wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penjodoh Bilangan

Total questions: 40

Worksheet time: 10hrs 0mins

Name
Class
Date
1.
Puan Suraya memasukkan beberapa _________ daun kari ke dalam masakannya
a)
batang
b)
urat
c)
cebis
d)
helai
2.
Setiap peserta akan menerima se ___________ sijil penyertaan.
a)
helai
b)
lembar
c)
keping
d)
gulung
3.
Pelancong dari Australia itu hanya makan dua _________ buah durian.
a)
biji
b)
ulas
c)
butir
d)
buah
4.
Farah menghadiahi se ____________ bunga kepada gurunya sempena Hari Guru.
a)
utas
b)
gugus
c)
jambak
d)
ulas
5.
Haji Hussain membeli se _________ surat khabar di kedai buku itu.
a)
keping
b)
urat
c)
naskah
d)
helai
6.
Pak Tam sedang membakar beberapa ________ sate ayam.
a)
batang
b)
cucuk
c)
biji
d)
ketul
7.
Pemburu itu menggalas se __________ senapang untuk pergi berburu.
a)
pucuk
b)
laras
c)
bilah
d)
buah
8.
Encik Razif sempat minum beberapa ____________ air kopi sebelum pergi ke pejabat.
a)
gelas
b)
titis
c)
teguk
d)
suap
9.
Kakak menerima se __________ cincin emas daripada tunangnya.
a)
buah
b)
bentuk
c)
butir
d)
urat
10.
Mak Limah membeli lima ________ telur ayam kampung di pasar malam.
a)
buah
b)
butir
c)
bentuk
d)
ulas
11.
Afifah terpaksa menelan dua ___________ ubat untuk melegakan kesakitan pada lututnya.
a)
pil
b)
das
c)
biji
d)
bentuk
12.
Ramli Salleh memakai  ____________ kasut sukan semasa bermain bola tampar.
a)
sebelah
b)
sebentuk
c)
sepotong
d)
sepasang
13.
Haji Karim membelikan anaknya ___________ kereta antik.
a)
selaras
b)
sebutir
c)
sebuah
d)
sebentuk
14.
Pihak forensik menemukan ___________ rambut di penjuru katil.
a)
seutas
b)
selembar
c)
selingkar
d)
serangkai
15.
Beberapa ______ jagung direbus oleh ibu sebentar tadi.
a)
batang
b)
tandan
c)
tangkai
d)
tongkol
16.
Hang Lekir meletakkan  ____________ lembing di pahanya sebelum mengasah mata lembing itu.
a)
selaras
b)
sebilah
c)
sepucuk
d)
sebatang
17.
Pertempuran antara pihak polis dengan _________ lanun berlaku di perairan Malaysia- Indonesia.
a)
sekawan
b)
sepasukan
c)
sekelompok
d)
segerombolan
18.
Fasha menjual ________ pantun kepada kumpulan lawan dalam pertandingan pantun itu.
a)
sebuah
b)
sebaris
c)
sekerat
d)
serangkap
19.
Ashril membeli  ____________ surat khabar dari Kedai Majalah Johan.
a)
sehelai
b)
sekeping
c)
sekajang
d)
senaskah
20.
Doria membeli dua __________ bebola udang di pasar malam.
a)
lidi
b)
cucuk
c)
batang
d)
tangkai
21.
Beberapa _____________ cendawan kelihatan tumbuh di tepi sungai.
a)
kaki
b)
buah
c)
batang
d)
puntung
22.
Pemburu dari Siam itu melepaskan dua ________ tembakan ke arah harimau.
a)
das
b)
biji
c)
laras
d)
pucuk
23.
Rajeswari memasukkan dua _________ garam ke dalam periuk sebelum memasukkan serbuk kari dan daging.
a)
titik
b)
cubit
c)
kepal
d)
genggam
24.
Nenek suka menyuruh adik mencabut beberapa ____________ uban di kepalanya.
a)
urat
b)
utas
c)
untai
d)
lembar
25.
Apabila tiba di London, kami terpaksa memakai tiga _________ baju kerana cuaca yang amat sejuk.
a)
lapis
b)
helai
c)
bidang
d)
persalinan
26.

Abel menghadiahkan se_____________ cermin mata yang baharu kepada datuknya.

a)

pasang

b)

bentuk

c)

keping

d)

bidang

27.

Ayah Chin Hong duduk di atas sofa sambil membaca se____________ surat khabar.

a)

naskhah

b)

buah

c)

bentuk

d)

bidang

28.

Ayah menghulurkan se___________ payung kepada Burque kerana hujan lebat.

a)

kaki

b)

bentuk

c)

bidang

d)

bilah

29.

Ibu Siti membelikan Siti se_______________ baju kurung yang cantik.

a)

helai

b)

pasang

c)

bidang

d)

keping

30.

Ibu Adric memotong ikan menggunakan se________ pisau yang tajam.

a)

bentuk

b)

bilah

c)

buah

d)

batang

31.

Ibu Yi Yang menghidangkan beberapa ______________ buah betik sebagai pencuci mulut.

(boleh pilih lebih daripada satu jawapan)

a)

pinggan

b)

potong

c)

helai

d)

keping

32.

Ibu membeli beberapa __________ tembikai yang manis di gerai buah-buahan itu.

a)

biji

b)

buah

c)

helai

d)

bidang

33.

Ibu telah menggunakan tiga _____________ tali untuk mengikat buku-buku itu.

a)

helai

b)

keping

c)

utas

d)

urat

34.

Ibu menyediakan beberapa ___________ cendawan dan tiga _____________ telur untuk memasak sup itu.

a)

biji , buah

b)

buah, biji

c)

kaki , biji

d)

biji, biji

35.

Beberapa ___________ murid sedang memasang se__________ kain rentang tentang kesihatan jantung di atas pentas.

a)

orang , keping

b)

orang , helai

c)

orang , bidang

d)

kumpulan , keping

36.

Ee Lin dan Ee Yoong menampalkan se____________ poster yang cantik pada papan kenyataan.

a)

keping

b)

helai

c)

bidang

d)

buah

37.

Yu Han menggunting lebihan tali yang diikat pada kain rentang itu dengan se__________ gunting.

a)

batang

b)

bilah

c)

buah

d)

bentuk

38.

Se____________ lembu sedang meragut rumput di padang yang luas itu.

(boleh pilih lebih daripada satu jawapan)

a)

kawan

b)

kumpulan

c)

ekor

d)

gerombolan

39.

Kami diminta untuk mencipta se___________ pantun tentang kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan.

a)

rangkap

b)

buah

c)

bentuk

d)

bidang

40.

Encik Ming Liang menghadiahkan se________ anting-anting dan se____________ cincin belian kepada isterinya.

a)

pasang , bentuk

b)

buah , bentuk

c)

bentuk, pasang

d)

bentuk, biji