Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TRIVIA ECOLOGI

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Sesetengah spesis haiwan dan tumbuhan dikategorikan sebagai spesis yang terancam. Maksud spesis terancam ialah...

a)

Bilangan haiwan atau tumbuhan semakin berkurang

b)

Bilangan haiwan berkurang di habitat semulajadi tetapi bertambah di zoo

c)

Menjadi mangsa pemburuan haram

d)

Semakin dilupai oleh masyarakat

2.

Spesis haiwan berikut merupakan spesis terancam kecuali

a)

Beruang Panda

b)

Dugong

c)

Kangaru

d)

Penyu Karah

3.

Haiwan aquatik seperti penyu Karah dan dugong menjadi terancam akibat beberapa sebab kecuali

a)

Tumpahan minyak di laut

b)

Aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat tunda

c)

Pembuangan sampah terutamanya plastik ke dalam laut

d)

Kewujudan tukun tiruan sebagai tempat pembiakan ikan

4.

Mengapakah penyu memakan plastik yang terapung di laut?

a)

Plastik kelihatan seperti ikan yang merupakan makanan penyu

b)

Plastik kelihatan seperti obor-obor yang merupakan makanan penyu

c)

Plastik kelihatan seperti plankton yang merupakan makanan penyu

d)

Plastik kelihatan seperti rumpai laut yang merupakan makanan penyu

5.

Kerajaan telah mengazetkan Pulau Redang sebagai kawasan Taman Laut. Berikut merupakan perkara yang tidak boleh dilakukan di kawasan taman laut kecuali

a)

Memancing ikan

b)

Mengebom ikan

c)

Mengutip terumbu karang

d)

Menyelam skuba

6.

Rajah menunjukkan satu aktiviti manusia. Apakah kesan aktiviti tersebut jika dibiarkan secara berleluasa?

a)

Populasi haiwan semakin berkurangan dan mengalami ancaman kepupusan

b)

Pusat pemuliharaan perlu diwujudkan untuk melindungi haiwan liar

c)

Pelbagai produk dapat dihasilkan daripada bahagian badan haiwan liar

d)

Haiwan liar dapat dijual dengan harga murah

7.

Antara tindakan yang boleh menyebabkan penyu terancam ialah

a)

Menjaga telur penyu sehingga menetas dan melepaskan anak penyu ke laut.

b)

Penjualan telur penyu untuk dimakan dilakukan secara berleluasa.

c)

Mewujudkan pusat penerangan dan pengurusan penyu

d)

Tidak membuang sampah merata di laut.

8.

Mengapa kebanyakan penyu yang telah menetas tidak berjaya balik semula ke dalam laut ?

a)

Pemangsa

b)

Lupa tempat asal

c)

Puting beliung

d)

Di bawa oleh ombak

9.

Pemuliharaan bermaksud.....

a)

Merawat dan menjaga haiwan yang sakit.

b)

Melarang manusia dari memusnahkan haiwan dan tumbuhan.

c)

Mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal supaya dapat dinikmati pada masa akan datang.

d)

Menguatkuasakan undang-undang melalui Jabatan Perhilitan dan Jabatan Hutan

10.

Aktiviti berikut menunjukkan aktiviti pemeliharaan, kecuali...

a)

Elakkan membeli produk yang diperbuat daripada bahagian badan spesies haiwan terancam.

b)

Menganjurkan kempen yang menentang pembalakan dan pemburuan haram.

c)

Menanam semula pokok.

d)

Menebang pokok terpilih sahaja bagi mengelakkan kepupusan tumbuhan.

11.

Apakah maksud pemeliharaan hidupan?

a)

bermaksud mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan daripada musnah.

b)

bermaksud mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

c)

Bermaksud mendidik masyarakat tentang melindungi haiwan dan tumbuhan daripada ancaman kepupusan.

d)

Bermaksud mewartakan spesies haiwan dan tumbuhan sebagai spesies yang dilindungi

12.

Langkah-Langkah pemeliharaan hidupan terancam adalah seperti berikut, kecuali..

a)

Mewujudkan hutan simpan atau Taman Negara

b)

Mendidik masyarakat tentang kepentingan memelihara hidupan terancam

c)

Menggalakkan pemburuan haiwan secara berleluasa

d)

Menguatkuasakan undang-undang

13.

Berikut merupakan cara untuk mengatasi masalah haiwan yang diancam kepupusan, kecuali

a)

Mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan daripada musnah.

b)

Menggalakkan industri barangan dari kulit haiwan liar yang terancam

c)

Mewujudkan pusat rehabilitasi

d)

Mengenakan denda kepada pemburuan haram

14.

Apakah yang menyebabkan dinousor mengalami kepupusan?

a)

Pembalakan haram

b)

Pencemaran udara

c)

Bencana alam

d)

Pemangsa

15.

Apakah ancaman utama kepada badak sumbu dan ikan paus?

a)

Pemburuan haram

b)

Tsunami

c)

Hakisan tanah

d)

pencemaran air

16.

Orang utan menjadi spesies yang terancam kerana....

a)

Kehilangan habitatnya

b)

Pencemaran udara

c)

Persaingan sesama sendiri

d)

Dikurung di Zoo

17.

Berikut adalah merupakan bencana alam yang boleh menyebabkan ancaman kepada kepupusan haiwan dan tumbuhan kecuali

a)

Ribut taufan

b)

Tumpahan minyak

c)

Gempa bumi

d)

Banjir

18.

Apakah aktiviti utama yang dijalankan di pusat pemuliharaan penyu ?

a)

Memerhati penyu bertelur di pantai

b)

Menjual telur penyu dengan harga murah

c)

Mengeramkan telur penyu dan melepaskan anak penyu ke laut

d)

Menyimpan telur penyu bagi tujuan pameran

19.

Apakah contoh haiwan yang telah pupus?

a)

penyu

b)

dinousor

c)

harimau bintang

d)

kambing gurun

20.

Antara berikut, yang manakah dapat membantu mengelakkan spesies yang terancam daripada menjadi pupus?

a)

Semua spesies diistiharkan sebagai spesies yang dilindungi

b)

Hutan tertentu diisytiharkan sebagai hutan simpan

c)

Aktiviti pertanian dipertingkatkan

d)

Lebih banyak barang yang diperbuat daripada haiwan dikeluarkan