wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ 1 - SIAPA YANG TERBAIK DALAM KALANGAN YANG TERBAIK?

Total questions: 100

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Berikut ialah arah angin utama kecuali...

a)

utara

b)

selatan

c)

barat daya

d)

timur

2.

Semasa matahari terbit, Abu berdiri dan menghadap matahari.

Dia mendepakan tangannya. Tangan kanannya menunjukkan arah...

a)

selatan

b)

utara

c)

timur

d)

barat

3.

Malaysia terletak di utara Garisan Khatulistiwa. Garisan ini terletak di...

a)

latitud 23 darjah

b)

longitud 0 darjah

c)

latitud 0 darjah

d)

longitud 180 darjah

4.

Manakah antara berikut merupakan simbol pandang darat budaya?

I Getah

II Gunung

III Kelapa sawit

IV Hutan

a)

II sahaja

b)

II dan IV sahaja

c)

I dan III sahaja

d)

I, III dan IV sahaja

5.

Negeri manakah bersempadan dengan dua buah Wilayah Persekutuan negara kita?

a)

Kuala Lumpur

b)

Selangor

c)

Sabah

d)

Perak

6.

Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak dipisahkan oleh...

a)

Lautan China Selatan

b)

Selat Melaka

c)

Selat Tebrau

d)

Laut China Selatan

7.

Apakah arah pasar dari perpustakaan?

a)

Timur

b)

Tenggara

c)

Barat

d)

Barat Laut

8.

Berdasarkan maklumat di bawah,

manakah antara berikut merupakan titik rujukan?

Pasar terletak di belakang rumah Johan.

Pejabat pos terletak di kanan rumah Johan.

Stesen bas terletak di kiri rumah Johan.

a)

Pasar

b)

Rumah Johan

c)

Stesen bas

d)

Pejabat pos

9.

Antara berikut, yang manakah ciri pandang

darat fizikal dalam peta lakar?


I Tasik

II Pejabat pos

III Sawah padi

IV Paya nipah

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

10.

Negeri manakah yang terbesar di Semenanjung Malaysia?

a)

Pahang

b)

Johor

c)

Terengganu

d)

Sarawak

11.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

12.

Selain kompas, arah mata angin juga dapat ditentukan dengan berpandukan ...

a)

aliran sungai

b)

tiupan angin

c)

pergerakan awan

d)

kedudukan matahari

13.
a)

36°S 23°T

b)

59°U 23°T

c)

36°S 9°B

d)

59°U 33°B

14.

Garisan yang membahagikan bumi kepada hemisfera utara dan hemisfera selatan ialah...

a)

garisan Artik

b)

garisan Jadi

c)

garisan Khatulistiwa

d)

garisan Sartan

15.

Negeri yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia ialah...

a)

Johor

b)

Kedah

c)

Melaka

d)

Terengganu

16.

Di manakah letaknya Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan?

a)

Putrajaya

b)

Cyberjaya

c)

Petaling Jaya

d)

Subang Jaya

17.

Antara yang berikut, yang manakah ciri –ciri bagi sebuah peta lakar?

a)

Bentuk

b)

Warna

c)

Petunjuk

d)

Tulisan

18.

Malaysia terdiri daripada ............... buah negeri.

a)

8

b)

14

c)

13

d)

10

19.

Ibu negeri bagi negeri Perlis ialah...

a)

Ipoh

b)

Alor Setar

c)

Kangar

d)

Johor Bahru

20.

Berikut merupakan garisan Latitud kecuali...

a)

Garisan Artik

b)

Garisan Sartan

c)

Garisan Antartika

d)

Garisan Meridian Pangkal (GMP)

21.

Apabila menghadap matahari terbit, di hadapan anda ialah...

a)

utara

b)

barat

c)

timur

d)

selatan

22.

Latitud ialah...

a)

garisan menegak pada glob

b)

garisan melintang pada glob

23.

Berikut adalah simbol-simbol kawasan kecuali...

a)

hutan

b)

rumput

c)

sungai

d)

kelapa sawit

24.

