wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA 2

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Kini, usaha Jing Xuan berbaloi kerana dia telah berjaya dalam pertandingan pidato antarabangsa itu. Benarlah kata pepatah yang disebutkan oleh ibunya ___________.

a)

sudah jatuh ditimpa tangga

b)

jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

c)

rusa masuk kampung

d)

ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi

2.

Terdapat banyak persamaan antara Shao Zhe dengan ayahnya kerana ______________.

a)

bagaimana acuan begitulah agar-agarnya

b)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

c)

air yang dicencang tidak akan putus

d)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

3.

Perbalahan antara Ronan dengan kakaknya sudah berakhir dan mereka telah pun berbaik-baik semula kerana ____________.

a)

air yang tenang jangan disangka tiada buaya

b)

ada udang di sebalik batu

c)

rumah mana yang tidak bersampah

d)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

4.

James sedar bahawa dia kurang pandai dalam pelajaran. Oleh itu, dia terus berusaha kerana ______________.

a)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

b)

belakang parang jika diasah lagikan tajam

c)

besar periuk besarlah keraknya

d)

laut mana tidak berombak, bumi mana tidak ditimpa hujan

5.

Pak Cik Soh percaya bahawa pemuda itu mungkin __________ kerana sejak kebelakangan ini pemuda itu amat baik terhadapnya. Pak Cik Soh berasa khuatir.

a)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

b)

seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul

c)

ada udang di sebalik batu

d)

ada ketam di sebalik batu

6.

Semenjak memperoleh pendapatan yang lumayan, perbelanjaan bulanan keluarga Encik Song Jie juga meningkat. Keadaan ini samalah seperti pepatah ___________.

a)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

b)

jauhari yang mengenal manikam

c)

ukur baju di badan sendiri

d)

besar periuk besarlah keraknya

7.

Karangan Jason mendapat pujian menggunung daripada Cikgu Soh padahal Tze Shuen yang menulisnya. Pilih peribahasa yang paling sesuai berdasarkan ayat yang diberikan.

a)

lembu punya susu, sapi dapat nama

b)

kerbau dicucuk hidungnya

c)

masuk telinga kanan, keluar telinga kiri

d)

ada ubi ada batas, ada hari boleh balas

8.

Sepanjang usia mudanya, Encik Soh merantau di negeri orang. Apabila sudah tua, dia kembali ke kampung halaman. Pilih peribahasa yang paling sesuai berdasarkan ayat yang diberikan.

a)

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

b)

Setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap di belakang lembu

c)

Genggam bara api biar sampai jadi arang

d)

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

9.

Pelbagai alasan diberikan oleh murid perempuan yang tidak menyiapkan kerja yang diberikan oleh Cikgu Soh itu. Pilih peribahasa yang paling sesuai berdasarkan ayat yang diberikan.

a)

bagai hujan jatuh ke pasir

b)

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

c)

kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa

d)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

10.

Kita perlu menyesuaikan diri dengan adat resam di tempat orang lain. Janganlah kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan budaya orang lain. Bak kata pepatah, "___________________".

a)

biar mati anak jangan mati adat

b)

bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

c)

masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

d)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan