WorksheetsBAB 3 PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Pembesar Melayu memperoleh kawasan pegangan mengusahakan perlombongan bijih timah daripada sultan. Apakah cara kawasan tersebut diperoleh?
Surat tauliah
Tanah anugerah
Sewaan tahunan
Pemberian konsesi
Bagaimanakah tindakan Acheh untuk menguasai kekayaan dan kemakmuran Perak pada abad ke-16 dan ke-17?
Mengiktiraf sebagai negeri naungan
Menghalang kemasukan pelabur asing
Mendapatkan bantuan daripada Portugis
Menandatangani perjanjian dengan Belanda
Pengeluaran bijih timah Perak merosot menjelang akhir abad ke-18? Apakah faktor berlakunya kemerosotan tersebut?
Kejatuhan harga bijih timah
Bekalan bijih timah berlebihan
Berlaku penyeludupan bijih timah
Kekurangan permintaan di pasaran dunia
Pilih urutan yang tepat berkaitan pengamalan sistem pengiliran dalam pewarisan takhta Kesultanan Perak?
Raja Di Hilir- Raja Bendahara- Raja Muda
Raja Muda- Raja Bendahara- Raja Di Hilir
Raja Muda- Raja Di Hilir- Raja Bendahara
Raja Bendahara- Raja Muda- Raja Di Hilir
Mengapakah Raja Abdullah di Perak tidak ditabalkan sebagai sultan selepas kemangkatan Sultan Ali?
Tidak mempunyai kelayakan
Tidak hadir ke majlis pemakaman
Tidak berminat sebagai pemerintah
Tidak mendapat sokongan pembesar
Gambar berikut berkaitan dengan Kota Raja Mahadi di Klang. Mengapakah kota tersebut dibina pada tahun 1866?
Sebagai pusat pengumpulan bijih timah
Sebagai batu asas pembukaan bandar
Sebagai benteng pertahanan negeri
Sebagai pusat pemungutan cukai
British berpeluang melakukan manipulasi politik di Negeri Sembilan pada abad ke-19. Apakah isu yang digunakan British untuk melakukan manipulasi tersebut?
Pertelingkahkan perebutan takhta kerajaan
Pencerobohan Belanda di Sungai Ujong
Perbalahan antara pembesar Melayu
Pergaduhan antara pelombong Cina
Mengapakah Sungai Linggi menjadi rebutan antara pembesar-pembesar Melayu di Negeri Sembilan?
Menguasai perlombongan bijih timah
Menjadi laluan perdagangan utama
Menubuhkan pelabuhan kerajaan
Mengawal pungutan cukai
Apakah alasan yang digunakan British untuk mendesak Sultan Selangor menerima perlindungan mereka?
(pilih 2 jawapan Sahaja)
Serangan rumah api
Rompakan kapal dagang
Perbalahan antara pembesar
Kelemahan pentadbiran neger
Mengapakah British gagal memaksa Sultan Pahang menerima perlindungan British pada peringkat awal?
Pembinaan kubu pertahanan di persisiran sungai
Pemodenan pentadbiran negeri terlaksana
Kebijaksanaan pembesar mentadbir negeri
Kekacauan antara pelombong Cina dapat dielakkan
Apakah peristiwa yang menyebabkan Sultan Pahang dipaksa menerima perlindungan British pada tahun 1888?
Serangan lanun di perairan
Pertelingkahan kerabat diraja
Rompakan kapal dagang British
Kematian seorang rakyat British
Bagaimanakah tindakan British mengikat persetiaan pemerintah tempatan menerima pengaruh mereka?
Memberi elaun tambahan
Menandatangani perjanjian
Mengurangkan kuasa sultan
Menggugut dilucutkan jawatan
Perjanjian Pangkor 1874 telah ditandatangani di atas kapal perang British iaitu HMS Pluto. Apakah kesan perjanjian tersebut terhadap pentadbiran negeri Perak?
Penamatan kuasa sultan
Penetapan penasihat kerajaan
Perlantikan pembesar
Pengenalan Sistem Residen
Antara berikut, yang manakah merupakan syarat Perjanjian British-Pahang 1887?
British menempatkan seorang wakil
British membantu sultan memerintah negeri
British bertanggungjawab memajukan negeri
British berkuasa mentadbir kerajaan
Apakah peranan Mastin Lister sebagai Residen British di Negeri Sembilan?
Mengubal undang-undang
Menasihat Raja-raja Melayu
Mengetuai pentadbiran negeri
Menubuhkan Jabatan Kehakiman
Siapakah Residen British pertama di Selangor?
J.P. Rodger
J.W.W. Birch
J.G. Davidson
Frank Swettenham
Apakah jabatan-jabatan yang telah diperkenalkan semasa pemerintahan British?
(pilih 2 jawapan sahaja)
Jabatan Pendidikan
Jabatan Pertanian
Jabatan Kehakiman
Jabatan Tanah dan Ukur
Apakah ciri-ciri Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang ditubuhkan pada tahun 1896?
Sultan sebagai ketua pentadbiran
Gabenor menjadi penasihat sultan
Agama Islam sebagai agama rasmi
Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran
Pada tahun 1909, Majlis Mesyuarat Persekutuan telah ditubuhkan di Tanah Melayu. Apakah tujuan British menubuhkan majlis tersebut?
(pilih 2 jawapan sahaja)
Mengawal kewangan negeri
Mengawal sistem perundangan
Memajukan sistem pendidikan
Membangunkan pentadbiran negeri
Apakah peranan Raja-raja Melayu dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan?
Ahli biasa
Penasihat
Pengerusi
Setiausaha