Kilang, jalan raya dan petempatan ialah...

a)

pandang darat budaya

b)

pandang darat fizikal

25.

Contoh pandang darat fizikal ialah...

a)

sawah padi dan kelapa

b)

nipah dan paya bakau

26.

Ibu negeri Kelantan ialah...

a)

Ipoh

b)

Kota Bharu

c)

Alor Setar

d)

Kangar

27.

Ibu negeri Pahang ialah...

a)

Kangar

b)

Cameron Highlands

c)

Kuantan

d)

Seremban

28.

Negara-negara berikut bersempadan dengan Semenanjung Malaysia kecuali...

a)

Thailand

b)

Laos

c)

Singapura

29.

Bearing sudutan diukur dari arah...

a)

utara

b)

barat

c)

selatan

d)

timur

30.

Apakah nilai sudut arah mata angin Selatan?

a)

90°

b)

225°

c)

d)

180°

31.

Seremban ialah ibu negeri...

a)

Sarawak

b)

Kelantan

c)

Kedah

d)

Negeri Sembilan

32.

Kedudukan sesuatu tempat di bumi dinyatakan dengan mengenalpasti garisan ... dahulu, baru ...

a)

longitud, latitud

b)

latitud, longitud

33.

Brunei Darussalam bersempadan dengan negeri...

a)

Sabah

b)

Sarawak

c)

Selangor

d)

Labuan

34.

Labuan ialah sebuah...

a)

wilayah persekutuan

b)

negeri

35.

Apakah bendera negeri yang ditunjukkan dalam Foto 1 ?

a)

Johor

b)

Selangor

c)

Putrajaya

d)

Terengganu

36.

Di manakah terletaknya pusat pentadbiran negara?

a)

Labuan

b)

Selangor

c)

Putrajaya

d)

Kuala Lumpur

37.

Apakah negeri yang terkenal sebagai negeri Jelapang Padi di Malaysia ?

a)

Kedah

b)

Selangor

c)

Pahang

d)

Kelantan

38.

Apakah ibu negeri bagi negeri yang berlorek?

a)

Ipoh

b)

Kuantan

c)

Johor Bahru

d)

Kuala Terengganu

39.

Apakah negara yang bersempadan darat dengan negeri Sarawak?

a)

Myanmar

b)

Singapura

c)

Thailand

d)

Brunei Darussalam

40.

Namakan negeri di utara tanah air?

a)

Kedah,Perak dan Selangor

b)

Perak, Melaka dan Perlis

c)

Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

d)

Kelantan, Terengganu dan Pahang

41.

Apakah komponen yang membentuk bumi?

a)

lava, tanah, sungai, tasik

b)

atmosfera, litosfera, hidrosfera, biosfera

c)

padi, getah, sawit, kelapa

d)

kanopi, flora, fauna, hutan

42.

Struktur bumi terdiri daripada......

a)

teras dalam, teras luar

b)

kerak bumi, mantel, teras bumi

c)

gunung berapi, gempa bumi

d)

biosfera, litosfera, hidrosfera, atmosfera

43.

Pilih pernyataan yang salah mengenai teras bumi.

a)

Merupakan lapisan paling dalam

b)

Mengalami tekanan yang kuat dan suhu yang paling tinggi

c)

Mempunyai dua teras iaitu teras dalam dan teras luar

d)

Terletak di bawah lapisan kerak bumi

44.

Laut utama yang terdapat di dalam peta Malaysia adalah...

a)

Lautan Artik

b)

Laut China Selatan

c)

Lautan Hindi

d)

Lautan Selatan

45.

Merupakan perairan sempit yang memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Singapura

Berdasarkan pernyataan di atas apakah nama selat terbabit?

a)

Selat Melaka

b)

Selat Bosphurus

c)

Selat Emas

d)

Selat Tebrau

46.

Apakah ciri-ciri yang terdapat pada Lautan Pasifik?

a)

Lautan terkecil dan tercetek di dunia

b)

Lautan yang terbesar di dunia dan mempunyai purata kedalam sehingga 4300 meter

c)

Lautan ketiga terbesar di dunia dan mempunyai purata kedalaman sehingga 3900 meter

d)

Lautan yang mengelilingi Benua Antartika

47.

