan terbuka

c)

ringan tangan

d)

lepas tangan

102.
Abang Amran memang bekerja di Klinik Huda tetapi dia  __________ doktor.
a)
bukan
b)
tidak
c)
usah
d)
jangan
103.

1. Dia masih ...................... sejak kematian ibunya.

a)

bersedih

b)

penyedih

c)

menyedih

d)

kesedihan