wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIH TUBI PSV

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Di bahagian manakah terdapatnya perbezaan yang ketara antara baju kurung Melayu teluk belangan dengan baju kurung Melayu cekak musang?

a)

Leher

b)

Pesak

c)

Kekek

d)

Lengan

2.

Apakah hal benda yang menjadi sumber ilham untuk menghasilkan lukisan tersebut?

a)

Tali

b)

Ular

c)

Siput

d)

Daun

3.

Alat tersebut merupakan bahan utama untuk membuat batik lukis.

a)

Canting

b)

Tali

c)

Blok bunga

d)

Sekuji

4.

Apakah aliran catan dalam karya berikut?

a)

Realisme

b)

Kiubisme

c)

Surealisme

d)

Ekspresionisme

5.

Apakah nama senjata tradisional tersebut?

a)

Lawi Ayam

b)

Parang Ilang

c)

Keris

d)

Beladau

6.

Apakah kegunaan batu sungai dalam proses kemasan Labu Sayong?

a)

Membuat corak pada badan labu

b)

Melicinkan permukaan labu

c)

Mengukuhkan dinding labu

d)

Meratakan tapak labu

7.

Berikut merupakan bahagian wau. Apakah nama wau tersebut?

a)

Wau Kucing

b)

Wau Barat

c)

Wau Ikan

d)

Wau Bulan

8.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri pola bujang pada ukiran kayu?

a)

Motif ringkas & estetik

b)

Motif tersendiri dan tidak berulang

c)

Motif besar & mempunyai isen

d)

Motif lengkap & berulang

9.

Apakah jenis kraf tradisional tersebut?

a)

Batik

b)

Songket

c)

Anyaman

d)

Tekat

10.

Apakah nama alat perhiasan tersebut?

a)

Dokoh

b)

Pending

c)

Cucuk sanggul

d)

Rantai

11.

Apakah jenis gubahan warna yang digunakan dalam ilustrasi tersebut?

a)

Tertier

b)

Sewarna

c)

Sekunder

d)

Penggenap

12.

Gambar tersebut merupakan warna yang bertentangan dalam roda warna?

a)

Primer

b)

Sekunder

c)

Penggenap

d)

Sewarna

13.

Rumah tersebut merupakan rumah kutai. Apakah nama negeri yang dikaitkan dengan seni bina rumah tersebut?

a)

Selangor

b)

Melaka

c)

Perak

d)

Perlis

14.

Apakah jenis arca tersebut?

a)

Binaan

b)

Mobail

c)

Acuan

d)

Timbulan

15.

Berapa titik lenyap dalam lukisan tersebut?

a)

1 titik lenyap

b)

2 titik lenyap

c)

3 titik lenyap

d)

4 titik lenyap

16.

Berapa titik lenyap dalam lukisan tersebut?

a)

4 titik lenyap

b)

3 titilk lenyap

c)

2 titik lenyap

d)

1 titik lenyap

17.

Mengapakah kisi-kisi tingkap dipasang pada rumah Melayu tradisional?

a)

Mencantikkan ukiran

b)

Memudahkan edaran udara

c)

Mengukuhkan struktur binaan

d)

Mengekalkan seni bina tradisional

18.

Bagaimanakah ruang dalam dapat dihasilkan dalam catan?

a)

Wujudkan perubahan saiz

b)

Gubahan objek pada jarak terbatas

c)

Olahan pada satah yang sama

d)

Menggunakan warna panas

19.

Apakah teknik cetakan yang menggunakan alat dan bahan berikut?

a)

Cetakan timbulan

b)

Cetakan lino

c)

Cetakan kolograf

d)

Cetakan sutera saring

20.

Antara berikut yang manakah ciri-ciri logo yang baik?

a)

rupa yang sukar

b)

warna yang banyak

c)

mudah & ringkas

d)

Bentuk yang pelbagai

21.

_____________ ialah percantuman antara permulaan garisan dengan penghujung garisan.

a)

Garisan

b)

Jalinan

c)

Bentuk

d)

Rupa

22.
Senarai warna yang tergolong dalam kumpulan warna panas KECUALI
a)
merah
b)
orange
c)
kuning
d)
biru
23.
Warna sejuk adalah warna yang mempunyai kesan cahaya yang rendah dan redup. Gambar ini menggunakan prinsip warna sejuk.
a)
BETUL
b)
SALAH
24.
Daripada gambar berikut kombinasi warna apakah yang menyebabkan terbentuknya warna sedemikian.
a)
merah + hijau
b)
biru + merah
c)
biru+kuning
d)
Kuning + ungu
25.