Berikut merupakan contoh kawasan tanah pamah KECUALI....

a)

Dataran Kelantan

b)

Cameron Highland

c)

Delta Segama

d)

Dataran Kedah-Perlis

48.

Tanih aluvium sesuai untuk pertanian...

a)

padi

b)

nanas

c)

getah

d)

lada hitam

49.

Gambar berikut merupakan bentuk muka bumi pinggir laut iaitu....

a)

batu tunggul

b)

batu sisa

c)

gerbang laut

d)

tanjung

50.

*Ketinggian kurang 180m dari aras laut

*Kawasan rata / beralun

*Terdapat lebuh raya

Ciri berikut mewakili bentuk muka bumi .....

a)

tanah pamah

b)

saliran

c)

tanah tinggi

d)

pinggir laut

51.

Bentuk muka bumi ini mempunyai permandangan yang menarik, suhu yang nyaman serta sesuai untuk kegiatan pelancongan. Pernyataan ini merujuk kepada bentuk muka bumi yang mana?

a)

Tanah pamah

b)

Pinggir Laut

c)

Tanah Tinggi

d)

Saliran

52.

Sungai terpanjang di Malaysia ialah sungai...

a)
Pahang
b)

Kinabatangan

c)
Rajang
d)
Baram
53.

...... terbentuk akibat hakisan ombak terhadap batuan lembut di kawasan pantai.

a)

Tanjung

b)

Teluk

c)

Pulau

d)

Gua

54.
Berikut adalah bentuk muka bumi kesan hakisan ombak di pinggir laut Malaysia kecuali
a)
delta
b)
gerbang laut
c)
gua
d)
tebing tinggi
55.
Antara berikut, manakah tasik buatan manusia?
a)
Tasik Bera
b)
Tasik Chini
c)
Tasik Kenyir
d)
Tasik Dayang Bunting
56.

Sungai ini berfungsi sebagai sempadan antara negeri Selangor dan Perak.

Pernyataan di atas menerangkan tentang

a)

Sungai Baram

b)

Sungai Rajang

c)

Sungai Bernam

d)

Sungai Kinabatangan

57.

Apakah bentuk muka bumi yang terbentuk akibat hakisan ombak yang berterusan dan menembusi dinding gua laut?

a)

Gua

b)

Gerbang laut

c)

Pintu gerbang

d)

Batu tunggul

58.

· Lurah sempit berbentuk V

· Aliran air yang deras

· Terdapat jeram dan air terjun

Maklumat di atas merujuk kepada sungai di peringkat...

a)

hulu

b)

tengah

c)

hilir

59.

· Lurah sempit berbentuk U

· Susuh bukit berpanca

· Likuan sungai

Maklumat di atas merujuk kepada peringkat...

a)

hulu sungai

b)

tengah sungai

c)

hilir sungai

60.

· Lurah semakin lebar dan cetek

· Aliran sungai perlahan

· Pemendapan sungai berlaku

Maklumat di atas merujuk kepada peringkat...

a)

hulu sungai

b)

tengah sungai

c)

hilir sungai

61.

Gambarajah di atas merujuk kepada bentuk muka bumi di peringkat ...

a)

hilir sungai

b)

hulu sungai

c)

tengah sungai

62.

Gambarajah di atas merujuk kepada bentuk muka bumi di peringkat...

a)

hilir sungai

b)

hulu sungai

c)

tengah sungai

63.

Gambarajah menunjukkan proses pembentukan...

a)

delta

b)

dataran

c)

tasik ladam

d)

tebing tinggi

64.

... merupakan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara

a)

Tasik Titiwangsa

b)

Tasik Bera

c)

Loagan Bunut

d)

Tasik Kenyir

65.

Antara kepentingan Sungai Muda, Kedah ialah...

a)

memajukan sektor perindustrian

b)

menyediakan perkhidmatan pelancongan

c)

membekalkan sumber protien

d)

membolehkan padi ditanam sekurang-kurangnya 2 kali setahun

66.

