Font size
WorksheetsKimia T4: Faktor yang Mempengaruhi Kadar Tindak Balas
Total questions: 22
Worksheet time: 11mins
Berikut adalah faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas, KECUALI
Saiz Bahan
Kepekatan Bahan
Suhu
Warna bahan
Apakah yang dimaksudkan dengan mangkin?
suatu bahan yang boleh mengubah kadar tindak balas kimia dan memberi kesan kepada jumlah hasil tindak balas.
suatu bahan yang boleh mengubah kadar tindak balas kimia tetapi tidak memberi kesan kepada jumlah hasil tindak balas.
Bagaimana suhu memberi kesan ke atas kadar tindak balas?
Semakin tinggi suhu, semakin tinggi kadar tindak balas.
semakin tinggi suhu, semakin rendah kadar tindak balas.
"ZARAH MEMPUNYAI TENAGA KINETIK YANG TINGGI,
ZARAH ANTARA MOLEKUL BERGERAK LEBIH CEPAT,
KADAR PERLANGGARAN ANTARA MOLEKUL BERTAMBAH"
Penyataan berikut merujuk kepada salah satu faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Apakah faktor tersebut?
Isipadu bahan tindak balas
Tekanan
Suhu bahan
Saiz bahan
"Ikan yang disimpan di dalam peti sejuk lebih lambat rosak berbanding yang disimpan di dalam almari dapur"
Apakah faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam situasi berikut?
Saiz
Suhu
Tekanan
Mangkin
"Menyediakan sup tulang menggunakan periuk tekanan mengambil masa yang lebih singkat berbanding menggunakan periuk biasa."
Apakah faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam situasi berikut?
Saiz
Suhu
Mangkin
Tekanan
"Unggun api dapat dinyalakan dengan lebih cepat jika kita menggunakan ranting pokok yang kecil berbanding dahannya."
Apakah faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam situasi berikut?
Saiz
Suhu
Tekanan
Kepekatan
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR TINDAK BALAS ADALAH PERKARA-PERKARA YANG DAPAT MELAJUKAN ATAU (a) SESUATU TINDAK BALAS.
PILIH PERNYATAAN YANG BETUL.
SUHU BAHAN MENINGKAT, KADAR TINDAK BALAS BERKURANG
JIKA MANGKIN DIGUNAKAN, KADAR TINDAK BALAS MENINGKAT
KEPEKATAN MENINGKAT, KADAR TINDAK BALAS MENINGKAT
SAIZ BAHAN PEPEJAL BERKURANG, KADAR TINDAK BALAS MENINGKAT
TEKANAN MENINGKAT, KADAR TINDAK BALAS BERKURANG
ANTARA BERIKUT PILIH BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM EKSPERIMEN UNTUK MENGKAJI FAKTOR SUHU BAHAN TERHADAP KADAR TINDAK BALAS.
ASID HIDROKLORIK DAN LARUTAN NATRIUM TIOSULFAT
ASID SULFURIK DAN LARUTAN NATRIUM TIOSULFAT
ASID SULFURIK DAN LARUTAN KUPRUM SULFAT
ASID HIDROKLORIK DAN LARUTAN KUPRUM SULFAT
ANTARA LARUTAN BERIKUT, YANG MANAKAH MENGHASILKAN KADAR TINDAK BALAS PALING TINGGI?
0.20 mol dm-3 LARUTAN NATRIUM TIOSULFAT
0.16 mol dm-3 LARUTAN NATRIUM TIOSULFAT
0.12 mol dm-3 LARUTAN NATRIUM TIOSULFAT
0.08 mol dm-3 LARUTAN NATRIUM TIOSULFAT
SAIZ BAHAN SEPERTI DALAM RAJAH DI ATAS AKAN MENYEBABKAN KADAR TINDAK BALAS
MENINGKAT
BERKURANG
MALAR
TIDAK BERUBAH
Antara yang berikut, yang manakah perubahan yang tidak boleh diperhatikan dan diukur semasa tindak balas?
Pengurangan jisim bahan tindak balas
Penambahan hasil tindak balas
Pengurangan jisim hasil tindak balas
Pembentukan mendakan
Rajah ialah graf yang menunjukkan isipadu gas karbon dioksida melawan masa bagi tindak balas antara asid sulfurik dan ketulan marmar berlebihan.
Berapakah kadar tindak balas purata bagi tindak balas tersebut?
1.0 cm3 s-1
1.5 cm3 s-1
2.0 cm3 s-1
2.5 cm3 s-1
Eksperimen I: Serpihan kalsium karbonat berlebihan + 50 cm3 asid nitrik 0.5 mol dm-3
Eksperimen II: Serbuk kalsium karbonat berlebihan + 50 cm3 asid nitrik 0.5 mol dm-3
Graf yang manakah menunjukkan lengkung yang betul bagi eksperimen I dan eksperimen II
Unit yang manakah betul untuk kuantiti bahan atau hasil tindak balas?
g min-1
dm3
kg
mol dm-3
Tablet antasid digunakan untuk merawat gastrik. Doktor menggalakkan pesakit mengunyah tablet berbanding dengan cara menelan. Apakah faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas tersebut?
Kepekatan
Saiz
Suhu
Mangkin
Buah durian merupakan buah yang digemari oleh ramai orang.
Pengeksportan buah durian ke negara China mengambil masa selama seminggu.
Apakah cara yang sesuai untuk memastikan semua buah durian berada dalam keadaan baik apabila sampai ke destinasinya?
Sembur durian dengan bahan kimia supaya segar lebih lama.
Bungkus durian di dalam bekas berwarna hitam.
Keringkan durian dalam ketuhar gelombang mikro.
Simpan bekas durian dalam bekas pada suhu 4 oC
Semasa musim perayaan, Shafinaz menghidang lauk daging kepada para tetamu.
Antara berikut, cara yang manakah dapat membantu Shafinaz memasak daging dengan lebih cepat?
Sentiasa kacau daging di dalam periuk.
Potong daging kepada saiz yang lebih kecil.
Masak daging menggunakan periuk.
Masak daging menggunakan periuk tekanan.
Tapai ialah beras yang menjalani proses penapaian, mempunyai rasa manis dan masam seperti alkohol.
Antara yang berikut, yang manakah membantu penapaian tapai?
Menambah yis.
Meningkatkan jumlah beras.
Menambah gula.
Menambah etanol.
Antara berikut, yang manakah menunjukkan kepekatan mempengaruhi kadar tindak balas?
Kakisan besi berhampiran kawasan industri adalah disebabkan oleh pembebasan sulfur dioksida yang banyak.
Pembakaran dalam enjin kereta adalah disebabkan oleh petrol dan udara yang dimampatkan.
Doktor menasihati pesakit supaya mengunyah tablet antasid dan bukan menelannya.
Mmebasuh pakaian dengan serbuk detergen pada suhu tinggi meningkatkan kadar tindak balas.
Apakah maksud kadar tindak balas?
Peningkatan kuantiti bahan tindak balas
Pengurangan kuantiti bahan tindak balas
Peningkatan kuantiti hasil tindak balas melawan masa
Pengurangan kuantiti hasil tindak balas melawan masa