Garisan yang wujud pada lukisan dalam gambar telah menghasilkan________________.

a)

Ilusi bentuk dan warna

b)

Olahan warna

c)

Illustrasi rupa

d)

Olahan rupa dan pergerakan

26.

Antara berikut, yang manakah menerangkan bentuk?


I Mempunyai satu lapisan

II Mempunyai satu satah

III Mempunyai isipadu

IV Dapat dilihat dari tiga sisi yang berbeza

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Objek lampu tidur dapat dihasilkan semula dengan menggunakan bentuk ____________.

a)

kubus dan prisma

b)

silinder dan sfera

c)

silinder dan kubus

d)

silinder dan prisma

28.

Warna yang digunakan dalam penghasilan potret pada

gambar di bawah dikenali sebagai _______________.

a)

warna asas

b)

warna pudar

c)

warna pengenap

d)

warna sewarna

29.

Sesuatu objek biasanya dilihat paling kecil dan

berwarna pudar jika objek tersebut berada

di _____________.

a)

ruang belakang

b)

ruang tengah

c)

ruang hadapan

d)

ruang ilusi

30.

Motif anyaman tikar mengkuang menghasilkan____________.

a)

abstrak

b)

sentuh

c)

tampak

d)

konkrit

31.

Siapakah pelukis karya terkenal ini?

a)

Michelangelo

b)

Leonardo da Vinci

c)

Alfred Sisley

d)

Thomas Cole

32.

Illustrasi pada gambar rajah menunjukkan__________.

a)

garisan menghasilkan jalinan

b)

garisan menghasilkan ruang

c)

garisan menghasilkan warna

d)

garisan menghasilkan rupa

33.

Apakah fungsi garisan yang ditunjukkan pada gambar rajah?

a)

Mencantikkan lukisan

b)

menghasilkan bentuk

c)

Menghasilkan jalinan

d)

Menghasilkan ruang

34.

Antara berikut, yang manakah aktiviti yang dapat menghasilkan jalinan sentuh?

a)

Mengukir

b)

Mencanting

c)

Mengecat

d)

Melakar

35.

Antara berikut, yang manakah rumah tradisional yang mempunyai serambi terbuka dan tangga batu yang dihiasi jubin bermotifkan flora pada bahagian hadapan rumah tersebut?

a)

Rumah Bujang

b)

Rumah Berpeleh

c)

Rumah Serambi Melaka

d)

Rumah Panjang Sarawak

36.

Ilustrasi ini menunjukkan sebuah rumah tradisional Melayu. Fungsi bahagian a,b,c dan d yang manakah yang salah?

a)

a) serambi - ruang untuk menyimpan barang-barang dan tempat penyediaan makanan

b)

b) rumah ibu - ruang untuk tempat makan, tidur, sembahyang dan berbincang. 

c)

c) rumah dapur - ruang untuk menyimpan peralatan memasak

d)

d) pelantar - ruang letak hasil dari kebun atau sungai

37.

Seni catan ini menunjukkan aliran ____________.

a)

Naturalisme

b)

Surealisme

c)

Futurisme

d)

Kubisme

38.

-Aliran ini bermula pada 1900 hingga 1901.

-Menolak idea peniruan terhadap alam.

-Memberi kebebasan untuk mengekspresikan perasaan bagi menggambarkan hal benda tersebut.

a)

Aliran kubisme

b)

Aliran Surealisme

c)

Seni Pop

d)

Aliran Fauvisme

39.

Antara karya berikut yang manakah aliran seni yang SALAH?

a)

Aliran Kubisme

b)

Aliran Ekspresionisme

c)

Aliran Realisme

d)

Aliran Surealisme

40.

Karya lukisan dan catan berikut dilabelkan mengikut aliran seni. Yang manakah yang BETUL?

a)

Aliran Kubisme

b)

Aliran Seni Pop

c)

Aliran Realisme

d)

Aliran Ekspresionisme

41.

Antara berikut yang manakah yang BETUL?

a)

i, ii dan iii

b)

ii, iii dan iv

c)

i. iii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv

42.

Seni Arca memasuki era Modenisme menjelang abad ke-20. Arca ini diperkenalkan pada 1913 bertajuk Mandolin and Clarinet. Siapakah pengarca tersebut?

a)

Henri-Robert-Marcel Duchamp

b)

Pablo Picasso

c)

Ronald David Smith

d)

Erich Heckel

43.

