Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kata majmuk

Total questions: 24

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Alif telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam ____________Sains dan Matematik.

a)

mata pelajaran

b)

mata wang

2.

_____ Ani tidak berfungsi lagi kerana telah dimasuki air ketika dia bermain di padang.

a)

jam tangan

b)

jam dinding

3.

Adrian sedang __________________ maklumat dari Internet untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh gurunya.

a)

memuat turun

b)

mengemas kini

4.

Shan Shan mahir menggunakan ________ untuk menyiapkan kertas projeknya.

a)

komputer riba

b)

kamus dewan

5.

Isikan tempat kosong dengan kata majmuk mantap yang betul ejaannya.


Zara murid kelas 4 Wira. Dia memberikan ______________ kepada rakan-rakan sekelasnya semasa menjalankan perbincangan.

a)

kerja sama

b)

kerjasama

6.

Zara selalu membantu masyarakat secara ___________, Dia membantu orang buat melintas jalan.

a)

sukarela

b)

suka rela

7.

Dia berjaya menyertai sukan ___________ sehingga peringkat antarabangsa.

a)

olahraga

b)

olah raga

8.

Zara juga murid yang rajin. Dia menjalankan tugas sebagai seorang ____________ Kelab Bahasa Melayu di sekolahnya.

a)

setia usaha

b)

setiausaha

9.
Jovi dan Jia Khai membeli ____________ di kedai buku itu.
a)
alat elektrik
b)
alat dapur
c)
alat tulis
d)
alat mainan
10.
Cikgu Yoong menampal hasil kerja murid pada ________________ di belakang kelas.
a)
papan tanda
b)
papan pameran
c)
papan lapis
d)
papan kenyataan
11.
Sebelum pulang, Jun Cheng ____________ kepada tuan rumah.
a)
minta maaf
b)
minta diri
c)
minta ampun
d)
minta nyawa
12.
Nenek Jay menjual kubis, sawi dan ____________ di pasar tani.
a)
kacang tanah
b)
akar kacang
c)
kacang-kacang
d)
pokok kacang
13.

Beberapa orang _____________ syarikat itu telah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang.

a)

jawatankuasa

b)

warganegara

c)

kakitangan

d)

pesuruhjaya

14.

Kakak Baizura bekerja sebagai juru wang di sebuah ____________.

a)

kota raya

b)

balai raya

c)

pasar raya

d)

jalan raya

15.

Apakah nama objek dalam gambar yang diberi?

a)

rumah laut

b)

pulau kecil

c)

rumah api

d)

lampu laut

16.

Faris kelihatan muram apabila dia hanya mendapat _________________ dalam pertandingan nyanyian.

a)

baik hati

b)

puas hati

c)

sagu hati

d)

gerak hati

17.

Menara Berkembar Petronas adalah antara __________ kebanggaan rakyat Malaysia.

a)

gambar rajah

b)

mercu tanda

c)

kraf tangan

d)

susun atur

18.

__________ yang menuju ke selatan akan bertolak pada pukul 6.30 pagi.

a)

Keretapi

b)

Kapal terbang

c)

Kereta api

d)

Kereta kabel

19.

Hadif berasa _____________ kerana Mohan tidak menjemputnya ke majlis itu.

a)

jauh pandangan

b)

resah hati

c)

susah hati

d)

jauh hati

20.

Profesor Azmi _____________ untuk merasmikan forum "Kepentingan Memelihara Bangunan Warisan".

a)

berbesar hati

b)

berasa hati

c)

berat hati

d)

susah hati

21.

Wartawan itu ___________ Norman bin Musa, tukang masak yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

a)

menemu duga

b)

menemu ramah

c)

menemu cara

d)

menemu kata

22.

kehebatan _______________ Jeneral Tan Sri Rodzali bin Daud semasa mengendalikan pesawat diperakukan oleh pihak Tentera Udara Malaysia (TUDM).

a)

uji bakat

b)

puas hati

c)

luar biasa

d)

bangga diri

23.

Rania tersedar daripada tidurnya apabila ____________ di sisinya berbunyi.

a)

jam loceng

b)

jam randik

c)

jam dinding

d)

jam tangan

24.

David sangat manja kerana dia merupakan ______________ dalam keluarganya.

a)

anak angkat

b)

anak tiri

c)

anak buah

d)

anak tunggal