wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA 1

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Lelaki buta itu seperti________ apabila mendapat hadiah sebuah televisyen.

a)

si buta kehilangan tongkat

b)

si kudung mendapat cincin

c)

rusa masuk kampung

d)

murai tercabut ekor

2.

Kehadiran penagih dadah di kampung itu seperti __________ untuk penduduk kampung. Mereka sentiasa berasa khuatir akan perkara buruk yang bakal berlaku.

a)

duri dalam daging

b)

bulan dipagari bintang

c)

kera kena belacan

d)

enau dalam belukar

3.

Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan. Bak kata orang, _______________.

a)

seperti isi dengan kuku

b)

seperti pahat dengan penukul

c)

seperti bulan dipagari bintang

d)

seperti cincin dengan permata

4.

Pemuda itu mengikut apa-apa sahaja yang disuruh oleh majikannya tanpa memikirkan baik buruknya. Sikapnya itu seperti__________.

a)

harimau menyembunyikan kukunya

b)

kerbau dicucuk hidung

c)

ketam menyuruh anaknya berjalan betul

d)

sirih pulang ke gagang

5.

Sebagai anggota masyarakat, kita tidak seharusnya mementingkan diri sendiri seperti ______________.

a)

talam dua muka

b)

kera sumbang

c)

enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

d)

anjing dengan bayang-bayang

6.

Kecantikan gadis itu seperti ____________ kerana memang tiada tolok bandingnya.

a)

ikan kena tuba

b)

enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

c)

bulan dengan matahari

d)

bulan empat belas

7.

Saya yakin bahawa Harry dan abangnya akan berbaik-baik semula tidak lama lagi. Peribahasa yang sesuai untuk menyifatkan senario di atas ialah _________.

a)

biar putih tulang, jangan putih mata

b)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

c)

hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih

d)

berani kerana benar, takut kerana salah

8.

Saya tidak mahu negara kita dijajah semula. Marilah kita sama-sama mempertahankannya. Peribahasa yang sesuai untuk menyifatkan senario di atas ialah _________.

a)

biar putih tulang, jangan putih mata

b)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

c)

hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih

d)

kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa

9.

Jing Wei sangat gembira kerana memenangi peraduan mengarang di sekolahnya padahal karangan itu ditulis oleh kakaknya. Hal ini boleh diibaratkan _________.

a)

lembu punya susu, sapi dapat nama

b)

ikan pulang ke lubuk

c)

tikus membaiki labu

d)

kera mendapat bunga

10.

James hanya akan belajar apabila disuruh oleh ibunya. Sikapnya seperti __________.

a)

pelita membakar diri

b)

mencurah air ke daun keladi

c)

pahat dengan penukul

d)

mengajar itik berenang