wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AKHLAK KBM 1 - ULANGKAJI

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Akhlak Mahmudah adalah segala tingkah laku yang _______.

a)

baik & terpuji

b)

buruk & dihina

c)

tidak bermanfaat

d)

bercampur antara baik & buruk

2.

Sifat ___________ adalah antara salah satu syarat amalan seseorang itu diterima oleh Allah.

a)

ikhlas

b)

sabar

c)

kasih-sayang

d)

bersangka buruk

3.

Menurut ajaran Islam, antara tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak mereka ialah __________.

a)

mendidik mereka menjadi seorangyang baik

b)

menyediakan kemewahan dalam bentuk peralatan moden

c)

memenuhi segala kemahuan anak sebagai tanda sayang

d)

memberikan guru tuisyen yang terbaik supaya cemerlang dalam pelajaran

4.

Salah satu ciri kawan yang baik ialah _____.

a)

memberi nasihat

b)

menghasut ke arah kejahatan

c)

bermain sihinnga tertinggal waktu solat

d)

mengikuti aktiviti bersama & tidak menegur kemungkaran

5.

Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. memberi panduan bagaimana sifat-sifat buruk dapat ____.

a)

diamalkan bergantung keadaan zaman

b)

dijadikan senjata untul lawan orang yang zalim

c)

dihapuskan dan sifat-sifat mulia dikembangkan

d)

dijadikan pedoman hidup

6.

Matlamat (objektif) seseorang berdisiplin dalam menjalankan ibadah untuk mendapat keredhaan Allah kemudian mendapat _____.

a)

pujian guru & kawan

b)

kesenangan di dunia sahaja

c)

kejayaan dunia & akhirat

d)

ilmu ghaib yang tidak didapati oleh orang lain

7.

Pergaduan antara adik-beradik merenggangkan silaturrahim. Oleh itu kita harus ______.

a)

memupuk sifat kasih sayang

b)

mengadu nasib kepada kedua ibubapa

c)

menghabiskan masa di luar rumah

d)

mengabaikan mereka agar tidak berlaku pergaduhan

8.

Berbuat baik kepada jiran adalah sesuatu yang dipandang ______ dalam Islam.

a)

buruk

b)

serius

c)

remeh

d)

ringan

9.

Antara perkara yang tidak boleh dilakukan terhadap binatang ialah _____.

a)

bermain dengan kucing

b)

memberi minum kepada anjing yang kehausa

c)

menyeksa binatang walaupun tidak bertujuan demikian

d)

menyembelih binatang dengan tujuan memakannya

10.

Ali tertendang bola dengan kuat ke arah televisyen sehingga pecah. Walaupun ketakutan, Ali perlu _____.

a)

berdiam diri sehingga ditanya ayahnya.

b)

menyalahkan kucing peliharaannya supaya tidak berlaku salah faham

c)

mengaku bersalah namun tidak harus dikesali kerana dia tidak sengaja

d)

mengaku bersalah dengan segera dan meminta maaf

11.

Seorang remaja diejek dan digelar "pengecut' kerana tidak merokok. Dia seharusnya _____.

a)

menahan marahnya serta bersabar & berlalu pergi

b)

membalas ejekan mereka dengan kata-kata yang lebih kesat

c)

mengambil sebatang rokok & berpura-pura menghisapnya

d)

memukul tembok-tembok di sekeliling agar marahnya hilang

12.

Zaid merasa sedih kerana merasa ibunya pilih kasih. Sebagai abang, Zaid sepatutnya ________.

a)

melarikan diri dari rumah

b)

melepaskan kemarahan kepada adik-adiknya

c)

menerima teguran ibunya dengan hati yang terbuka

d)

memarahi ibunya semula, kerana ibunya tidak berlaku adil

13.

Lisa tinggal bersama makciknya setelah kematian ibubapanya. Abang & kakaknya pula sudah berkahwin dan tinggal berjauhan darinya. Untuk menjaga ikatan kekeluargaan, Lisa harus _____.

a)

menyimpan kesedihan

b)

tidak melakukan apa-apa

c)

melupakan abang dan kakaknya

d)

berusaha merapatkan silaturrahim antara mereka adik-beradik

14.

Suati hari Nur dapati jirannya yang beragama Kristian jatuh sakit dan tidak mampu bergerak. Sebagai jiran yang baik, Nur harus ______.

a)

ambil gambar & sebarkan di media sosial

b)

menolong jirannya seperti membelikan makanan

c)

membiarkannya kerana berlainan agama

15.

Hairi mempunyai keinginan untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah setelah diajak oleh kawannya. Namun dia dapat menahan dirinya dan menolak ajakan temannya kerana dia _______.

a)

tidak mempunyai duit yang banyak

b)

tahu Allah sering melihat

c)

takut akan dibuang skolah

d)

takut dimarahi ibupanya

16.

Masyarakat Islam boleh hidup secara harmoni dengan masyarakat berbilang agama dan bangsa di Singapura dengan _______.

a)

mengamalkan semua budaya dari kaum majoriti

b)

berkahwin dengan pasangan yang berlainan kepercayaan

c)

memperkukuhkan aqidah dan berakhlak mulia

17.

Orang yang mengingati Allah akan ______.

a)

berusaha untuk tinggal di negara Islam

b)

melakukan perintah Allah dan menjauhi laranganNya

c)

dikurniakan Allah kemampuan untuk lihat perkara-perkara ghaib

18.

Aiman mengerjakan solat & memahami bacaannya supaya lebih khusyuk. Dia takin bahawa melaksanakan solat dengan sempurna dapat ______.

a)

memperbaiki pandangan orang tentang sifat tawaduknya

b)

menghindar diri dari melakukan maksiat dan kemungkaran

c)

menjadikannya orang yang tidak mengharapkan bantuan sesiapa

19.

Seseorang Muslim yang beramah mesra dengan jiran-jirannya akan menimbulkan rasa _____________.

a)

buriga seperti ada niat lain yang dia hajatkan

b)

benci seolah-olah dia sahaja yang baik

c)

hormat & kasih sayang antara mereka

20.

Walaupun Aina sibuk dengan tugasan sekolahnya, dia tetap meluangkan masa untuk belajar agama kerana dia tahu ilmu fardhu ain akan ______.

a)

mengecualikannya dari soalan kubur

b)

menjamin dirinya untuk masuk syurga

c)

memudahkan jalannya menuju ke syurga