Antara berikut merupakan kepentingan sungai di Malaysia KECUALI...

a)

sumber protien

b)

kegunaan domestik

c)

sempadan semula jadi

d)

pembuangan sisa kilang

67.

Antara berikut merupakan kepentingan tasik di Malaysia KECUALI...

a)

janakuasa hidroeletrik

b)

kegunaan domestik

c)

sempadan semula jadi

d)

rekreasi dan pelancongan

68.

Berikut adalah tasik-tasik di Malaysia


- Tasik Kenyir

- Tasik Chini

- Tasik Titiwangsa


Apakah persamaan kepentingan tasik-tasik tersebut?

a)

Sumber protien

b)

Sumber pengairan

c)

Penjanaan kuasa hidroelektrik

d)

Rekreasi dan pelancongan

69.

Apakah maksud taburan penduduk?

a)

Perbezaan penduduk yang terdapat di sesuatu kawasan

b)

Sebaran penduduk di sesuatu kawasan atau negara

c)

Jumlah penduduk di sesuatu negara

d)

Purata penduduk di sesuatu negara atau kawasan

70.

Antara yang berikut, yang manakah mempunyai taburan penduduk paling padat?

a)

Johor Baharu

b)

Georgetown

c)

Lembah Klang

d)

Kota Kinabalu

71.

Merujuk kepada peta di atas, kawasan manakah yang mempunyai kepadatan penduduk yang PADAT

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

72.

Mengapakah taburan penduduk di pedalaman Sabah dan Sarawak jarang?

a)

Kegiatan Ekonomi berasakan kepada pertanian

b)

Bentuk muka bumi yang bergunung-ganang dan berhutan tebal

c)

Mempunyai banyak kemudahan asas

d)

Dasar kerajaan

73.

Kawasan yang berlorek berpenduduk jarang disebabkan oleh?

a)

Kawasan tanah tinggi dan hutan tebal

b)

Kawasan tanah rata dan bertanah subur

74.

Tanjung Malim, Perak

Skudai, Johor

Apakah faktor yang mempengaruhi kepadatan penduduk di kawasan di atas?

a)

Bentuk Muka Bumi

b)

Pendidikan

c)

Perlombongan

d)

Pertanian

75.

Antara berikut, taburan penduduk kawasan manakah yang dipengaruhi oleh kegiatan perlombongan?

a)

Kota Kinabalu, Sabah

b)

Dataran Kedah, Kedah

c)

Kerteh, Terengganu

d)

Johor Baharu, Johor

76.

Antara yang berikut, kawasan manakah merupakan petempatan luar bandar?

a)

Kemaman

b)

Kuching

c)

Bandar Tun Razak

d)

Felda Air Tawar

77.

Antara yang berikut, kawasan manakah yang mempunyai pola petempatan berkelompok?

a)

Kebun Kecil Getah

b)

Taman perumahan

c)

Pesisir Pantai

d)

Felda Jengka

78.

Berdasarkan maklumat di bawah ia merujuk kepada ciri-ciri petempatan jenis apa?


• Jumlah penduduk melebihi 10 000 orang

• Mempunyai pelbagai kemudahan asas

• Kawasan kediaman berciri moden

a)

Petempatan desa

b)

Petempatan eksklusif

c)

Petempatan alaf baru

d)

Petempatan bandar

79.

Berdasarkan foto, kegiatan ekonomi berikut biasanya terdapat di kawasan petempatan jenis apa?

a)

Petempatan prima

b)

Petempatan berkelompok

c)

Petempatan luar bandar

d)

Petempatan ladang

80.

Antara berikut pernyataan manakah yang benar tentang pola petempatan berjajar?

a)

Rumah dibina secara terancang di pinggir jalanraya

b)

Rumah berjauhan antara satu sama lain di pinggir pantai

c)

Rumah kelihatan tersusun secara deretan dan seragam di sepanjang sungai

d)

Susun atur kediaman bertaburan dan tidak seragam

81.