Pengarca : Donatelo

Tajuk : Gattamelata

Tahun : 1463

Apakah ciri yang terdapat pada karya arca tersebut?

a)

Gaya realistik dan keagamaan

b)

Alam dan Landskap

c)

Moden dan jenaka

d)

Dinamisme

44.

apakah kelebihan menggunakan halangan emulsi foto berbanding profilem dalam cetakan sutera saring?

a)

Dapat menggunakan pelbagai warna

b)

menghasilkan cetakan lebih halus

c)

saring dapat digunakan semula

d)

hasil cetakan tahan lebih lama

45.

Penggunaan sarang merupakan satu cara membuat batik. Susun semula proses membuat sarang mengikut urutan.

i. Patri kepingan logam

ii. Gunting kepingan logam

iii. melakar corak

iv. membentuk kepingan logam

a)

i,ii,iii,iv

b)

ii,i,iii,iv

c)

iii,ii,iv,i

d)

iv,iii,ii,i

46.

Reka bentuk rumah tradisional Minangkabau berdasarkan bentuk

a)

tanduk lembu

b)

tanduk kambing

c)

tanduk kerbau

d)

tanduk seladang

47.

bahan apakah yang paling sesuai menggunakan teknik luakkan dalam penghasilan arca?

a)

Besi

b)

Simen

c)

Plaster of Paris

d)

Plastik

48.

Apakah tujuan melayur daun mengkuang di atas bara api dalam proses penghasilan anyaman

a)

memudahkan membedah daun

b)

memudakan menggulung daun

c)

melembutkan daun dan ayaman tahan lama

d)

mengekalkan warna asal daun mengkuang

49.

Apakah unsur seni yang paling penting dalam menghasilkan hiasan dalaman?

a)

Bentuk

b)

Jalinan

c)

Garisan

d)

Ruang

50.

Apakah tujuan melarut dalam proses anyaman?

a)

Membuat lagang pada anyaman

b)

Mematikan anyaman

c)

melembutkan daun

d)

Menjangka mengkuang

51.

Apakah pewarna yang digunakan dalam proses cetakan lino?

a)

Cat air

b)

Cat poster

c)

Akrilik

d)

Dakwat

52.

Apakah keistimewaan arca berbanding seni halus yang lain?

a)

Arca merupakan seni halus berbentuk abstrak

b)

Arca boleh diamati dalam bentuk tiga demensi

c)

Arca diolah menggunakan pelbagai warna

d)

Arca menggambarkan nilai-nilai murni

53.

Apakah ciri-ciri penting untuk menghasilkan simbol?

a)

Gambar yang menarik dan berkesan

b)

karya yang asli

c)

Seimbang dan jelas

d)

Mesej yang ringkas dan tepat

54.

Bagaimanakah caranya untuk menghasilkan kesan retak seribu pada permukaan kain batik yang dililinkan?

a)

Kain direnyuk sebelum diwarnakan

b)

Kain dikikis sebelum diwarnakan

c)

Kain diikat sebelum dicelup

d)

Kain dicelup ke dalam warna kimia

55.

Antara berikut, manakah organisasi yang berfungsi sebagai penggerak kepada perkembangan seni lukis tanah air?

a)

Balai Seni Lukis Negara

b)

Angkatan Pelukis Veteran

c)

Kumpulan Kesenian

d)

Akedemi Seni Kebangsaan

56.

Benang pakan dimasukkan berselang-seli di antara benang loseng menggunakan cuban.


Apakah jenis kraf yang berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)

Anyaman

b)

Batik

c)

Tekat

d)

Tenunan

57.

Antara berikut, manakah bahan yang digunakan pada tapak tembikar tradisi untuk mengelakkan kebocoran?

a)

Damar

b)

Geris

c)

Sekam Padi

d)

Syelek

58.

Roda penggelek warna dan sekeping kaca digunakan dalam aktiviti ini.

a)

Arca

b)

Batik

c)

Cetakan

d)

Ukiran

59.

Apakah fungsi logo yang terdapat pada setiap pembungkusan?

a)

Daya tarikan

b)

Sumber rujukan

c)

Inspirasi syarikat

d)

Pengenalan syarikat

60.

Kekemasan ukiran kayu tradisi Melayu dinilai pada


i. Sudut tebukan yang tepat

ii. Pergerakan silat yang licin

iii. Ukiran disapu dari pelbagai sudut

iv. Ukiran dibingkaikan

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv