WorksheetsNovel Kuingin Berterima Kasih
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
1. Apakah tema sajak "Kuingin Berterima Kasih"?
Mensyukuri kurniaan Tuhan kepada manusia
Berterima kasih atas kasih sayang yang diberikan
Merasa bahagia
Merasa diri dihargai
2. Persoalan Sajak Kuingin Berterima Kasih adalah seperti berikut kecuali.
Persoalan kepentingan hujan kepada hidupan
Persoalan kepentingan nelayan
Persoalan penghargaan kepada perwira Negara.
Persoalan kesedaran untuk mengekalkan keamanan dunia
3. Nilai yang terdapat dalam sajak ini adalah seperti berikut kecuali.
Mengenang jasa
Contoh: mengenang jasa pejuang negara.
Kesedihan
Contoh: perang menyebabkan kerosakan kepada manusia dan alam.
Kesetiaan
Contoh: pejuang setia kepada negara.
Kesyukuran
Contoh: mensyukuri nikmat pemberian Tuhan.
SHOW ANSWER
4. Pilih gaya bahasa dan contoh yang betul dalam sajak ini
kepada hujan bagai tetamu - personifikasi
di taman-taman keresahan hidup - kata adjektif
ikan-ikan yang riang - personifikasi
darah kesetiaan - responsi
5. Mengapakah penyajak mahu berterima kasih kepada hujan?
Kehadiran hujan menyejukkan suasana dan meredakan api kemarahan.
Kehadiran hujan memanaskan suasana mampu meredakan api kemarahan.
Kehadiran hujan menyejukkan suasana dan menaikkan api kemarahan.
Kehadiran hujan memanaskan suasana dan mampu menaikkan api kemarahan.
6. Bilangan rangkap sajak ini ialah?
empat rangkap
enam rangkap
tujuh rangkap
lapan rangkap
7. Gaya bahasa bagi frasa 'darah kesetiaan'
anafora
epifora
metafora
hiperbola
8. Pilih yang benar tentang sajak ini...
Penyajak mahu berterima kasih kepada tanah kerana memberi rezeki kepada pelabur
Penyajak mahu berterima kasih kepada ikan-ikan di laut kerana memberi rezeki kepada peraih
Penyajak mahu berterima kasih kepada tanah kerana memberi rezeki kepada tukang rumah
Penyajak mahu berterima kasih kepada ikan-ikan di laut kerana memberi rezeki kepada para nelayan
9. Yang manakah benar tentang rima akhir rangkap sajak ini...
Rangkap 1 - rima akhir abcd
Rangkap 2- rima akhir dcba
Rangkap 3- rima akhir aaab
Rangkap 4-rima akhir abcabc
10. Pengajaran dalam Sajak Kuingin Berterima Kasih ialah?
Kita haruslah menggunakan kekayaan yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.
Kita haruslah membuang segala nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita
Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.
Kita haruslah menerima nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.