Berdasarkan rajah, apakah pola petempatan X ?

a)

Pola petempatan berpusat

b)

Pola petempatan berselerak

c)

Pola petempatan berkelompok

d)

Pola petempatan berjajar

82.

Ibu negara Kemboja ialah...

a)

Bangkok

b)

Hanoi

c)

Vientiane

d)

Phnom Penh

83.

Sungai yang terpanjang di Asia Tenggara ialah...

a)

Sungai Irrawady

b)

Sungai Mekong

84.

Bandar raya ini dikenali sebagai 'Venice Timur'.

a)

Hanoi

b)

Bangkok

85.

Tasik ini merupakan tasik vulkanik.

a)

Danau Toba

b)

Tonle Sap

86.

Antara berikut, negara manakah yang dapat dikaitkan dengan gambar di atas ini?

a)

Myanmar

b)

Kemboja

c)

Singapura

d)

Thailand

87.

Antara berikut, negara manakah yang tergolong dalam negara-negara ASEAN?

a)

Malaysia

b)

India

c)

China

d)

Jepun

88.

Kawasan yang berpenduduk padat di Asia Tenggara ialah...

a)

pinggir laut

b)

pusat bandar

c)

tanah tinggi

d)

muara sungai

89.

Kawasan manakah yang mempunyai taburan penduduk padat di Asia Tenggara?

a)

Pulau Jawa

b)

Pantai Arakan Yoma

c)

Pinggir Sungai Mekong

d)

Banjaran Annam

90.

Apakah faktor yang menyebabkan kepadatan penduduk di bandar dalam foto 2?

a)

Kos hidup rendah

b)

Bandar raya metropolitan

c)

Bentuk muka bumi rata

d)

Pusat mengumpul pertanian

91.

*** Pedalaman Sabah dan Sarawak, Malaysia

*** Banjaran Annam, Vietnam

*** Bahagian Tengah Sumatera, Indonesia


Kawasan-kawasan di atas berpenduduk ................

a)

Padat

b)

Sederhana

c)

Jarang

d)

Sementara

92.

Berikut adalah punca krisis air di Malaysia KECUALI...

a)

banjir kilat

b)

pencemaran baja kimia

c)

peningkatan populasi penduduk

d)

fenomena cuaca

93.

Apakah punca krisis air yang paling sinonim di Malaysia?

a)

Sungai semakin cetek

b)

Kekeringan air sungai

c)

Kemarau berpanjangan

d)

Pencemaran air sungai

94.

Apakah sikap penggunaan air yang ditunjukkan oleh gambar di atas?

a)

Berjimat

b)

Membazir

c)

Berhemah

d)

Bertanggungjawab

95.

Antara berikut, manakah konsep air bawah tanah yang betul ?

a)

Air yang bertakung di tasik besar

b)

Air yang mengalir melalui sungai utama

c)

Air hujan lebat

d)

Air yang tersimpan di dalam tanah

96.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan bahan bukan organik?

a)

Sisa makanan

b)

Tin minuman

c)

Majalan sekolah

d)

Ranting pokok

97.

Mengapakah penggunaan beg plastik perlu dikurangkan?

a)

Kos tinggi

b)

Sumber pupus

c)

Pertambahan penduduk

d)

Jangka masa untuk lupus adalah lama

98.

Apakah maksud sisa organik?

a)

bahan yang boleh diuraikan dan dilupuskan dan

dihasilkan dari sumber haiwan dan tumbuhan

b)

bahan yang sukar diuraikan dan

dilupuskan dan dihasilkan dari sumber mineral

c)

bahan yang keluar dari punggung

d)

bahan yang boleh dieksport ke luar negara

99.

Bagaimanakah pembuangan sampah sarap tanpa kawalan menjejaskan kualiti hidup?

a)

Udara bersih

b)

Kualiti persekitaran nyaman

c)

Mengancam kesihatan

d)

Air berkualiti

100.

Magma yang disemburkan gunung berapi ke permukaan bumi disebut...

a)

vulkanik

b)

lumpur

c)

lava / lahar